Dah 5 ketul anak, baru la aku berkesempatan nak coretkan kisah depa kena jaundis (kuning) ni ha. Punya lama peram. Sabor je la. Setiap anak, lain-lain pengalaman yang aku dan anak-anak alami.
Sepanjang tempoh depa kena jaundis, memang bapak depa la yang banyak uruskan masa check up jaundis kat Klinik Kesihatan tu. Sebab selalunya aku tak ikut. Duduk dendiam pantang kat rumah. Bila ada hari yang ibu kena check juga baru aku pergi sekali. Tapi tetap bapak depa la yang uruskan semua hal. Alhamdulillah dikurniakan rezeki suami yang ambil berat dan jalankan tanggungjawab dengan baik. Terima kasih encik CH!
Budak Umar masa kena jaundis. |
Pengalaman Sendiri, Anak Kena Jaundis
Kalau korang nak tahu, lima anak aku, semuanya kena jaundis. Walaupun aku kumpulan darah A+, itu bukan jaminan anak lahir tak kena jaundis. Kalau ikutkan kajian klinikal, katanya ibu yang berdarah O atau yang mempunyai darah rhesus negatif lebih berisiko. Tapi sebenarnya semua tu ketentuan Allah juga. Ibu jenis darah apa pun, ada je kemungkinan anak akan kena jaundis. Ada juga yang direzekikan anak langsung tak kena.
Anak-anak aku, ada yang sekejap je tempoh kena jaundis. Ada yang didiagnos prolonged jaundice. Yang prolonged, abang Adan (sulung) dengan budak Umar (bongsu). Paling sekejap dalam seminggu je, budak Ali. Yang pernah warded duduk bawah lampu biru, abang Adan, si encem Iman, Cik Merah. Budak Ali dengan budak Umar je tak kena duduk bawah lampu biru.
Aku tak ingat kenapa budak Umar tak kena duduk bawah lampu biru walaupun dia prolonged jaundice. Rasanya sebab bacaan tak tinggi, ada trend menurun tapi lambat. Hari ke-14, bacaan 189 umol/L. Check masa hari ke-23 pulak, bacaan dah turun ke 118 umol/L. Tapi tak capai piawaian doktor nak iaitu 85 umol/L. Sebab tu la doktor diagnos dia prolonged jaundice tapi pantau ambil darah kat Klinik Kesihatan je.
Keputusan darah yang kena ambil masa hari ke-14, ikutkan comei je doktor cakap. Takda masalah dengan fungsi hati. Maksudnya hati dia okay ja proses kuning tu. Cuma itulah. Lamberttt. Tengok dari perkembangan dia, doktor kata takda masalah. Berat naik elok. Najis pun yellowish. Air kencing jernih. Takde yang perlu dibimbangkan. Cuma pantau penurunan bacaan kuning secara harian di Klinik Kesihatan sampai capai 85 umol/L tu.
Masa abang Adan tahun 2014 tu pulak, dia kena tahan wad dari lepas lahir lagi. Sebab dia kan lahir secara caeserean sebab fetal distress. Lepas tu ada sedikit jangkitan kuman sebab dia dah terberak masa dalam kandungan. Hari kedua kena jaundis dan bacaan agak tinggi. Terus kena tahan wad duduk bawah lampu biru. Keluar wad masih kuning sampai masuk minggu kedua kelahiran. Tu yang kena diagnos prolonged jaundice. Tapi pantau kat Klinik Kesihatan je. Tak masuk wad dah.
Rasanya abang Adan dengan Umar sebulan lebih baru betul-betul kuning depa hilang sepenuhnya. Alhamdulillah takde masalah kesihatan dalaman yang lain. Doktor kata kuning tu mungkin sebab susu ibu (breast milk jaundice).
Prosedur Rawatan Yang Anak Dapat Bila Kena Jaundis
Aku kongsikan juga pengalaman prosedur rawatan jaundis yang anak-anak dapat untuk panduan korang. Selain ambil darah di tapak kaki untuk baca bacaan kuning, bila dah 14 hari masih ada kuning, doktor akan minta persetujuan parents untuk ambil air kencing dan darah banyak sikit dalam 3 tabung untuk hantar ke makmal.
Jenis aku, sebelum setuju dengan apa-apa prosedur rawatan kesihatan melibatkan anak, memang akan bersoal jawab dengan doktor dulu. Bagi aku puas hati dan tak rasa bersalah dengan keputusan aku sendiri.
Jadi bila doktor minta nak ambil darah dan air kencing anak tu, aku tanya la apa reason kena buat macam tu. Doktor pun terangkan kat aku tujuannya untuk :
1. check hormon tiroid
2. adakah sel darah merah jenis cepat pecah (kurang enzim G6PD)
3. ada jangkitan kuman dalam darah/air kencing atau tak
2. adakah sel darah merah jenis cepat pecah (kurang enzim G6PD)
3. ada jangkitan kuman dalam darah/air kencing atau tak
Kalau bukan kesemua di atas, maksudnya jaundis yang lambat nak turun tu sebab susu ibu (Breast Milk Jaundice) je la. No harm. Takda apa yang perlu dibimbangkan.
Kebiasaannya, hormon tiroid dan G6PD dah diperiksa lepas lahir lagi dengan darah dari tali pusat. Cuma itulah, kemungkinan ada berlaku bacaan yang tak tepat atau bacaan in border. Ni info yang aku dapat masa tanya dengan doktor pakar kanak-kanak sendiri. Sebab tu prosedur ambil darah tu kena buat bila kuning berpanjangan (prolonged jaundice) untuk pemeriksaan hormon tiroid/G6PD sekali lagi.
Kalau bacaan kuning terlalu tinggi, doktor memang akan suggest anak masuk wad untuk dapatkan rawatan fototerapi (duduk bawah lampu biru). Andai kata tinggi sangat bacaan over 400 umol/L, akan dibuat pertukaran darah.
Si encem Iman #MySindromDownBoy kena tidur kat PICU bawah lampu biru |
Punca Anak Jaundis
Bagi yang pertama kali jadi ibu ayah mesti susah hati kan bila anak kena jaundis? Perasaan tu valid dan normal. Sebenarnya anak ke berapa sekali pun yang lahir, kita memang akan susah hati bila anak kena jaundis. Sebab penat nak berulang ke Klinik Kesihatan untuk check bacaan jaundis. Lepas tu kesian kat anak sebab tapak kaki yang kecik tu asyik kena cucuk je ambik darah.
Jadi apa sebenarnya punca anak boleh kena jaundis ni?
Berikut aku kongsikan sedikit info yang aku dapat hasil pembacaan di laman web My Health Kementerian Kesihatan Malaysia.
Punca Anak Jaundis Dalam Masa 24 Jam Lepas Lahir (hari pertama kelahiran):
- Kumpulan darah anak dan ibu tak serasi. Ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah O.
- Anak kekurangan enzim G6PD.
- Jangkitan kuman pada bayi. Faktor jangkitan kuman seperti GBS atau anak dah berak masa dalam kandungan.
Punca Anak Jaundis Melebihi 2 Minggu (lahir cukup bulan) / 3 Minggu (lahir pra-matang):
- Jaundis yang disebabkan oleh susu ibu (Breast Milk Jaundice).
- Hempedu tersumbat (Biliary Atresia).
- Kekurangan hormon tiroid (Congenital Hypothyroidism).
Jaundis yang normal dan tak perlu terlalu bimbang biasanya hari kedua selepas lahir. Sebabnya dalam masa seminggu jaundis tu akan hilang sepenuhnya. Jaundis yang normal akan mengambil masa untuk hilang paling lama ialah 2 minggu. Jaundis berlaku masa ni sebab hati anak baru nak adapt untuk memproses bilirubin. Takde masalah lain yang kritikal.
Ini nasihat doktor yang pernah merawat anak-anak aku sendiri. Kata doktor, kalau baby kencing dan berak okay (najis tak pucat/kencing tak kuning abnormal), berat badan naik walaupun sikit-sikit, itu tandanya hati dia berfungsi dengan baik untuk memproses bilirubin.
So, parents tak perlu risau. Cuma ikut je rutin check up kuning kat Klinik Kesihatan. Memang la sedih tengok anak kena cucuk dekat kaki dia untuk ambil darah tu. Tapi kena kentalkan hati, baru la anak pun kuat semangat. Dia boleh rasa tau aura parents dia walaupun masih baby.
Bila Yang Kena Bimbang Kalau Anak Jaundis?
Ada dua keadaan yang kita kena alert dan bimbang seandainya anak jaundis.
1. Anak jaundis dalam masa 24 jam lepas lahir (hari pertama kelahiran).
2. Anak jaundis melebihi 2 minggu (lahir cukup bulan) atau 3 minggu (lahir pra-matang) selepas kelahiran.
Dua keadaan ni menandakan anak kemungkinan ada masalah untuk memproses bilirubin atas sebab-sebab tertentu selain hati yang baru nak adapt. Boleh kenal pasti secara mata kasar dengan perhatikan keadaan kulit, warna mata putih, najis dan air kencing.
Kalau warna kulit dan mata putih anak nampak terlalu kuning, najis pucat dan air kencing macam air teh, itu wajib kena bimbang. Cepat-cepat bawa anak untuk dapatkan rawatan yang sewajarnya di hospital okay.
Jangan nak ikhtiar sendiri je dengan petua tradisional semata-mata. Boleh membahayakan nyawa baby tau. Ikhtiar tu atas pilihan sendiri sebagai alternatif tambahan. Tapi pastikan kena dapatkan rawatan sewajarnya dengan doktor juga. Jangan risikokan kesihatan anak ye.
Kredit Photo : Page FB Tasneem Naturel |
Breast Milk Jaundice Masih Boleh Susukan Anak Ke?
Boleh! Takde masalah pun. Susukan je macam biasa. Doktor pun tak larang malah galakkan lagi ibu teruskan penyusuan macam biasa. Cuma pastikan jangan ambil sebarang jamu je. Jamu kan panas?
Macam aku dulu, aku memang tekad taknak stop dan terus je menyusukan anak-anak macam biasa. Walaupun ada je nurse yang nasihatkan stop dulu susu badan dan bagi susu formula buat sementara waktu sampai kuning turun capai bacaan yang depa nak. Tapi aku kan ketegaq. Hahahaha. Jadi aku ignore je nasihat tu. Aku menyusukan je anak macam biasa sambil selalu doa semoga susu tu jadi 'ubat' untuk anak. Yang sembuhkan tu Allah. Yakin je.
Tapi seandainya korang nak ikut alternatif tu, tak jadi masalah pun. Boleh je stop sekejap dan bagi susu formula. Cuma kena pastikan pam susu badan tu ikut jadual. Sebab nanti akan jadi masalah lain pulak kalau korang memang niat nak fully breastfeed anak lepas kuning anak pulih. Antara masalah yang boleh terjadi ialah :
- Susu kering sebab takde stimulate berlaku untuk hasilkan susu
- Bengkak susu sebab terlalu penuh dan saluran susu tersumbat
Kalau korang jenis keras hati macam aku still nak susukan anak macam biasa, just do it. Jangan takut dan overthinking okay. Susu ibu takde yang memudaratkan pun. Rezeki Allah beri untuk anak. Masa susukan tu niat je semoga jadi asbab untuk anak sihat.
Boleh Ke Kalau Nak Ikut Petua Alami Untuk Hilangkan Jaundis?
It's up to you. Asalkan tak memudaratkan anak. Cuma pastikan jangan skip bawa anak check up kat Klinik Kesihatan ye. Raikan je petua yang mak atau mertua bagi tu. Nak ikut atau tak nak ikut, terpulang. Kalau taknak ikut, slow talk dengan orang tua secara berhemah. Tak perlu nak 'melawan'. Tak pun diam je. Habis cerita.
Macam aku sendiri, bukan tak pernah dapat petua macam-macam. Aku just senyum dan diam je. Kalau nak buat pun, aku ikut yang logik dan sekadar bahagian luaran tak melibatkan petua yang suruh sumbat something dalam mulut anak. Contohnya macam air anggur titis bagi anak telan tu. Memang tak le aku nak ambik risiko.
Petua alami yang pernah aku buat pun cuma mandikan anak dengan air perahan daun kucai. Benda yang mudah nak dapat. Berkesan ke? Entah la. Tak tahu nak cakap. Nama pun ikhtiar kan?
Tapi kalau korang nak cuba ikhtiar mandian ni, sekarang banyak dah produk yang orang jual. Yang berasaskan bahan alami (kena rebus dulu/rendam dalam air) atau gel mandian (terus sabun je anak masa mandikan). Boleh la cuba mana yang korang rasa nak ikhtiar. Aku senaraikan kat bawah ni.
Mandian Berasaskan Bahan Alami
Mandian Daun Herba (RM 1.79) : https://s.shopee.com.my/4VKj9X22SQ
Mandian Kayu Sepang Emas (RM 1.59) : https://s.shopee.com.my/7ALUKil64k
Mandian Daun Belimbing Buluh (RM 2.50) : https://s.shopee.com.my/7fHkvlXA8Y
Mandian Sabun Gel
Tasneem Jaunys (RM59) : https://s.shopee.com.my/8KXRjyRV8E
YouBaby Shower Gel (RM35) : https://s.shopee.com.my/10kr0mCwx5
Apa pun, bila anak jaundis mak pak kena kuat semangat tau. Terutamanya mak-mak ni la. Maklum la dalam tempoh berpantang. Emosi tak berapa nak stabil sangat. Penat satu hal, masih dalam proses recovery satu hal lagi. Lepas tu kena hadap pulak anak jaundis. Nak buat camna kan? Itulah pengorbanan bila dikurniakan rezeki anak.
Bisik-bisik :: Aku insyaAllah dah cukup kot pengalaman hadap jaundis anak ni. Dah decide tarik handbrake. Ekeke.
Alhamdulillah, semuanya kelima-limanya sihat belaka.
BalasPadamAnak saya empat, tidak ada yang kena jaundice. Nurse paksa juga ambil darah tapi resultnya memang tiada jaundice.
Tabik untuk ibu-ibu dalam pantang yang mengurus anak jaundice.