Bonding Time Dengan Anak-anak Masa Cuti Sekolah

Cuti sekolah dah start. Aku tak plan apa-apa pun untuk anak-anak lagi ni. Adoi laaa. Busy sangat mak depa pun. Maklum la tahun 2025 ni, aku dah plan macam-macam untuk diri sendiri. Nanti aku update pasal plan aku tu okay. Post yang ni nak kongsi pasal anak-anak dulu.


Bila cuti sekolah ni memang mendonia sakan la bebudak mengadap tv dan komputer. Dah bosan tengok tv, depa belasah komputer aku pulak. Yang si gegirl tengok video kreatif kat youtube. Si sulung pulak dengan game dia la apa lagi.




Cuti ni tak balik Penang. Memula ada la jugak plan nak lajak ke Penang kalau jadi hantar mak mertua ke Perak rumah kakak ipar. Dari hujung tahun lepas MIL duk rancang dan sebut-sebut nak pergi rumah kakak ipar. Tapi dah cancel tak jadi nak pergi. Mak mertua tak berapa sihat dan kakak ipar baru nak mula kerja. So, mereput la kita di rumah ye. Hihi.


Tapi itulah, aku kena plan jugak la aktiviti bagi anak-anak tak bosan masa cuti sekolah ni. Cuti panjang pulak, sebulan. Ni pun baru start cuti yang si gegirl dah berzikir 'bosan bosan' kat mulut dia. Aku dengar pun rasa stress. Hahaha.


Plan Untuk Anak-Anak Masa Cuti Sekolah


So, inilah plan aku untuk anak-anak masa cuti sekolah ni. Selain aktiviti kat rumah, mungkin akan ajak buat aktiviti kat luar jugak la walaupun terbatas dengan hujan yang masih tak menentu lagi kat Pantai Timur ni.

1. Buat aktiviti seni kreatif bersama


Anak dara aku yang sorang tu suka melukis dengan buat benda kraf. Jadi aku fikir nak cari idea buat benda-benda kraf kreatif ni kat youtube dan buat sama-sama dengan anak-anak.  

Abang Adan pulak suka melukis. Nanti aku nak buat challenge melukis dengan mewarna untuk depa 5 beradik tu. Lepas tu bagi la depa reward. Mesti depa suka. Ye tak?

2. Pergi pustaka desa


Cuti sekolah yang seminggu hari tu, aku ada bawa depa pi pustaka desa. Sebenarnya tujuan aku nak pupuk depa dengan minat membaca. Alhamdulillah depa suka sangat. So, cuti sekolah kali ni aku akan repeat buat lagi dengan anak-anak pergi pustaka desa. Spend 2-3 jam kat situ pun dah okay dah.

Ni masa cuti sekolah seminggu hari tu. Tetiap hari kami lepak sini waktu petang sampai pustaka nak tutup. Hihi.



3. Riadah/cuti santai kat tempat berdekatan


Memandangkan tak dapat balik Penang, aku ingat nak bodek la encik CH bawa anak-anak play tourist kat tempat sendiri je a.k.a Ganu Kiter ni ha. Masih memikirkan nak bawa ke mana. Mungkin pergi bercuti staycation satu malam kat mana-mana resort ke kan? Sebab kena bawa mertua sekali. Takkan nak tinggal depa pulak kat rumah ni.

Ni masa cuti sekolah hari tu encik CH bawa kami bonding kat Pantai Penarik. Masa ni mertua takda pergi rumah adik ipar.



4. Bagi ikut kursus/kem musim cuti sekolah


Kalau ada kursus/kem yang dianjurkan macam kem solat ke, kursus coding ke, aku ingat nak daftarkan jugak la bebudak ni nanti. Masih tak jumpa lagi mana-mana iklan yang berkaitan. Kalau ada nanti insyaAllah diusahakan untuk bagi depa sertai.

Kem Solat anjuran masjid kampung sebelah masa cuti sekolah hari tu.



5. Bagi kelonggaran lebih masa screen time


Aku memang strict sikit dengan penggunaan gadget dan screen time anak-anak. Depa memang takde phone/tablet sendiri. Nak tengok video, sila tengok kat tv atau boleh guna komputer aku kalau aku tak guna. Nak main game, boleh pinjam phone/komputer aku sekejap.

Hari persekolahan, masa memang limit la nak mengadap screen. Jadi hari cuti ni aku bagi la kelonggaran sikit untuk depa over spend masa mengadap screen. Tapi tu pun bersyarat jugak la. Hihi.


Screen Time Main Game


Abang Adan memang aku nampak dia minat bab coding dan game ni. Mungkin menurun gen dari kami mak pak dia la kot. Tiber. Hahaha. So, aku dengan encik CH memang tak larang la dia nak explore dan kami guide dia sikit-sikit.

Sebabkan cuti sekolah ni dapat kelonggaran screen time, aku bagi dia explore game kat satu site ni. Gila banyak game dalam tu. Aku sendiri berpinar mata nak pilih main game yang mana satu. Yang menariknya game kat site tu, semuanya berkaitan dengan kulinari. 

Kalau tak percaya, korang boleh explore sendiri kat sitehttps://www.culinaryschools.org/kids-games. Banyak kan? Ada 21 kategori game yang dalam tu ada banyak jenis lagi pilihan 'anak-anaknya'. Jenuh nak pilih. Hahaha.

Abang Adan memang excited la bila bab game ni. Main sampai over limit bila aku pun tak sempat nak pantau. Sabor je la.





3 Game Best Yang Aku Dah Cuba


Oh..sebut pasal game kat site https://www.culinaryschools.org/ ni, sebelum bagi anak main, dah tentulah aku yang explore dulu. Wajib tu ye. Kena 'scan' dulu sebab aku taknak anak tertengok iklan game yang bukan-bukan.

Alhamdulillah site ni clean. Takde iklan dalam game. Itu yang aku suka sangat. Jadi dapat la bagi anak-anak main sendirian tanpa pantauan yang ketat.

So, aku nak la share jugak dengan korang game apa yang aku addicted main kat site ni. Hihi. 


1. Farm Story

Kalau suka main Candy Crush, mesti suka main game ni. Ralit. Game ni dia ada target kena dapatkan jumlah sayuran tu. Lepas tu dia ada limit masa. Haa..memang pulun la nak cukupkan target dalam masa yang ditetapkan.







2. Ice Cream Bar

Comel je game ni customer nya duk hello hello mintak ice cream. Kalut jugak nak buat ice cream nya. Aku banyak kali tersilap letak perisa. Dah customer nya merajuk. Hahaha.





3. Cake Design

Game hias kek ni memerlukan kepantasan siapkan kek untuk customer ikut kehendak depa. Mata kena tajam nak tengok design kek lepas tu bahan yang tepat untuk hias kek macam yang customer request. Lambat siap, customer merajuk pastu berlalu pergi sambil marah-marah. Lawak pulak. Hahaha.





Cuti Sekolah Masa Terbaik Untuk Bonding Dengan Anak-anak


Banyak aktiviti boleh buat dengan anak-anak masa cuti sekolah ni kan sebenarnya? Contohnya macam main game online tu ha. Main sama-sama sesambil berebut. Seronok. Secara tak langsung dapat eratkan ikatan kasih sayang dengan anak-anak selain cipta memori indah bersama.

Korang plan aktiviti apa dengan anak-anak masa cuti sekolah ni? Balik kampung, bercuti tempat menarik atau spend masa buat aktiviti bersama kat rumah je? 

Tak kisah la mana-mana pun. Ikut bajet yang kita ada. Yang penting keberadaan kita dengan anak-anak. Jangan biarkan depa spend masa sendiri. Nanti depa rasa jauh pulak dengan kita. Masa depa kecik lagi ni la nak cipta banyak memori indah bersama.


Bisik-bisik :: Dulu kita bebas main dengan kawan-kawan, sekarang anak-anak kita dah terbatas nak bermain dengan kawan-kawan. Bahaya di mana-mana. Kan?

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Seronok la memasing ada kat rumah kan..mama jangan jadi singa ye...jiran sebelah rumah akak dah start menjerit2 dah pagi2...malam pun sama...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaha...akakkk..kelakar la komen akak..setakat ni saya masih belum transform lagi..😂😂

      Padam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan