Sepanjang tempoh perkahwinan dah masuk 11 tahun ni, alhamdulillah Allah murahkan kami suami isteri dengan rezeki anak. Berderet pulak tu sampai dah 5 orang. Produktif sungguh. Hahaha. Bukan takde yang mengata kat belakang 'buat anak je kerjanya' kat aku ni ha. Maklum le surirumah kan, mostly skeptical katanya takde kerja asyik mengangkang je. 🙄
Tapi ada aku kesahhhhh? Memang tak la. Hahaha. Lantak korang la nak kata apa pun. Sendiri yang nak topup tabung dosa. Sikit pun tak jejas hidup aku. Lagipun kami tak pernah susahkan sesiapa pun sampai nak mengemis mintak duit cukupkan makan pakai anak-anak.
Tak Merancang Ke?
Kita merancang macam mana pun, kalau Allah nak bagi rezeki, takkan la kita nak menolak. Wajib terima seadanya dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersyukur. Ramai pasangan yang teringin sangat nak anak, tapi Allah hold dulu rezeki depa. Semuanya ada hikmah.
Aku sendiri pun bukan takda usaha merancang. Mesti la ada untuk jaga kesihatan badan dan juga mental aku ni ha. Untuk yang sulung memang tak rancang dan unexpected. Bunting pelamin orang cakap. Tak sempat honeymoon pun. Masa kenduri belah lelaki rupanya dah ada penghuni dalam rahim aku.
Rezeki anak yang dapat selepas yang sulung pun ada yang unexpected, ada yang memang dah bersedia. Yang kedua dan ketiga, unexpected sebab aku ambil perancang cucuk depo. Dan aku tak bersedia sebab yang sulung czer, yang kedua anak istimewa. Tapi lekat juga maka terima dengan redho. Yang keempat dan kelima memang aku dah bersedia walaupun ambil perancang pun sangkut jugak. Sabor je la.
Tapi itulah, memang aku rancang nak 5 anak sebelum umur 40 tahun. Allah bagi ngam-ngam 10 tahun kahwin dapat 5 anak. Alhamdulillah. Lagipun aku kahwin umur 29 tahun. What do you expect? Dah teringin nak 5 anak sebelum 40. Memang berderet la memboyot kisahnya. Hahahaha.
Kalau tanya bab perancang, macam-macam kaedah dah aku ambil. Makan pil perancang, cucuk depo, dan juga kondom. Implan dengan IUCD je aku takmau. Takut!
Aku kan sebenarnya bersyukur je sebab Allah bagi aku rezeki rahim yang kuat dan subur. Mungkin sebab tu rezeki dapat anak Allah permudahkan. Siapa aku nak menolak pemberian Dia?
Allah beri bukan saja-saja dan kosong tau. Semua anak yang dikurniakan datang sekali dengan pakej amanah dan tanggungjawab yang kami suami isteri kena pikul bersama sepanjang hayat. Tambah-tambah dapat yang istimewa sekali Allah bagi. Extra effort untuk laksanakan amanah dan tanggungjawab sebaiknya. Tapi, alhamdulillah. We can do it!
Cenggini la situasi aku dengan 5 ketul anak bertuah tu. Abang Adan (Jun 2014), Si Encem Iman (Feb 2016), Cik Merah (Dis 2017), budak Ali (Jun 2021), budak Umar (Feb 2023) |
Cabaran Dan Dugaan Bila Ada Anak Kecil
Bila dapat anak kecil, memang akan ada cabaran dan dugaan yang kita kena hadap. Takde nya boleh nak santai-santai ye. Semuanya bermula masa dalam kandungan lagi sebenarnya tau. Tapi bila dah dilahirkan, bertambah la cabarannya. Ingat senang ke nak handle seketul baby?
Sebab itu la kena ada teamwork antara suami isteri. Tak boleh serah semuanya kat isteri je. Suami bila dah jadi bapak, kena belajar handle anak juga. Itu benih dari hang kot. Si isteri tu pun sama macam hang tau. Dah kahwin baru nak adapt handle anak sendiri. Sama-sama kena belajar urus anak kecil okay.
Aku bagi satu contoh situasi yang kebiasaannya ibu ayah kena hadap bila ada anak yang masih kecil. Anak bangun mengamuk pukul 3 pagi. Meragam sebab nak menyusu tapi tak boleh akibat hidung tersumbat. Haaa, ini pun dah mencabar kewibawaan tau.
Kalau suami tak bantu pujuk anak, ingat isteri tu tak stress ke kena hadap sorang-sorang? Jadi tolonglah bergilir ye.
Inilah yang dinamakan kerjasama suami isteri sama-sama jaga anak. Hadap karenah anak bersama. Sama-sama tak cukup tidur. Nanti reward diri sama-sama juga atas penat lelah handle anak tu.
Andaikata dalam situasi PJJ (perkahwinan jarak jauh) atas sebab tuntutan kerja dan anak dalam jagaan isteri sepenuhnya, macam mana pulak kisahnya? Haaa, yang ni paling suami kena bertanggungjawab dan main peranan sebaiknya.
Kena pastikan setiap hari keep in touch bertanya khabar si isteri. Bila isteri mengadu keletihan yang dia rasa, jadilah pendengar yang baik. Comfort hati isteri dengan kata-kata semangat yang menenangkan. Bila dapat peluang balik, bantu isteri pulak jaga anak bagi isteri reward dengan rehat sekejap. As simple as that.
Begitulah give and take dalam apa jua situasi dalam rumahtangga. Terutama sekali bab jaga anak.
Tanggungjawab Siapa Sebenarnya Untuk Uruskan Anak?
Tapi itulah. Dari dulu memang ada je spesis suami yang lepas tangan bab pengurusan anak. Semua hempuk kat isteri. Sebab itu ramai isteri yang burn out. Bila ada isteri yang meluah rasa tekanan secara public contohnya macam kat slot luahan radio, dihentam pulak kata penting diri tak layak jadi ibu. Masalahnya suami yang ignore dia. Tak pernah pun ambil peduli. Dia meluah la kat lain melepaskan tekanan yang ditanggung. Hantu betul suami yang takde hati perut cemni. Bila ada yang 'tegur' sikap tagune depa tu, pandai pulak nak naik darah. 🙄
Kenyataannya kalau dapat suami jenis tak membantu handle anak, memang boleh gila dan burn out teruk. Macam kebanyakan yang isteri-isteri kat luar sana alami. Kesian depa. Ada suami tapi tak function sebagai ayah pada anak-anak. Semua serah kat isteri. Tapi itulah ujian kehidupan yang terpaksa sesetengah isteri kena hadap. Semoga Allah sentiasa bagi depa kekuatan.
Rezeki aku, Allah tanam rasa tanggungjawab dalam diri encik CH untuk dia jaga amanah dan rezeki anak sebaiknya. Alhamdulillah. Mahal sangat rezeki ni. Aku memang tak mewah harta dunia dari suami. Tapi dikurniakan kemewahan dari segi lain. Suami yang 'kaya' dengan rasa tanggungjawab. Itu pun dah cukup membahagiakan aku. Aku rasa sebab tu agaknya aku happy nak beranak berderet. Hahaha.
Memang encik CH yang banyak handle anak sebenarnya sejak dari lahir. Tugas aku cuma susukan masa depa kecik sampai umur 2 tahun atau lebih, masakkan makanan, uruskan pakaian, bagi kasih sayang. Yang lain-lain memang semua encik CH yang uruskan sejak kami dah tak PJJ lepas 6 bulan si Encem Iman (anak kedua) lahir. Eh? Bila tulis macam ni baru aku nampak besarnya pengorbanan encik CH. Huhu. Tenkiu abang!
Anak-anak kena bonding dengan ayah untuk develop EQ jadi lebih baik. |
Persediaan Jadi Ibu Ayah
Bila kita dah ambil keputusan untuk berkahwin, memang akan termasuk 'pakej' jadi ibu ayah selain suami isteri.
Yang lelaki sebelum nak kahwin, prepare diri untuk jadi suami dan ayah yang bertanggungjawab. Besar amanah yang orang lelaki kena pikul sebenarnya tau. Bukan setakat bagi nafkah zahir dan batin je okay?
Untuk perempuan pulak, kena belajar kawal emosi dengan baik sebab memang itu kelemahan kita yang paling besar. Bila dah kahwin memang akan banyak episod yang menduga emosi kita dari segala aspek.
Sebenarnya kan, aku dan encik CH pun pernah je buat silap. Jadi, kami sama-sama belajar dari kesilapan yang pernah berlaku masa mula-mula dapat pangkat mak ayah waktu hidup PJJ di awal perkahwinan. Anak sulung lah yang terpaksa berkorban jadi objek 'eksperimen' kami masa tu. Kesian dia kan? Huhu.
Pendek kata, kita memang kena bersedia. It's a long journey. Banyak yang kita kena belajar setiap masa sepanjang perkahwinan dan perbaiki yang mana compang-camping.
Perjalanan aku dan encik CH pun jauh lagi dan pasti banyak liku yang akan kena hadap tanpa henti. But we have to learn no matter what happen. Gituhhh. Walaupun grammar ke laut kita hentam je selit-selit ayat omputih dalam karangan. Baru nampak bijak. 😆
Hakikatnya kita takkan pernah sempurna tapi kita boleh belajar saling melengkapi kekurangan masing-masing. Semoga Allah selalu bantu kita dalam urusan anak-anak. Tanpa bantuan Dia kita takkan mampu nak hadapi semua cabaran dan dugaan dalam menggalas tanggungjawab sebagai ibu ayah.
Bisik-bisik :: Anak-anak salah satu jalan untuk kita topup tabung pahala buat bekalan di akhirat nanti.