Buat Duit Dengan Jual Gambar

Kalau korang nak tahu, aku memang sangat suka ambil gambar. Kiranya bab fotografi ni kena la dengan jiwa aku walaupun tak pernah ada camera DLSR yang mahal tu. Tapi pernah la eksyen bergambar dengan camera tu masa zaman anak dara. Pinjam camera sape tah. Followers lama blog ni mesti pernah tengok header blog aku dengan camera tu satu masa dulu. Hihi. 

Seronok sebenarnya ambil gambar ni. It's kind of therapy for our soul. Agittewww. Speaking taknak kalah. Hahaha. 



Jual Gambar Dapat Duit


Nak Ambil Gambar Cantik Kena Pergi Kelas/Kursus Ke? 


Sebelum ni aku tak pernah la pergi belajar kat mana-mana kelas @ kursus secara formal yang ajar teknik ambik gambar. Main tibai je snap. Lagipun aku cuma ambil gambar guna camera digital yang biasa tu je. Satu ketika dulu aku pernah jadi photographer 'bidan terjun' untuk majlis kahwin dan tunang tau guna camera cikai tu. 

Kalau korang nak tengok hasil 'bidikan' aku, boleh la terjah artikel di bawah :

Bukan kaleng-kaleng okay aku ni. Snap pakai kamera biasa-biasa pun gambar cun tau. Skill tu yang penting. Aiseh. Berlagak nak mampos si Sakdah ni. Hahaha.

Sebenarnya kalau minat, korang belajar sendiri je pun boleh. Sebab pada aku teknik ambil gambar ni korang kena try and error. Lagi satu, belajar dengan tengok hasil kerja orang lain dan tiruvasi. It's all about your skill and talent. Kena asah je bagi tajam. Practice makes perfect orang kampung aku kata. 

Tapi kalau korang nak pergi kelas atau kursus yang ada ajar teknikal ambil gambar ni pun tak jadi masalah. Rasanya banyak juga kelas yang otai-otai photographer buat untuk share pengalaman dan skill. Tak rugi pun sedut ilmu dari yang berpengalaman.

Bukan takat yang terer guna kamera DLSR je, sekarang ni kelas fotografi guna smartphone pun banyak tau. Depa panggil fotofon (phone photography). Tapi serius tak rugi pun korang join kelas-kelas macam ni. 

Kalau ada peluang dan ruang serta wang, korang masuk la kelas fotofon kalau betul-betul minat ambil gambar guna phone. Bukan setakat belajar teknik dan cara ambil gambar yang cantik, nak edit bagi gambar lagi wow pun boleh belajar. Dan banyak lagi yang akan diajar. 


Pengalaman Join Kelas Fotofon


Sebabkan aku minat sangat snap gambar guna phone, aku pernah la join kelas fotofon dengan Ticer Lini Mohd. Aku join sampai 2 kali tau. Batch 6 dan 9. Tahun 2018 kalau tak silap aku. Sekarang tak tau la dah berapa batch kelas Phop By Lini Mohd ni. Dah lama aku tak follow

Tiap batch memang ramai yang join. Tapi Ticer Lini akan belek setiap gambar student yang sampai beratus tu okay. Every task. Tanpa gagal. Dia akan komen dan jelaskan apa yang tak kena dengan gambar kita. Lighting, teknik snap, editing, position object, dan semua la yang berkaitan. Memang detail gila Ticer Lini kelebet. 😂

Meh aku kongsi dengan korang gambar tak semenggah aku dalam setiap task

PhoP Batch 6. Task : Product Photography. 



PhoP Batch 6. Task 2 : Close-up Photography.



PhoP Batch 6. Task : Black and White Photography.



PhoP Batch 6. Task : Groceries.



PhoP Batch 9. Task : Product Photography. 



PhoP Batch 9. Task : Portrait Black and White. 



Alumni PhoP. Task : Product Photography. 



Alumni PhoP. Task : Building.




Haaa.. Itulah hasil bidikan tangan tak bedung aku. Ahahaha. Pernah 2 kali je aku berjaya tersenarai dalam Top 40. Yang gambar al-Quran dengan produk Fabric Mist. Seronok gila masa tu tau.

Sebenarnya pakai phone jenis apa pun tak kisah. Janji skill ambil gambar tu power. Lepas tu terer edit, lagi mantap la hasilnya. Banyak jugak aku belajar dari kelas fotofon ni. 


Jual Gambar Boleh Dapat Duit? Biar betul!


Masa aku join kelas fotofon tu, Ticer Lini ada la bagitau jugak pasal gambar yang kita snap pakai phone boleh jual sebenarnya. Masa tu aku tak ambik serius pun. Mungkin tak 'nampak' jalan lagi kot masa tu.

Dalam tahun lepas, encik CH pulak suarakan pasal ni sebab dia tengok aku ni suka betul la ambik gambar. Dia taktau ke yang 'jawatan khas' seorang isteri ialah photographer untuk keluarga? Opkoz la semua moment kena snap gambar. Hahahahaha.

Encik CH cakap lebih kurang macam ni, 'Sayang kan suka ambik gambar. Cuba ambik gambar sekeliling sayang jugak. Lepas tu jual la.'

Tapi itulah. Aku biarkan je kata-kata beliau itu berlalu pergi begitu saja. Masih tertutup 'hijab' aku agaknya. Hahaha. Pastu tak tau la macam mana entah tetiba tahun ni aku ter'explore' pasal jual gambar kat apps Shutterstock. Terus terbuka 'hijab'. Sangat menarik! 


Aplikasi Shutterstock Contributor | Platform Untuk Jual Gambar


Jadi, aku pun download la apps Shutterstock Contributor ni. Sebab rasa sayangnya gambar tempat, haiwan, suasana, barang dan lain-lain yang aku ambil terperuk je dalam phone. Dari simpan je baik aku cuba jual kat sini. Mana tahu ada yang berkenan nak beli gambar tu, kan? 

Aku dah cuba tau korang submit gambar kat situ. Baru 4 gambar. 1 approved, 2 rejected, 1 lagi pending. Belum la ada 'hasil' nya lagi. Tapi at least ada dah gambar yang diterima. Masa memula send gambar kena reject tau. Frust gila aku masa tu. Hahaha. Tapi tak boleh la give up kan? Kena reject kita cuba hantar lagi yang lain. 


Jual gambar di Shutterstock



Kalau korang nak tahu, depa akan review dulu setiap gambar yang kita submit tau. Kalau kena reject gambar tu, nanti ada la dia sertakan sekali sebabnya. Setakat ni yang aku tahu, ini ciri-ciri gambar yang kita kena pastikan sebelum submit kat Shutterstock :
  • Gambar kena sharp. Minimum size : 4MP (megapixel) 
  • Tak boleh ada watermark 
  • Tak boleh nampak nama brand dalam gambar (Yang ni aku rasa kena declare. Ada cara dia. Aku pun baru belajar juga. Korang boleh join komuniti Shutterstock Contributor Malaysia kat FB.) 

Teruja tau bila baca perkongsian kat group komuniti Shutterstock tu. Ramai otai tak lokek kongsi ilmu yang newbies tak tahu dan tanya kat situ. Rasa bersemangat nak upload gambar hari-hari walaupun ada yang kena reject. Hihi. Takpe. Itulah namanya proses pembelajaran. Kita memang kena belajar jugak untuk terima rejection.

Best tak info aku kongsi ni? Kalau korang nak join jadi contributor kat Shutterstock jual gambar yang di snap, klik sini : Shutterstock Contributor 

Korang tau tak, gambar pensel sebatang pun kalau korang shoot cantik dan sharp laku jugak okay. Jom kita manfaatkan skill kita ambil gambar dan maksimumkan penggunaan phone lepas tu dapat duit kepuk-kepuk dalam USD. Yeayyy!


Jumpa pun header lama blog aku ni yang acah-acah photographer kelek kamera besaq gedabak. Hahaha.


Bisik-bisik :: Macam best je dapat buat side income cara mudah macam ni. Rajin dengan tak je. 

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Ralit baca. Tq cikSha sudi kongsi ilmu🥰

    BalasPadam
  2. Woww~ bagus tu sakdah. Moga rezeki awak lebat. Kalau dah minat, mesti boleh punya. Btw, saya pun pernah belajar kelas dengan Cikgu Lini., masa tu masih samar-samar nak jadi Pengurus Media Sosial.

    BalasPadam
  3. Bestnya... Ad skill kena manfaatkan...

    BalasPadam
  4. Saya dah ada akaun shutterstock tapi nak upload gambar tu bercinta lah!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan