Bila ternampak orang asyik duk kongsi gambar tembikai, aku jadi curious betul nak tahu. Sana sini tembikai. Asal scroll je mana-mana media sosial gambar tembikai lalu lalang kat wall. Memula tu terfikir juga, kenapa tembikai? Ada apa dengan tembikai?
Tetiba lalu pulak post orang share gambar kartun tembikai dengan anak-anak Palestin. Eh? Lagi la bertambah-tambah curiosity aku ni ha. Apa kaitan pulak tembikai dengan Palestin?
Maka pencarian maklumat pun bermula. Jadi setelah dapat jawapan, aku pun decide nak nukilkan dalam blog sendiri sebagai rujukan. Semoga dapat beri manfaat pada orang lain juga yang tertanya-tanya macam aku.
Kenapa Tembikai Jadi Simbol Untuk Palestin?
Ini adalah antara sebabnya:
1. Warna pada tembikai sama dengan warna bendera Palestin
2. Sebagai tanda sokongan atau solidariti buat Palestin
3. Melambangkan budaya dan identiti negara Palestin
4. Sebagai 'pengganti' bendera Palestin yang diharamkan Israil untuk dikibarkan
Sejarah Bermulanya Penggunaan Simbolik Tembikai Sebagai Ganti Bendera Palestin
Mesti korang pun nak tahu punca tercetusnya idea penggunaan simbolik Tembikai ni kan? Jom aku kongsikan sedikit maklumat untuk pengetahuan kita bersama.
Tahun 1967, telah berlaku perang di antara negara-negara Arab dan Israil selama 6 hari. Masa ni la Israil mengharamkan bendera Palestin untuk dikibarkan sebab nak sekat gerakan nasionalisma Arab-Palestin.
Sesiapa je yang kibar bendera Palestin akan dianggap sebagai penghasut dan akan ditangkap kemudian dipenjarakan. Disebabkan itu, tembikai dijadikan simbolik sebagai ganti untuk menunjukkan protes terhadap kekejaman Israil terhadap Palestin sepanjang tempoh sekatan berlaku.
Sekatan ni berterusan sehingga tahun 1993. Perjanjian Oslo pada tahun tersebut telah melonggarkan sekatan kibaran bendera ni.
Kenapa Tahun 2023 Simbol Tembikai Digunakan Semula?
Kalau korang nak tahu, penggunaan gambar icon bendera dan juga perkataan Palestin telah disekat oleh penyedia platform media sosial. Kononnya sesiapa je yang guna icon bendera dan juga perkataan Palestin untuk menunjukkan sokongan tanda solidariti pada Palestin dikira sebagai melanggar community guideline platform tersebut. Nanti akaun pemilik media sosial akan di'banned' atau post berkenaan akan dipadam.
Disebabkan oleh itu, maka penggunaan icon tembikai 'muncul' sebagai ganti. Macam yang pernah berlaku pada tahun 1967 - 1993 tu. Diaplikasikan pula dalam dunia maya yang telah di'sekat' penggunaan icon bendera dan perkataan Palestin.
Kesimpulan
Begitulah kisahnya simbolik di sebalik tembikai. Memang tengah viral di semua platform media sosial. Tak tahu la lepas ni dorang nak sekat jugak ke tidak icon tembikai ni. Selagi boleh guna untuk tunjukkan solidariti, kita gunakan semaksima mungkin.
Punya dahsyat 'koyakan' yang dorang alami kan? Sampai kat dunia maya yang dorang sendiri cipta pun boleh insecure. Kesian betul. Sendiri juga yang buka ruang untuk satu dunia menunjukkan sokongan pada pihak yang dianiaya dorang. Lepas tu tak boleh nak terima hakikat pulak.
Bisik-bisik :: Sebenarnya ada je di kalangan dorang sendiri yang ada hati perut dan sifat kemanusiaan menyokong Palestin. Cuma itulah, aku tertanya jugak ada ke yang masuk Islam eh?
geram sungguh dgn sifat tak ada hati perut Zionis...
BalasPadamperasan juga pasal tembikai ni dalam seminggu ni. Ia juga sebenarnya kaedah untuk beat algorithm media sosial ni. Biasanya mereka gunakan algorithm dalam menyekat kandungan yang tidak mereka tidak setuju. Orang menjadi semakin kreatif untuk beat algorithm mereka.
BalasPadamsemoga zionist laknatullah akan tewas dlm peperangan ini. Aamiin...
BalasPadamPrompt users to share their experiences, thoughts, or questions. The more interaction a post receives, the more likely it is to be deemed valuable by search engines.
BalasPadamGila kan zionist ni, nak kibar bendera negara sendiri pun tak boleh apatah lagi nak tadah air hujan, siap kena penjara. Gilo betul
BalasPadam