Tips Memilih Skincare Pelembab Muka/Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Berminyak 2024

Salah satu masalah kulit muka yang sering menghantui ramai orang ialah kulit berminyak. Rimas je kan bila muka berminyak? Rasa melekit dan ‘berat’ je kat muka bila dia dah start merembeskan minyak. Nak pergi mana-mana pun kena sediakan kertas minyak muka (blotting paper) yang boleh serap minyak tu.

Tapi kalau korang nak tahu, penggunaan kertas minyak muka tak digalakkan sebenarnya. Kurang efektif untuk atasi masalah kulit berminyak secara keseluruhan dan kekal. Masa kita guna tu je la minyak kat muka dapat dikurangkan. Nanti dia keluar lagi dan kita terpaksa ulang tempek kertas minyak tu semula. Nak tak nak kena tahu punca dan cara nak atasi masalah kulit berminyak ni macam mana. Baru la kulit muka bebas dari minyak.           




Kulit Muka Berminyak

Pernah tak korang tertanya-tanya sebab apa kulit muka boleh jadi berminyak? Sebenarnya kulit muka kita memang menghasilkan minyak atau dalam istilah kecantikan, minyak tu disebut sebum. Ia dihasilkan oleh kelenjar minyak (sebaceous gland) yang terdapat pada kulit wajah kita.

Semua orang memang kulit mukanya akan menghasilkan sebum. Samada terkawal atau tak je. Sebum tu bertindak sebagai pelindung kulit muka kita dari kekeringan yang mana ianya memerangkap kelembapan dan mencegah jangkitan bakteria pada kulit.

Ianya akan jadi masalah bila sebum tersebut keluar secara berlebihan. Bila terjadinya macam tu, kulit muka kita akan kelihatan sangat berminyak. Bila terlalu berminyak, boleh menyebabkan liang pori di wajah kita tersumbat sehingga menyebabkan terjadinya jerawat. Arghhhh..seramnya! 


Punca Kulit Muka Berminyak

Jom kita tengok punca yang menyebabkan kulit muka berminyak. Mesti korang nak tahu sebab apa sesetengah orang, penghasilan sebum di mukanya boleh terjadi secara berlebihan. 

So, inilah antara faktor yang lead kepada masalah kulit muka berminyak :

1. Faktor Genetik
Dikatakan salah satu punca kulit berminyak ialah faktor keturunan. Memang ada keturunan yang mempunyai jenis kulit berminyak, yang mana kelenjar minyak (sebaceous gland) mereka sangat aktif menghasilkan minyak secara tak terkawal dan liang pori wajah sangat besar/terbuka.


2. Perubahan Cuaca
Keadaan cuaca juga boleh menyebabkan sebum keluar secara berlebihan terutamanya ketika cuaca panas. Ianya terjadi disebabkan kelenjar minyak bertindak untuk memastikan kulit tidak mengalami dehidrasi (kekeringan).


3. Diet Pemakanan Yang Salah
Mesti korang tak sangka yang pemakanan juga boleh jadi punca kepada masalah kulit berminyak, kan? Ya. Pengambilan diet pemakanan yang salah boleh menyebabkan masalah ini terjadi juga. 

Antara makanan yang boleh menjadi punca kepada penghasilan sebum berlebihan ialah gula, karbohidrat, produk tenusu, makanan segera, coklat dan makanan berminyak. Jadi, kurangkan pengambilan makanan tersebut jika nak jaga kesihatan kulit okay!


4. Pemakaian Skincare Yang Tidak Sesuai
Salah satu masalah kita ialah tak kenal jenis kulit muka sendiri. Lepas tu main hentam je pakai sebarangan produk skincare. Korang tahu tak pemakaian skincare yang tidak sesuai dengan jenis kulit kita boleh menyebabkan terjadinya masalah kulit yang lain contohnya seperti kulit berminyak? 


5. Stress
Banyak punca yang boleh buat kita stress antaranya penat dengan urusan harian dan tidak dapat rehat yang mencukupi. Bila stress, badan akan bagi signal dan menghasilkan banyak hormon cortisol. Hormon ini akan menyebabkan kelenjar minyak kat muka kita aktif mengeluarkan sebum.


6. Skip Pakai Pelembap Wajah
Inilah kesilapan yang paling besar sekali dalam penjagaan kulit muka iaitu tak pakai pelembap muka. Sebenarnya pakai moisturizer sangat penting okay! Tak boleh skip

Kalau kita skip pakai pelembap muka, kulit akan kekurangan air dan menghasilkan minyak semulajadi untuk protect kulit wajah kita dari kekeringan. Korang tahu tak yang kalau minyak berlebihan di muka akan menyebabkan kulit kelihatan kusam dan sangat oily? Sebab itulah kita kena pakai moisturizer untuk pastikan kulit dapat kelembapan yang mencukupi.


Contoh Kulit Muka Berminyak


Cara Merawat Masalah Kulit Muka Berminyak

Tak best tau bila kulit muka nampak shining tapi sebab minyak yang berlebihan. Sangat tak selesa sebenarnya. Ada ke cara untuk rawat kulit muka berminyak ni? 

Mestilah ada. Selain jaga pemakanan, kawal stress dengan baik, masalah kulit berminyak ni boleh diatasi dengan rutin penjagaan kulit muka yang betul. Itu je penyelesaian yang paling mudah sekali.

Untuk memastikan penjagaan kulit muka adalah betul, produk skincare pun kena yang bersesuaian dengan condition kulit muka kita ya. Check dulu jenis kulit dan semak bahan dalam skincare untuk elakkan tersalah beli produk. 

Paling penting sekali, please jangan skip pakai pelembab muka (moisturizer) dalam rutin penjagaan kulit muka. Eh? Kulit berminyak boleh ke pakai moisturizer? Mesti la boleh. Malah memang dah kategori wajib pakai. Sebab dengan moisturizer la masalah kulit berminyak dapat diatasi. Jadi, carilah pelembab muka terbaik yang boleh merawat masalah kulit berminyak yang kita tengah alami tu. 


Tips Memilih Pelembap Muka/Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Ada ke moisturizer yang sesuai untuk kulit berminyak? Mesti la ada. Jom aku share macam mana nak pilih pelembap muka terbaik untuk kulit berminyak. Ini panduan untuk korang rujuk jika nak cari moisturizer for oily skin.

1. Water based
Pelembap wajah yang paling sesuai untuk kulit berminyak ialah yang berasaskan air. Elakkan pelembap jenis krim pekat sebab ianya mengandungi minyak. Dah la muka berminyak, takkan nak sapu ‘minyak’ lagi kan? Makin bertambah kusam la kulit muka nanti.

So, pelembap berbentuk lotion atau gel lebih sesuai untuk kulit muka berminyak. Sebabnya pelembap jenis ini adalah water based. Lebih ringan dan nyaman untuk sapuan di wajah. 


2. Bersifat non-comedogenic
Non-comedogenic maksudnya tidak menutup liang pori. Orang yang kulit berminyak kebiasaannya liang pori besar dan terbuka. Sebab itu mereka yang kulit berminyak disyorkan untuk memilih pelembap muka yang bersifat non-comedogenic . Tujuannya supaya dapat mengelakkan liang pori tersumbat sehingga kelenjar minyak over produce sebum dan terjadinya jerawat. 


3. Mengandungi Salicylic acid, Glycolic acid atau Niacinamide
Selain menjaga kelembapan kulit, Salicylic acid, Glycolic acid dan Niacinamide boleh mengurangkan pengeluaran sebum yang berlebihan. Jadi, pelembap yang mengandungi di antara tiga bahan ni memang sangat sesuai untuk merawat masalah kulit berminyak. 


4. Mengandungi Sodium hyaluronate
Sodium hyaluronate juga salah satu bahan yang sangat penting dalam pelembap untuk kulit berminyak. Ini kerana bahan ni dapat menjaga kelembapan kulit dan sangat efektif mengawal minyak yang berlebihan pada kulit wajah. 

So, please check the list of ingredients masa pilih pelembab untuk kulit berminyak okay. Jangan tersalah pilih pulak. Tapi aku nak syorkan kat korang satu pelembab yang sangat sesuai untuk merawat masalah kulit berminyak ni iaitu Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature. 


Pelembap Muka Terbaik Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream



Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream | Moisturizer Terbaik dan Sesuai Untuk Kulit Berminyak 

Betul ke Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream sesuai untuk kulit berminyak? Ya. Sangat sesuai walaupun nama dia krim. Selain boleh dijadikan krim malam dan krim siang terbaik, ianya sangat sesuai dijadikan skincare untuk kulit kusam dan juga kulit berminyak.

Meh aku explain sebab apa Aqua Whitening Cream ni adalah moisturizer terbaik untuk kulit berminyak supaya korang lebih jelas.

1.Tekstur krim sangat soft dan light weight (ringan). Ianya adalah moisturizer water based jenis light gel type cream. Very easy to blend dan cepat meresap. Bila sapu kat muka rasa ringan je macam tak pakai apa-apa. Yang best tu kan, lepas sapu terhasil water drop






2. Tidak berminyak. Krim muka aqua ni langsung tidak berminyak siap ada effect soothing yang buat kulit muka rasa nyaman dan tak rasa melekit. Korang kena cuba moisturizer untuk kulit berminyak ni. Kalau korang tak percaya, try letak sikit kat blotting paper yang korang ada tu. Aku nak tunjuk takde pulak kertas minyak nye. Sebab aku bukan jenis kulit berminyak heavy. Tu takda dalam simpanan tu. Cari kat farmasi dah habis pulak. Baru excited nak buat eksperimen tunjuk kat korang. 😅




3. Mengandungi Niacinamide yang mampu bertindak untuk mengawal pengeluaran sebum dan mencerahkan tona kulit tidak sekata. Baru la kulit tak nampak kusam. Masalah kulit berminyak pun terawat sekali. 

4. Mengandungi Camellia Japonica Seed Oil yang bersifat non-comedogenic. Ini yang paling penting sekali sebab kulit berminyak sangat elok pakai produk yang tak sumbatkan liang pori. 

5. Mengandungi Glycerin yang boleh melembapkan kulit wajah. Cuba tengok tangan aku ni yang disapu dengan moisturizer dan yang tak disapu moisturizer dalam gambar kat bawah. Nampak kan beza? 



Perasan tak, hampir kesemua ciri pelembap yang terbaik untuk kulit berminyak ada pada Aqua Whitening Cream? Sebab itulah aku recommend pelembap muka ni. 


Cara Pakai Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream Yang Betul

Untuk mereka yang kulit berminyak, cara merapikan wajah dengan skincare perlu dibuat dengan betul. Ini kerana nak pastikan kulit dapat dirawat dengan sebaiknya dan sekaligus mengawal pengeluaran sebum di wajah.

Berikut adalah cara terbaik untuk skincare routine kulit berminyak :
  1. Bersihkan wajah dengan kerap. Pastikan pencuci muka yang digunakan adalah PH rendah dan tidak mengandungi pewangi serta bahan kimia aktif yang tinggi. 
  2. Gunakan air suam, bukan air panas/sejuk.
  3. Jangan lap muka dengan kasar.
  4. Pakai toner yang sesuai. Just tepuk-tepuk manja je okay.
  5. Gunakan pelembap terbaik untuk kulit berminyak contohnya Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. 
Macam mana nak pakai moisturizer terbaik dari Hansaegee Nature? Meh aku tunjuk kat korang cara pakai moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature dalam gambar kat bawah beserta penerangannya sekali. 



  1. Sebelum apply, cuci kulit muka korang dengan bersih tau. Lepas tu calit moisturizer Aqua Whitening Cream kat 5 bahagian iaitu dahi, hidung, pipi kiri, pipi kanan dan dagu.
  2. Usap lembut je muka sambil urut-urut sikit dengan jari-jemari korang tu. 
  3. Nanti korang akan perasan yang moisturizer tu bertukar jadi water drop dan terus meresap dalam kulit tanpa tinggalkan rasa berlengas. 
  4. Kulit rasa segar dan lembap je tau. Haaa, sebab tu la Aqua Whitening Cream ni sesuai untuk mereka yang kulit berminyak. 

Moisturizer Pakai Waktu Bila?

Digalakkan untuk apply moisturizer ketika kulit masih dalam keadaan lembap. Contohnya selepas mandi atau cuci muka sebab masa tu apa je kita apply kat muka mudah diserap dengan baik. 

Kalau korang nak tahu, moisturizer kena pakai sebelum kita pakai sunscreen masa waktu siang hari. Untuk waktu malam pula, moisturizer kena pakai last sekali dalam skincare routine kita sebab nak kunci kelembapan pada kulit wajah kita. Haaa..baru la kulit dapat dirawat sebaiknya masa kita tidur tu. 

Jadi, aku recommend korang pakai Aqua Whitening Cream sebab inilah krim siang dan malam terbaik yang aku pernah pakai dan masih setia guna hingga kini.

Pakai moisturizer berapa kali sehari?

Mesti korang tertanya-tanya kan pakai moisturizer kena berapa kali sehari? Moisturizer perlu dipakai hanya 2 kali je setiap hari iaitu pada waktu pagi dan juga malam. Pada waktu malam, digalakkan untuk buat double layer supaya dapat mengawal kulit berminyak. So, bila bangun waktu pagi muka kita akan jadi kurang berminyak.



 

Feedback Tentang Pelembap Muka/Moisturizer Yang Bagus Ini 

Aku memang pengguna pelembap muka water based Aqua Whitening Cream tau. Kulit muka aku ialah jenis kombinasi - berminyak sikit + sensitif. Walaupun kulit muka aku bukan jenis berminyak yang heavy, moisturizer untuk kulit berminyak ni sangat sesuai untuk kulit aku yang sensitif tak boleh salah guna produk ni. Jadi, aku jamin moisturizer terbaik ni sangat sesuai untuk orang yang kulit berminyak overdose juga.  

Kalau korang tanya apa perbezaan yang aku dah alami lepas pakai moisturizer ni, kulit aku jadi lebih lembap dan nampak lebih fresh serta glowing tau. Dulu sebelum pakai moisturizer, kulit aku biasa-biasa je. Kekadang nampak oily sikit bila bangun waktu pagi. Sekarang takde dah. Teruja betul aku dibuatnya. Best weh bila tengok kulit sendiri makin sihat dan lembap dari sebelumnya. 

Oh ye, Aqua Whitening Cream ni bebas paraben, bebas alcohol dan juga tiada kandungan sulfat tau korang. So, this is the best moisturizer untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Cuba tau! Confirm korang puas hati. 

Untuk info yang lebih banyak, boleh skodeng laman sosial dan website yang aku letak kat bawah okay. Dah puas hati dengan segala info, boleh la decide untuk dapatkan pelembab muka terbaik untuk kulit berminyak ni. I bet you will love it! 🤭



Klik je link kat bawah ni tau! 
🍁Brand: Hansaegee Nature 

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan