Hari tu aku ada join pertandingan rekabentuk sampul raya anjuran Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR). Oh..nanti aku kongsi pasal persatuan ni pulak okay. Artikel ni aku nak kongsi pasal pertandingan sampul raya tu.
Aku kan, selama ni tak pernah join apa-apa pertandingan design pun tau. Macam-macam dalam fikiran aku ni kalau nak join pertandingan. Selalu rasa macam aku tak layak, skill design aku tak power, hasil design tak cantik dan macam-macam rasa la. Padahal aku dalam dunia design ni dari sejak belajar kat UMS tahun 2005 lagi. Tapi itulah, aku punya low-self confidence tu macam tak terbendung tau.
![]() |
Hasil design sampul raya aku yang dah dicetak pihak penganjur pertandingan. Comel sangat! Suka. 🥰 |
Cabar Diri dan Pecahkan Kepompong
Macam yang korang dah baca penulisan aku dalam artikel Misi 2025 ni, aku ada masuk kelas design Canva kan? Sebenarnya itu salah satu inisiatif aku nak counter low-self confidence aku dalam dunia design ni. Dia bila join satu komuniti minat benda yang sama ni, vibes jadi lain la sikit. Rasa nak bersaing secara positif dan ambik aura orang untuk bina keyakinan diri tu membuak-buak.
Dalam masa yang sama, aku nak cabar diri gunakan platform design lain selain photoshop dan illustrator. Aku ni takde la terer mana sangat guna dua platform tu walaupun dah lama guna. Masih juga upgrade skill sebab dunia design ni semakin upgrade juga seiring masa berlalu. Macam Canva tu pun, walaupun dah lama aku kenal tapi baru juga nak berjinak-jinak guna.
Jadi bila ada pertandingan design yang guna platform Canva, aku beranikan diri untuk turut serta. Cabar diri sendiri secara personal dan secara tak langsung nak habaq kat orang aku terer design guna Canva juga. Hihihi.
Sertai Pertandingan Design Untuk Pertama Kali
Bila dah terer guna Canva, aku nak test juga la kan samada hasil design aku guna Canva tu boleh diterima orang ke tidak. So, bila SRR umum nak buat satu pertandingan design sampul raya untuk ahli persatuan, aku cabar diri untuk sertai. Itulah pertandingan design pertama yang aku join sejak jadi freelance designer selama 15 tahun.
Hasil Design Sampul Raya
Haaa..ini lah hasil tangan bersakti tak bedung aku. Memang perasan cantik habis dah tau tak? Hahaha. Masa pihak penganjur war-war semua hasil design sampul raya yang dah dihantar peserta untuk diundi oleh orang ramai, aku kelebet semua design yang ada. Rasa insecure sangat masa tu. Aku rasa macam design aku biasher-biasher je. Huhu.
Bila tengok design lain kena vote(like) lagi banyak dari design aku, terus aku takmau tengok dah bilangan like. Pasrah dan berserah je la. Tunggu je keputusan design mana yang menang di hati pengundi.
Konsep Design Sampul Raya
Korang nak tahu, dalam pertandingan tu aku sorang je melawan arus. Sabaq je la pompuan ni.😅 Design sepatutnya kena warna tema purple ikut logo rasmi SRR. Tapi aku buat warna soft yellow gold untuk base. Watak utama je (surirumah) yang ikut warna tema, purple. Suri yang gojes dengan gambar keluarga dalam frame tu, aku prompt kat BingAi.
Konsep design pulak ialah rumah yang dihias suri sempena hari raya. Agittew. Semua guna elemen dalam canva sebab kena design guna apps canva. Kita susun comel-comel ikut kreativiti.
Pantun kat belakang sampul tu pulak aku hentam je. Asal ada ritma kat belakang tu ngam la kot gamaknye. 😅 Niatnya nak empower surirumah dengan kata-kata indah. Biar lebih ramai appreciate suri bila terbaca. Ewahh.
Kenapa design guna konsep animasi? Sebab aku suka benda comel. ☺️
Keputusan Pemenang Design Sampul Raya SRR
Alhamdulillah. Syukur dengan izin Allah design aku terpilih sebagai Top 5. Sumpah aku tak expect pun yang design aku dapat undian banyak jugak. Terima kasih sangat aku ucapkan pada yang sudi support dan undi design aku. Semoga Allah balas kebaikan korang dengan rezeki yang melimpah ruah tak putus-putus.
Aku memang gembira teramat la bila tahu keputusan pemenang design tu sebab aku salah seorang yang tersenarai dari 5 pemenang lain. Yang masuk pertandingan hampir 20 peserta kalau tak salah aku. Lupa pulak.
Tapi kejutan bukan setakat itu je tau. Paling aku tak sangka yang design sampul raya aku terpilih untuk dicetak jadi sampul raya rasmi SRR tahun 2025 ni. Ya Allah, terharunya rasa. 🥺
![]() |
Hadiah yang aku terima sebagai pemenang Top 5 rekaan sampul raya SRR. Terima kasih pihak penganjur pertandingan dan penaja hadiah. 🥰❤️ |
Sampul Raya Rasmi SRR Yang Dicetak
Sebenarnya, selain design aku ada lagi satu design yang telah terpilih untuk dicetak sebagai sampul raya rasmi SRR tahun 2025 ni. Tahniah juga buat pemenang seorang lagi tu. Awak pun hebat!
Sampul raya aku, Sampul A : Suasana Hari Raya (tema pink). Kalau suka tema purple, korang support la beli Sampul B : Cahaya Aidilfitri (pemenang lain). Nak beli combo (random) beli hat yang promo tu pun boleh.
Pi la borong naaa. Jualan masih dibuka. Sempat lagi kalau nak beli tanda korang support aku. Beli kat sini tau : Sampul Raya Sentuhan Suri
![]() |
Aku pun dah rembat juga. Opkoz la sebab design sendiri buat tuuuu. Nak simpan sebagai kenangan. Hihi.
Bila tengok je hasil design aku dah siap dicetak tu kan, tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana tau sebenarnya. Seronok, bangga, terharu, semuanya bercampur baur. Alhamdulillah. Izin Allah belaka untuk aku rasa pengalaman yang sangat manis ni.
![]() |
Maksu aku support aku dengan beli sampul raya hasil design aku. Tenkiu Mom Uchu! 🥰 |
Nak Sertai Lagi Tak Pertandingan Design?
InsyaAllah andai ada peluang dan kesempatan, aku tak serik pun nak sertai lagi kalau ada pertandingan design. Tak kisah pun menang ke tak. Sekadar nak cabar diri dan tingkatkan keyakinan supaya tak low-self confidence lagi. Selain tu, boleh la letak dalam aku punya resume dan portfolio. Hihi.
Bisik-bisik :: Sebab pertandingan ni jugak aku berani open order design sampul raya eksklusif untuk client.
