Waktu Sesuai Buat Pap Smear

Tengah bulan hari tu, masa bawa si bongsu check-up umur 1 tahun aku kena buat pap smear. Salah sendiri jugak gatai pi tanya kat nurse pasal masa yang sesuai untuk buat pap smear lepas beranak. Hahahaha. Kan dah mendapat. Tetiba terpaksa rela serah diri bila nurse request untuk buat.

Sebenarnya ini adalah kali ke-3 aku buat pap smear setelah hampir 11 tahun berkahwin dan 5 kali beranak. Last buat masa tahun 2018, 5 tahun yang lalu. Jadi, takde la aku takut sangat pun masa tu sebab pernah merasa dah. Cuma tak bersedia je sebab tiba-tiba. Hihi. Kalau korang nak baca pengalaman kali pertama dan kedua aku buat pap smear, boleh baca entri aku yang ini : Sakit Ke Buat Pap Smear? 

Bila Waktu Yang Sesuai Buat Pap Smear? 

Mesti korang pun tertanya-tanya macam aku jugak pasal ni kan? Aku walaupun pernah dua kali merasa buat pap smear, masih samar-samar lagi sebenarnya pasal waktu yang sesuai buat pap smear ni. Sebab tu la yang aku gatai pi tanya kat nurse hari tu. 

Bila dah tanya, dia macam 'ayam pi tadah tengkuk sendiri nak kena sembelih' la ibaratnya. Memang takde can nak lari. Kira macam sendiri yang masuk perangkap. Hahaha. Adoi laaa. Sabar je la. Tapi itulah. Nak tak nak pun, memang aku kena buat jugak akhirnya demi kesihatan diri sendiri.





So, bila waktu yang sesuai untuk buat pap smear? Jom aku kongsikan untuk 2 situasi.

Jika Tak Mengandung

Menurut nurse yang aku tanya hari tu, selepas 14 hari datang haid yang hari pertama tu boleh dah buat. Dia tanya aku dah datang haid ke belum bulan ni. Aku cakap la belum lagi. Lepas bersalin tu memang tak datang haid lagi. Selalunya gitu la. Anak dah umur setahun lebih baru badan 'normal' balik kebiasaannya. Tu dia kata kalau macam tu, boleh sangat la buat dah.

Kata dia, pap smear ni digalakkan untuk buat setahun sekali. Tapi seandainya result clean, boleh je skip buat 3 tahun sekali. Kalau tak mengandung la. Hihi.

Selepas Bersalin

Kalau selepas bersalin, seawal 6 minggu dah boleh buat dah. Kiranya dah habis tempoh pantang (44 hari) tu, elok sangat dah buat. Tu dia kata kat aku, kalau buat lepas pantang masa check up tu dah settle dah. Hahahaha. Dia taktau aku ni penakut. Masa check up jahitan pun aku mengelat kata suami dah cuci dan check. Wakaka. Tapi memang betul la pun. Encik CH dah tolong cuci dan tengokkan luka dan benang jahitan.

Lagipun masa tu aku nyilu lagi. Memang tak bersedia la nak buat pap smear seawal tu lepas bersalin. Huhu.

Syarat Nak Buat Pap Smear

Oh ya. Nak buat pap smear ni ada syarat dia tau. Tak boleh main terjah je jugak.

Macam aku hari tu ada jugak nurse tanya, ada bersama dengan suami tak sebelum dia offer buat tu. Walaupun malu tapi kena la jujur. Mujur jugak la memang aku takde buat 'senaman berjemaah' dengan encik CH. Sebab nak buat pap smear ni kena elakkan hubungan kasih sayang dengan kekasih halal at least sehari a.k.a 24 jam. Paling elok 2 hari la. Yang ni aku tak pasti sebab apa. Dah itu syaratnya, jadi ikutkan je la. Mungkin juga sebab takmau ada kehadiran cecair lain di pangkal rahim kot. Takut result tak tepat agaknya. Entah. Rasanya gitu la.

Lagi satu, tak boleh masa sedang datang haid. Sebab tu nurse tanya juga pasal aku dah datang haid ke belum tu. 

Lepas tu hasil pembacaan aku, tak boleh buat pap smear kalau sebelum tu korang dah put something into your vagina. Contohnya macam maajun ketat-ketat tu. Ataupun korang gatei pi buat douching ke apa tah nama dia. Yang cuci bahagian dalam vagina tu. By the way, aku nak nasihatkan korang janganlah buat semua tu ye. It's not good actually for your vagina health. Kita punya private part ni ada sistem dia sendiri dah untuk pastikan dia sihat. Andainya korang rasa ada yang tak kena, please jumpa doktor ya. 


Kat Mana Nak Buat Pap Smear?


So, kat mana boleh buat pap smear ni? Ikut keselesaan poket dan juga pilihan korang sendiri la. Kalau aku selesa kat Klinik Kesihatan kerajaan je. Sebab yang buatnya nurse a.k.a perempuan. Lagipun RM1 je kena bayar. Lengkap semua. Dari ambil sample sampai la ke makmal untuk ujian dan dapatkan result. Cuma lambat la sikit nak dapat result

Kalau kat klinik swasta mahal la sikit bayaran. Aku tak pasti berapa. Mungkin ratus jugak kot. Sebab sample tu akan dihantar ke makmal swasta juga yang ada bayarannya. Result mungkin boleh dapat cepat. Itu kelebihan buat rawatan kat swasta. Cuma yang buatkan tu aku tak pasti la doktor atau pembantu dia. Rasanya mesti la doktor kan? Kena kat doktor lelaki sebab time tu takde doktor perempuan jenuh jugak. Melainkan buat appointment awal. Hihi. 

Info-info yang lain pasal pap smear aku dah pernah kongsi kat artikel pengalaman pertama dan kedua aku buat pap smear. Link ada aku kongsi kat bahagian atas artikel ni. Rerajin la korang klik untuk baca okay!

Bisik-bisik :: Korang dah berapa kali buat pap smear

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Saya pernah buat sekali je dulu masa ada road tour program di bawah kerajaan. Ujian pap smear dibuat dalam bas anjuran kementerian pembangunan wanita. Itu yang pertama dan itulah yang last. Bila nak buat lagi agaknya..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan