Kari Ikan Tilapia

Hari ni kita masak Kari Ikan Tilapia. Berselera pak mentua makan. Sedap katanya. Mak mertua pun siap makan nasi, nak makan dengan roti pulak. Kembang hidung menantu bolehah depa ni masakan kena puji. 🤣🤣

Kat sini, jarang masak kari. Tambah kalau ikan. Ganu kan. Selalunya rebus, bakar, stim, goreng je. Mai orang Penang ni, ikut sukati dia ja nak masak ikan tu memacam pesyen. Ni kira first time ikan tilapia kita buat masak kari.




Eh? Boleh ke ikan tilapia buat masak kari? Laaa...pasaipa tak boleh pulak. Kita yang masak dia. Buat pi la masakan macam mana pun. Hihi. So, CikSha nak kongsi la dengan korang cara CikSha masak Kari Ikan Tilapia ni. 


MENARIK UNTUK DICUBA : Sup Ikan Tilapia 

KARI IKAN TILAPIA VERSI CIKSHA

Bahan-bahan :

Seekor ikan tilapia
1 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari (taktau jenama apa sebab dah ada dalam bekas yang adik ipar simpankan)
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose
3 sekawan (1 batang kulit kayu manis, 2 ketul bunga lawang, 7 ketul cengkih)
1 keping asam gelugur
1 kotak kecil santan kara (65ml - yang kotak segitiga)
2 gelas air
1 ketul gula nisan (besar duit 50sen)
1 sudu kecil kerisik
2 senduk minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Masak :

1. Kerat ikan tilapia tu ikut suka hati nak berapa bahagian.

2. Blender bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis sampai garing. Pastu masukkan 3 sekawan, tumis sampai naik bau.

3. Serbuk kari dengan rempah masak tu satukan dan bancuh dengan sedikit air dulu okay. Part 2 dah naik bau, terus campak bancuhan tadi dalam kuali. Kacau bagi depa bergaul mesra. Biarkan sat sampai pecah minyak kali pertama.

4. Dah pecah minyak, masukkan sikit air. Kacau-kacau lagi. Lepas tu biar dia pecah minyak sekali lagi. Dah pecah minyak kali kedua tu, baru la masukkan air yang selebihnya. Jangan lupa masukkan asam gelugur, gula nisan dan kerisik. Biarkan depa bersatu hati sat. Lepas tu baru masukkan santan, garam dan serbuk perasa.

5. Rasa konpiden kuah dah mantap, masukkan ikan. Biarkan depa serasi dulu. Sekali sekala pi la kacau sat.

6. Nampak isi ikan dah masak, boleh la tutup api dan hidangkan. Berdoa semoga Allah bagi rasa sedap. Jangan lupa snap gambar juga. 🤣

CikSha masak memang style campak je ye. Tak ikut rules. Bahan pun apa yang ada je. Takde bendi tomato daun kari pun takpa aih. Kita yang masak dia. Asal sedap sudah. Gituhh. Konpiden itu wajib! Hihi.

Sebenarnya kan, adik beradik CikSha memang 'kepakaran' la bab masak kari ni. Tak Penang la kalau tak terer masak kari. Tiber. 😝

Alhamdulillah untuk rezeki hari ni. Allah yang bagi rasa sedap. 

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Betul…kita buat dia apa pun hantam boh ja. Arwah mama dulu ikan bilis pun jadi kari

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan