Selamat Hari Lahir!

Tanggal 7 Ogos datang lagi. Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Alhamdulillah tahun 2023 ni aku sambut hari lahir yang ke-39 tahun. Last jadi geng 30an. Lepas ni welcome to the group 40's.

Bertambah lagi usia. Syukur Allah masih pinjamkan nyawa untuk terus bernafas di atas muka bumi ciptaanNya ini. Masih diberikan kesempatan untuk memperbaiki diri dan amalan. Entah sampai umur berapa la Allah nak izinkan diri ini menikmati kehidupan. Wallahualam.


Selamat hari lahir


Sambutan Hari Lahir, Apa Hukumnya? 

Seperti kebiasaan, yang terpantas sekali wish dah tentulah encik CH. Tak pernah gagal lagi sejak 17 tahun lalu dari masa zaman gatai menghela sampai la dah bertujuh lebih baik. 😝

Tahun ni takda surprise bouquet delivery macam tahun lepas dari encik CH. Hihi. Takpa la. Tak kisah pun sebenarnya. Yang penting dia tak pernah lupa hari istimewa bini dia. Dapat ucapan dan pelukan pun dah melting habis. Lepas tu dia ingatkan anak-anak untuk wish dan sayang mak depa. Anak-anak pun dah pandai buat kad ucapan dan ajak abah depa belikan kek. Itu pun cukup membahagiakan dah. Senang je nak 'jaga' aku ni ha. Ewahhh.

Terima kasih juga kat adik beradik kecintaan hati dan semua kenalan yang wish kat whatsapp dan juga facebook. Semoga doa baik-baik yang korang kirimkan untuk diri ini, berbalik kat korang juga. ❤️

Aku ni jenis simple je. Tak sambut beria pun setiap kali hari lahir tiba. Dapat ucapan dari kesayangan pun dah cukup membahagiakan. Tanda diri ini sentiasa ada di hati dan ingatan. Kalau dapat hadiah alhamdulillah syukur nikmat. 

Sebagai seorang muslim, boleh ke kita sambut hari lahir? Apakah hukumnya? Setakat pembacaan aku dan ceramah agama yang pernah aku dengar, hukum menyambut hari lahir adalah DIHARUSKAN. Tapi berpada-pada la. Ada caranya. Jangan ikut cara sambutan orang bukan Islam. 



Cara Menyambut Hari Lahir

Masa aku kecik, memang tak pernah la sambut hari lahir ni. Bukan menjadi kebiasaan keluarga aku. Bila dah besar, pergi merantau belajar di universiti baru la aku merasa sambut hari lahir dengan kawan-kawan. Itu pun sekadar makan-makan je. Pakat tong-tong duit sorang sikit nak makan sedap sikit dari kebiasaan. Hahaha. Student kan? 

Bila dah bekeluarga, aku sangat suka raikan hari lahir kesayangan-kesayangan aku kat rumah ni. Suami, anak-anak dan mertua. Setiap kali tarikh hari lahir salah seorang tiba, aku akan ajak encik CH beli makanan untuk 'makan besar' bersama. Selalunya satay, pizza atau KFC la yang jadi pilihan. Takpun kalau aku rajin aku masak la mee goreng basah atau spagethi carbonara/bolognese. Begitulah kebiasaan nya.


Happy birthday to me
Happy birthday to me! 


Kek jarang la kami beli sebab tak berapa laku. Membazir je. Kalau beli pun, beli yang kecik cukup dah. Takde jenama dan tak tempah khas. Cari je kat pasaraya. Asal boleh makan dan buat syarat je. Hahaha.

Kalau ikut hukum Islam, sambut hari lahir dengan makan kek tak haram pun. Boleh aih. Cuma jangan letak lilin pastu tiup api lilin dan make a wish (buat hajat) sambil kapuk tangan ke dada pejam-pejam mata. No no no. Macam tu tak boleh ya. Seolah-olah meniru perbuatan kaum Yunani Kuno yang buat macam tu masa aktiviti menyembah dewi Artemis. Jangan buat tau! 

Kesayangan aku kat Penang pun, kalau ada rezeki lebih aku akan buat surprise kirimkan hadiah untuk dorang. Entah la. Sejenis suka membahagiakan orang-orang yang aku sayang walaupun aku tak mampu sangat. 

Bila anak-anak dah bersekolah ni, start tahun lepas aku bagi anak sambut dengan kawan-kawan kat sekolah. Minta izin cikgu untuk buat jamuan sikit. Kami sponsor la kek dan bagi 'hadiah' untuk semua anak-anak. Masa ni la kita boleh ambil peluang nak bersedekah kan? Bagi anak-anak semua seronok. Sebab kita tahu bukan semua berpeluang nak merasa sambut hari lahir.

Pada aku, inilah cara yang sewajarnya untuk kita meraikan hari lahir. Tak berlebih-lebihan dan tak terikut cara orang bukan Islam sambut. 
  • Buat jamuan kecil dengan keluarga dan rakan terdekat. 
  • Bersedekah ikut kemampuan. 
  • Beri hadiah ikut kemampuan. 
  • Ucap 'selamat' dan doakan yang baik-baik untuk yang menyambut hari lahir. 
Raikan la hari lahir kesayangan kita. Kalau tak biasa, cuba dengan sekecil-kecil perbuatan macam buat ucapan secara berdepan dan hadiahkan sebuah pelukan kasih sayang. Cipta momen-momen bahagia dengan kesayangan yang kita tak tahu sampai bila Allah nak pinjamkan. 

Idea Hadiah Untuk Hari Lahir

Kadang-kadang buntu kan nak beri apa untuk kesayangan kita yang sambut hari lahir? Ye la. Kita nak dorang rasa bahagia dan dihargai. Aku pun selalu je rasa buntu macam tu. Tapi itulah, sebenarnya tak perlu modal yang besar pun. Atas diri kita dan ikut kemampuan sendiri cukup la. Berpada-pada orang kata.

Ini yang pernah aku sendiri hadiahkan untuk semua kesayangan aku masa hari lahir dorang. Yang aku ingat je la eh. Mungkin boleh jadi panduan untuk korang jugak. 
Untuk suami : Smartwatch, Sporty Sandal, Dompet, Baju Melayu, Kad Ucapan 

Untuk mertua : Telekung, Sejadah, Tasbih, Dompet, Tudung 

Untuk anak-anak : Mainan, Buku, Alat Tulis

Untuk mak : Bouquet rempah ratus

Untuk adik beradik : Gubahan orkid, plate nama
Bukan tiap tahun aku mampu bagi hadiah. Bila ada bajet lebih InsyaAllah aku usahakan untuk belikan sesuatu sebagai hadiah untuk dorang masa hari lahir. Bahagia rasa bila dapat gembirakan dorang. Itu la cara aku membahagiakan diri sendiri juga. 


Ucapan Hari Lahir



Ucapan Selamat Hari Lahir 

Tapi seandainya waktu tu aku takda kemampuan untuk beli hadiah, aku hanya sampaikan ucapan selamat hari lahir dan kirimkan doa je la. Itu pun sebenarnya dah memadai tanda kita sentiasa ingat kat dorang.

Kebiasaannya, inilah ucapan dan nukilan doa yang aku selalu beri buat mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran.
UNTUK DEWASA 
Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah. Dikurniakan kesihatan yang baik. Umur yang panjang. Rezeki yang berkat melimpah ruah tak putus-putus. Kebahagiaan bersama kesayangan selalu. Dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. 
UNTUK ANAK-ANAK  
Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa dalam lindungan kasih sayang Allah. Membesar jadi anak yang soleh/solehah. Sentiasa menyenangkan hati semua orang. Berjaya dunia akhirat.

Selain wish kat orang lain, boleh je kita doakan untuk diri sendiri juga. Appreciate and love ourself. Tak salah pun nak doakan yang baik-baik untuk diri sendiri. Kira macam kita muhasabah diri jugak la. 

Penutup

Kesimpulannya, meraikan hari lahir untuk diri sendiri atau orang di sekeliling kita tak salah pun. Hukumnya harus dan bukanlah haram. Selagi mengikut syariat, tak berlebihan dan sambut sekadarnya. 

Yang jadi haram tu kalau dah melanggar batas macam pergi clubbing sampai pagi tak balik. Ooo yeahhh tak balik. Haa..gituh. Hihi.

Apa-apa pun, semakin meningkat usia maksudnya semakin dekat kita kepada kematian. Bersyukur lah bila Allah masih beri peluang dan izinkan kita untuk terus bernafas. Sentiasa bermuhasabah diri dan perbaiki kelemahan dalam amalan kita setiap masa. Sebab kita tak tahu bila pengakhiran usia kita. 

Bisik-bisik :: Semoga Allah beri peluang lebih lama lagi untuk aku perbaiki diri. InsyaAllah. 

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Jmeput join segmen saya :)

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan