Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering - Tekstur Krim Pelembap Muka Jenis Water Based Buat Muka Lembap & Glowing

Jadi orang perempuan ni banyak nak kena jaga bab kulit muka kan? Sebab itu first impression kebanyakan orang tengok pada kita. Nak tak nak, memang kena invest la untuk pastikan kulit muka kita in tip top condition


Paling nak elak sekali dah tentulah masalah kulit muka kering. Sebab apa? Haaa..korang kena baca la entri aku sampai habis.



Tanda kulit sihat



Punca Kulit Muka Menjadi Kering


Kalau korang perasan, kulit muka kita adalah kawasan kulit yang paling banyak sekali terdedah, kan? Ye laa, kawasan kulit lain macam di tangan, badan dan kaki semuanya terlindung dengan pakaian. Jadi, peratusan untuk kita mempunyai masalah kulit di bahagian muka memang sangat tinggi. 


Kebiasaanya kulit muka kita ni terdedah kepada cahaya matahari berlebihan atau duduk dalam bilik berhawa dingin dalam tempoh yang lama. Kedua-dua situasi ni memang boleh menyebabkan kulit muka kita yang terdedah menjadi kering kontang. 


Tapi, bukan yang ini saja tau faktor membuatkan kulit muka kita jadi kering. Faktor genetik atau memang semulajadi kulit jenis kering pun salah satu punca juga. 


Sebenarnya banyak faktor lain juga yang boleh menjadi punca kepada masalah kulit muka kering. Antaranya :

1. Kurang minum air
Bila kita tak minum air yang secukupnya dengan keperluan badan, kulit kita jadi dehidrasi. Dehidrasi maksudnya tak cukup air untuk menjadikan kulit kita lembab. Kulit pun jadi tak elastik.

2. Tak pakai moisturizer 
Kesilapan kebanyakan dari kita adalah suka skip rutin penjagaan kulit wajah yang ini. Sebenarnya penting tau kita pakai moisturizer. Aku dulu pun pemalas jugak. Hahaha. Sekarang je dah insof. 

3. Kulit jenis sensitif
Masalah orang yang ada kulit jenis sensitif ni memang tak best tau. Bila kulit jenis sensitif, semua masalah kulit yang lain dia nak tapau jugak la kalau tak jaga betul-betul. Lepas tu tak boleh nak pakai sebarangan produk. Salah pakai je, dapat la habuan. 

4. Guna pencuci muka yang tak sesuai
Ini pun masalah besar jugak. Bila kita tak tahu jenis kulit muka sendiri, memang main hentam je pakai pencuci muka ikut suka hati. Dah tak pepasal buat kulit muka jadi kering sebab tak sesuai dengan kandungan dalam pencuci muka tu. 

Jadi, kalau boleh kena la usaha elakkan kesemua punca yang buat kulit muka jadi kering. Kalau tak, nanti muncul la tanda-tanda yang kulit muka kita dah alami masalah kekeringan. 


Tanda-tanda Kulit Muka Kering


Mungkin korang pun kekadang tak perasan sebenarnya kulit muka tu ada masalah kekeringan. Sebabnya setiap orang akan alami tanda kulit kering yang berbeza. Semuanya bergantung kepada faktor seperti usia, kesihatan, dan juga warna kulit. 


Tapi ada beberapa tanda kulit kering yang korang boleh alert. Contohnya seperti:

  1. Kulit rasa tegang.
  2. Kulit kasar dan mengelupas.
  3. Kulit jadi berminyak overdose.
  4. Terbentuk garis kedut halus, terutama di tulang pipi (smile line), sekitar mata dan dahi.
  5. Kulit yang cerah nampak kemerah-merahan, manakala kulit yang sedikit gelap akan kelihatan kelabu asap. Hihi. 

Haa, bila perasan ada tanda-tanda macam kat atas ni, boleh la cari cara untuk atasi masalah kulit kering tu supaya tak jadi lebih teruk. Sebab kalau korang ignore, sendiri tanggung la akibatnya eh. 



Aqua Whitening Cream
Korang kena cuba Pelembab Muka Aqua Whitening Cream ni tauuuu! 



Akibat Kulit Muka Kering


Tak best tau bila kulit muka kering ni. Kenapa? Kalau korang nak tahu, inilah akibat nya bila kulit muka kita kering :

1. Kulit Nampak Kusam dan Tak Bermaya
Korang tahu tak? Kulit yang terlalu kering dan kurang kelembapan boleh menghasilkan sebum atau minyak yang berlebihan. Bila kulit muka kurang kelembapan, kulit memang akan nampak kusam dan tak bermaya. Nampak macam orang sakit pun iye jugak. Huhu. 

2. Nampak Lebih Berusia Dari Umur Sebenar
Kulit kering akan menyebabkan garis penuaan di muka terbentuk. Pasal tu la kita akan nampak lebih tua walaupun sebenarnya masih muda. Arghhh..sadisnya weh! 


Jadi, kalau nak kulit muka nampak sihat dan glowing serta tak tua sebelum masanya, kena la cari penyelesaian untuk atasi masalah kulit kering sebelum melarat. 


Cara Atasi Masalah Kulit Muka Kering


Macam mana cara nak atasi masalah kulit muka kering ni? Senang je korang. Kita counter back je dari puncanya. Dari situ boleh la kita usahakan apa yang patut untuk atasi masalah kulit muka kering. 


Kena pastikan kita sentiasa minum air yang cukup supaya kulit kekal lembap. Semak dulu bahan yang terkandung dalam barangan kosmetik dan penjagaan wajah yang kita nak guna untuk kurangkan potensi tersalah guna produk. 


Paling penting sekali, jangan skip pakai pelembab muka (moisturizer) dalam rutin penjagaan kulit muka untuk pastikan kulit sentiasa terhidrasi. Wajib! Jadi, carilah moisturizer/pelembab muka yang sesuai dengan keadaan kulit kita. 


Moisturizer/Pelembab Muka Terbaik Untuk Kulit Kering


Bila sebut pasal pelembab muka, aku nak kongsi dengan korang pelembab muka yang aku duk guna. Memang terbaik punya moisturizer untuk kulit kering tau. Sangat sesuai untuk orang yang kulit sensitif macam aku. Sebab kandungan moisturizer ni langsung tak memudaratkan kulit manja aku ni ha.


So, kalau dah sesuai dengan kulit sensitif maksudnya sesuai la untuk semua jenis kulit yang lain. Termasuklah kulit kering samada memang semulajadi jenis itu atau kering disebabkan keadaan sekeliling yang mempengaruhi. 


Ya. Macam yang tertulis di tajuk entri aku, ini la pelembab muka yang dimaksudkan itu. Moisturizer water based dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. Sumpah best gila moisturizer ni. Sebab tu aku suka! 



Aqua Whitening Cream
Moisturizer Terbaik Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream



Kenali Moisturizer Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Jenis kulit yang sensitif, kulit kering dan kulit berminyak sangat recommended untuk pakai moisturizer water based macam Aqua Whitening Cream ni tau. Sebab moisturizer jenis ni ada effect soothing. Nyaman je bila sapu kat kulit muka. 

Yang menariknya, Aqua Whitening Cream bukan je bertindak sebagai moisturizer malah boleh menjadi krim siang terbaik yang dapat memulihkan kulit sunburn. Kulit yang jadi gelap tu boleh cerah balik tau. Sebab tu nama dia Aqua Whitening Cream. 

Lagi unik sebab bila sapu di kulit dan kita gosok perlahan-lahan, akan terhasil titisan air (water drop). Macam megik weh! Hihi. Sebab tu dia mudah meresap dalam kulit dan buat kulit kita sentiasa lembap. 


3 Bahan Utama dan Terbaik Yang Terkandung Dalam Aqua Whitening Cream 


Aqua Whitening Cream juga diformulasikan dengan 8 jenis Ekstrak Herba selain Niacinamide dan Glycerin. Bahan-bahan inilah yang membuatkan moisturizer ni dapat bertindak dengan lebih efektif dan memberikan kesan lembapan yang extra

Banyak kan bahan-bahan terbaik yang ada dalam moisturizer water based ni? Tapi dalam entri ni aku cuma nak kongsi info tentang 3 bahan utama dalam Aqua Whitening Cream yang memang terbaik untuk kulit kering


Glycerin 
Apa Itu Glycerin? 
Glycerin ialah humektan, sejenis agen pelembap yang menarik air ke lapisan luar kulit dari paras kulit dan udara yang lebih dalam. 

Kebaikan Glycerin
Sangat bagus untuk menjaga kelembapan kulit. Membantu memperkuatkan lapisan pelindung kulit (skin barrier). Mempertahankan keseimbangan air di kulit. Menjaga keanjalan kulit. 


Niacinamide 
Apa Itu Niacinamide? 
Dikenali juga sebagai Vitamin B3, iaitu sejenis vitamin larut air. Niacinamide dikatakan superstar penjagaan kulit sebenar yang telah menjalani banyak kajian dan mempunyai banyak manfaat untuk kulit. 

Kebaikan Niacinamide
Melembapkan kulit wajah. Mencerahkan tona kulit tak sekata. Memperbaiki kulit yang rosak. Mengawal kulit berminyak. Mengurangkan garis halus dan kedutan di wajah. 


Camellia Japonica Seed Oil
Apa Itu Camellia Japonica Seed Oil? 
Minyak yang dihasilkan dari cold pressing biji bunga Camellia Japonica, tumbuhan yang banyak ditemui di wilayah Asia Timur seperti Cina dan Jepun. Bahan ini juga banyak dimanfaatkan industri kecantikan kerana memiliki fungsi melembapkan kulit dan rambut. 

Kebaikan Camellia Japonica Seed Oil
Non-comedogenic, yang mana ia tak sumbatkan pori. Dapat memudarkan parut dengan menyamaratakan warna tona kulit. Mengelakkan kehilangan air daripada kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. 

Korang perasan tak, ketiga-tiga bahan ni ada persamaan kat fungsi dia iaitu menjaga kelembapan kulit. Sebab itulah Aqua Whitening Cream ni sangat sesuai menjadi krim muka untuk kulit kering. 


Tekstur Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream 


Kalau korang nak tahu, Aqua Whitening Cream ni adalah sejenis krim walaupun nama dia aqua. Bila dengar aqua kan automatik kita terbayang air. Tapi produk ni bukan dalam bentuk liquid/cecair tau. Lembut je tekstur krim dia. Warna putih. 


Aqua Whitening Cream


Tapi kenapa diberi nama aqua? Haaaa, inilah yang uniknya krim ni macam yang aku dah tulis kat atas. Dia boleh transform jadi titisan air tau korang bila kita dah apply kat kulit. Memang magik la! 

Meh aku tunjuk kat korang tekstur Aqua Whitening Cream ni dalam gambar untuk lebih jelas. 


Aqua Whitening Cream
Tekstur Pelembap Muka Terbaik Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Aqua Whitening Cream



Pengalaman Sendiri Menggunakan Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream 


Sebelum ni aku memang tak pakai moisturizer yang khas tau. Yang memang fungsi dia semata-mata moisturizer macam Aqua Whitening Cream ni. Aku just pakai krim anti-aging yang ada fungsi moisturizer juga. Konon all in one sebab aku kan pemalas gila nak buat banyak-banyak rutin. Hahaha. 

Aku dah pakai moisturizer Aqua Whitening Cream ni dalam sebulan. Memang nampak la perbezaan kat kulit aku ni sebelum aku add on pakai moisturizer dengan lepas dah guna moisturizer. Kulit aku jadi lebih lembap dan nampak lebih fresh serta glowing tau. Teruja betul aku dibuatnya. 

Aku memang takda masalah kulit muka kering tapi kulit aku kan jenis sensitif. Tu yang takut nak pakai macam-macam tu. Tapi bila dah cuba Aqua Whitening Cream, terus aku jatuh cinta dengan moisturizer terbaik dari Hansaegee Nature ni. Best weh bila tengok kulit sendiri makin sihat dan lembap dari sebelumnya. 


Cara Pakai Moisturizer Yang Betul


Cara Pakai Moisturiser Aqua Whitening Cream


Meh aku kongsi dengan korang cara pakai pelembab muka yang betul guna moisturizer Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature. 
  1. Pastikan kulit muka korang dah bersih dan dalam keadaan lembab. Tempek moisturizer kat 5 bahagian macam dalam gambar kat atas. (Dahi, hidung, pipi kiri dan kanan, dagu) 
  2. Usap lembut muka sambil urut-urut sikit. Nanti korang akan perasan yang moisturizer tu bertukar jadi water drop. Nampak tak kat dahi aku tu ada water drop?
  3. Muka nampak segar dan glowing. Suka! 

Moisturizer kena pakai waktu bila? 

Kalau basic skincare routine korang simple dan tak complicated macam aku, boleh la follow cara aku ni okay. Aku selalunya pakai Aqua Whitening Cream ni selepas cuci muka. Dua kali sehari je, pagi dan malam. 

Ramai yang masih tak tahu, kena pakai sunscreen dulu atau day cream (moisturizer)?

Rutin aku waktu malam :
Cuci muka - apply moisturizer Aqua Whitening Cream - tempek krim anti-aging 

Ini rutin aku setiap pagi :
Cuci muka - apply moisturizer Aqua Whitening Cream - tempek krim anti-aging - tenyeh sunscreen 

*Nota : Sunscreen tu kena rajin re-apply tau kalau korang jenis banyak terdedah kat luar. Macam aku terperuk dalam rumah ni, memang tak berapa rajin sangat nak re-apply. Ikut suka hati aku je. Jangan tiru tau. 

Sebenarnya berapa kali kita kena pakai moisturizer dalam sehari? 

Kalau macam aku ni, 2 kali dah memadai sebab aku bukan jenis kulit kering. Tapi kalau korang jenis kulit kering, pakai la ikut keperluan kulit korang supaya kulit kekal terhidrat dan lembap. 
 

Feedback Selepas Guna Moisturizer Untuk Kulit Kering - Aqua Whitening Cream 


Sebabkan aku sangat berpuas hati dengan result hasil pakai moisturizer Aqua Whitening Cream ni, jadi aku nak racun korang untuk pakai jugak. Hihi. Jom la cuba korang. Serius korang takkan menyesal tau.

Macam yang aku kongsi kat Pengalaman Sendiri guna Aqua Whitening Cream ni kat perenggan atas tu. Sebelum ni aku memang takda pakai apa-apa moisturizer. Bila aku add on pakai moisturizer Aqua Whitening Cream ni, kulit aku makin lembap dan glowing. Suka sangat!

As usual, aku berani recommend apa-apa produk yang aku cuba sebab yakin bila aku pakai takde kesan mudarat, ianya akan sesuai untuk korang yang ada skin condition macam aku. Kulit aku kan over manja gituhh. 

Yang best tu, moisturizer Aqua Whitening Cream ni bebas paraben, bebas alcohol dan juga tiada kandungan sulfat. Jadi untuk korang yang ada masalah kulit kering, this is the best moisturizer for you. Aqua Whitening Cream memang moisturizer untuk kulit kering. Cuba tau! 

Kalau nak info lebih banyak, korang boleh tengok kat laman sosial dan website dorang okay. Lepas tu korang timbangtara la nak pakai ke tidak. Tapi percayalah, review aku ni memang sebab betul-betul puas hati dengan produk Aqua Whitening Cream ni. Benda menjadi, kita gebang la. Gituhhhh. 🤭


Hansaegee Nature


Klik je link kat bawah ni tau! 
🍁Brand: Hansaegee Nature 



Bisik-bisik :: Kalau nak kulit sihat dan cantik kena pakai pelembap tau! 

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Wahh pelembap aqua ni bagus la, kena usha gak la

    BalasPadam
  2. wah menarik. akak ni kadang kulit kering sampai mengelupas

    BalasPadam
  3. best kan pelembap ni,, sejuk jer tempek kat muka... nanti lama2 gojes la muka sha hiii

    BalasPadam
  4. Suka pakai pelembap hansaegee ni, memang penetrate into skin tapi tak rasa macam pakai moisturiser pun kan

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan