Assalamualaikum. Hai!
Sebagai pencinta kucing, aku pun tak terlepas dari menternak beberapa ekor anak bulus. Sepanjang hidup aku ni, dah banyak la kucing yang aku bela. Dari aku kecik lagi memang aku dah terdedah dengan minat terhadap makhluk berbulu yang comel tu.
Pernah masa kecik kami nak balik raya kat Penang, tapi taknak tinggal kucing kat rumah. Kami usung sekali depa balik Penang. Letak dalam kotak. Dari Bidor kami naik bas lompat-lompat. Sampai kat Ipoh baru naik kereta sapu. Tapi kat Taiping, si mak nya dah macam kelemasan. Terpaksa kami lepaskan depa 3 beranak kat situ. Huhu.
Sejak dari tu, aku punya sedih la sampai serik dan taknak bela kucing dah. Tapi bila dah remaja pindah duk Penang bila arwah abah dah meninggal, aku bela jugak lagi kucing. Habis je umur kucing-kucing tu, aku bela lain. Kutip je kat pasar dengan kedai-kedai makan. Serik la kononnya tu. Hihi.
Jadinya, aku ni jadi mak kucing dah berpuluh tahun tau. Sekarang umur aku dah 38 tahun. Haaaa.. Lama kan? Dah berpuluh ekor kucing aku bela. Paling lama seekor kucing aku bela ada dalam 8 tahun. Panjang umur dia. Sampai mati sebab tua. Yang mati sebab kena penyakit parvo pun pernah. Huhu. Itulah risiko bela menatang berbulus ni.
Apakah Makanan Terbaik Untuk Kucing?
Bila bela kucing ni, makanan depa adalah yang paling kita titikberatkan. Sayang punya pasal kan? Nak depa sihat dan aktif. Bulu cantik tak gugur. Berak kencing lawas. Cukup nutrisi. Kemain ha. Dah macam jaga kebajikan anak sendiri. Sabar je la. Hahaha.
Itulah salah satu pelaburan yang kena buat bila nak bela kucing. Jadi, apa makanan terbaik untuk kucing sebenarnya?
Nasi Gaul Lauk (Ikan atau Ayam)
Kalau dulu-dulu, kita bagi je kucing makan apa kita makan. Contohnya ikan goreng, ikan rebus, ayam rebus, ayam goreng digaul dengan nasi. Tipu la kalau dah lama jadi penternak kucing tak pernah buat macam ni dedulu masa sumber 'makanan segera' tak ada lagi.
Zaman sekarang rasanya dah kurang orang buat macam tu walaupun masih ada yang buat lagi. Orang tua kat kampung mesti ada yang bagi lagi kucing makan nasi gaul lauk. Confirm la. Dah jadi kebiasaan kan? Hihi.
Adakah ini pilihan makanan terbaik untuk kucing? Sebenarnya, nasi bukan makanan utama untuk kucing tau. Sistem penghadaman kucing dikatakan tak berapa sesuai dengan nasi. Sebab itu najis berbau masam. Kucing adalah sejenis haiwan karnivor yang lebih sesuai memakan makanan berasaskan daging.
Jadi, kucing boleh ke tidak makan nasi? Jika kucing dah terbiasa makan nasi, tak jadi masalah pun kalau nak bagi. Cuma kena pastikan kuantiti nasi sikit dan lauk kena banyak. Nasi tu sekadar nak bagi lauk-lauk tu tak kering sangat. Nasi kan kandungan air tinggi. Kira balance la camtu. Andai kucing tak berapa minum air pun, dah dapat bekalan air dari nasi. Haaa..begitu.
Tapi itulah, kucing yang makan nasi gaul lauk ni lagi tahan lasak pulak aku tengok. Jarang kena penyakit. Umur pun panjang. Kebanyakan mati sebab dah tua. Takpun sebab eksiden kena langgar lari. Musykil jugak kekadang bila terfikir. 😅
Makanan Basah (WetFood)
Sekarang ni dah banyak pengeluar yang buat makanan kucing basah (wetfood) untuk kucing. Jadi sangat banyak pilihan yang ada kita boleh pilih untuk beri pada anak bulus kesayangan. Dah tak payah nak rebus ikan atau ayam lagi dan juga labu sebagai wetfood. Sediakan ongkos nya je.
Oh ya! Kalau korang nak tahu, rebusan ayam dan labu yang aku tulis kat atas tadi tu sebenarnya resipi nak bagi kucing gemuk tau. Selain tu, bulu depa pun akan jadi gebu. Kalau korang rajin, boleh la cuba buat. Mudah je cara buatnya. Meh aku kongsikan dengan korang!
Resipi Homemade Wetfood Untuk Kucing Jadi Gemuk dan Gebu Gebas
Bahan-bahan :
*Dada Ayam
*Labu Kuning
Cara-cara Buat Wetfood :
1. Bersihkan dada ayam dan labu kuning.
2. Rebus sehingga ayam masak dan labu empuk.
3. Carikkan isi ayam supaya mudah nak kisar.
4. Masukkan isi ayam yang dah dicarik dan labu bersama air rebusan ayam kemudian kisar sehingga lumat
5. Pastikan tekstur tak likat atau cair sangat. Kang kucing takmau makan pulak.
6. Boleh simpan dalam bekas kecil jika buat banyak. Simpan dalam freezer tau. Baru tahan lama.
Senang je kan cara buatnya? Mungkin lebih menjimatkan bila buat homemade wetfood ni. Cuma kena ada kerajinan je. Kalau malas, beli je yang sedia ada kat pasaran. Hihi.
Satu kekurangan wetfood ni, ianya tak tahan lama. Kalau dah buka satu paket, seeloknya habiskan kesemuanya sekali. Tapi itulah, wetfood harganya tak berapa rahmah. Jenuh rabak poket kalau nak membeli banyak stok.
Lagi satu, tak berapa elok bagi makan wetfood sebagai makanan ruji kucing. Mulut kucing akan mudah berbau. Sebabnya makanan mudah terlekat celah gigi. Nanti gigi depa pun cepat rosak. Lagi satu gigi dan rahang kucing akan lemah dan tak kuat. Makanan lembut kan? Jilat je pastu telan. Tak perlu nak gigih mengunyah.
Kalau nak bagi anak bulus makan wetfood, cuma digalakkan 2 kali seminggu je. Kena juga bagi as a treat untuk depa. Mungkin depa jenis kurang minum air. Jadi wetfood boleh atasi masalah tu. Barulah depa tak sembelit. Kucing pun boleh sembelit tau. Ingat manusia je ke?
Bila dah bagi makan wetfood, kita kena rajin sikit belek gigi depa tau. Kena tolong beruskan gigi depa. Takut ada makanan terselit celah-celah gigi tu. Kesian depa nanti gigi cepat buruk. Dah la gigi comel je. Taring dia je yang seram sikit. Hihi.
MENARIK UNTUK DIBACA
Pengikis duit aku dan pakwe 😂 |
Makanan Kering (Kibbles)
Zaman serba serbi nak mudah ni, pada pendapat aku kibbles adalah pilihan makanan terbaik untuk kucing. Tahan lama jika penyimpanan di dalam bekas kedap udara. Memudahkan untuk diberikan pada kucing juga. Menjimatkan masa sebab tak perlu nak masak lauk seperti ikan/ayam rebus untuk beri kucing makan. Kos beli makanan pun akan jimat sedikit.
Salah satu kebaikan kibbles, ianya bagus untuk kesihatan dan kekuatan gigi kucing. Kibbles kan rangup. Jadi kebarangkalian nak terlekat di celah gigi tu sangat tipis. Maka, takde la gigi tu cepat rosak dan mulut berbau busuk.
Cumanya, bila bagi makan kibbles kena pastikan kucing minum air secukupnya juga. Macam mana nak tahu kucing cukup minum air ke tak? Kena tengok najis dia la. Kalau pasir kumbahan depa sentiasa ada hasil tu, insyaAllah cukup la tu bekalan air dalam badan depa. Hasil tu kena pastikan segumpal besar bukan secoet besar ibu jari je tau. Lagi satu, boleh tengok bekas air yang disediakan samada air berkurang atau tidak.
Ada juga aku pernah tertengok video dari vet yang bagi tips cara nak tengok kucing kita cukup air atau dehidrasi. Dia cakap cubit belakang tengkuk kucing dan pulas sikit. Lepas tu tengok kembali ke asal cepat atau lambat. Kalau cepat maknanya kucing cukup air dan kulit dia elastik. Kalau lambat tu kucing tak cukup air dalam badan la maksudnya. Begitulah.
Pilihan Makanan Kering (Kibbles) Di Pasaran
Bela kucing memang banyak pakai duit tau. Salah satu 'pelaburan' kita untuk bebudak bulus ni dah tentulah makanan depa. Macam aku sendiri, memang sediakan bajet untuk beli kibbles dan wetfood. Aku tak bagi kibbles saja. Sekali sekala bagi juga wetfood sebagai treat. Cuma aku tak rajin nak buat homemade wetfood je. Tu yang kena beli. Hahaha.
Kat pasaran sangat banyak pilihan makanan kering yang ada untuk kucing. Pelbagai jenama. Samada yang ekonomi atau premium, itu pilihan kita atas kemampuan poket sendiri ye. Tak perlu kecam depa yang pilih makanan ekonomi. Tak salah pun. Just hormat pilihan orang lain. Kita mampu beli yang premium, itu pilihan kita sendiri juga.
Aku pulak memang beli kibbles ekonomi yang kualiti hampir premium. Harga sangat lah mesra poket aku a.k.a harga rahmah. Maklum le bukan bela seekor je nak beli yang betul-betul premium dan istimewa. Rabak le aku weh. Selalunya aku akan beli pek yang besar, 8kg-10kg. Banyak jenama dah aku cuba. Jadi ini adalah perkongsian aku secara jujur tentang kibbles yang anak-anak bulus aku dah pernah makan.
Makanan Kucing (Kibbles) Kualiti Premium Harga Bajet Bawah RM100 Untuk 8kg-10kg
Makanan kucing (kibbles) yang berkualiti premium, kandungan protein kena tinggi tau. Dalam 30% minimum. Kucing memang perlukan makanan yang berprotein tinggi untuk tumbesaran yang sihat. Selain tu, kena pastikan makanan kucing tidak mengandungi bahan pengawet atau pewarna buatan. Ia juga kena bebas dari bahan kimia berbahaya seperti BHA, BHT dan Ethoxyquin.
Yang paling penting, makanan kucing (kibbles) kena cukup segala nutrisi. Bukan sekadar protein saja. Lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral juga merupakan nutrien yang penting kena ada dalam kibbles.
Aku pernah je bagi kibbles jenama premium yang memang harga nya boleh tercekik aku ni ha kat anak-anak bulus tu. Contohnya macam Pro Diet dan One Purina. Tapi sekali sekala je sebab aku campur dengan kibbles jenama biasa harga rahmah yang selalunya aku borong pek besar 8kg-10kg terus. Yang 2 jenis tu selalu beli yang 1kg je. Pek besar mahal gilaaa. Poket aku tak berapa nak mesra. 😂
Jadi, ini adalah senarai kibbles yang aku pernah bagi kat anak-anak bulus kesayangan aku yang 5 ekor tu. Berat kibbles 8kg - 10kg dan yang paling penting harga bawah RM100. Kandungan protein pun dalam 25% - 32% hampir setanding yang premium. Cukup lengkap semua nutrien yang perlu dan takda pewarna serta bahan pengawet.
More More Please
Flavour : Ocean Fish
Berat : 8kg
Harga : RM61.50
Beli kat Shopee : https://shope.ee/9UY2Sr47WH
Misha
Flavour : Chicken & Tuna
Berat : 8kg
Harga : RM67.90
Beli kat Shopee : https://shope.ee/6AHaV91q4H
D'Zahara
Flavour : Ocean Fish
Berat : 10kg
Harga : RM65.90
Beli kat Shopee : https://shope.ee/AK79T49to0
Petland
Flavour : Chicken & Tuna
Berat : 10kg
Harga : RM63.90
Beli kat Shopee : https://shope.ee/9UY2Sr47WH
Cutes Cat
Flavour : Chicken & Tuna
Berat : 10kg
Harga : RM51.06
Beli kat Shopee : https://shope.ee/9UY2Sr47WH
Alhamdulillah setakat ni, semuanya sihat walafiat. Tak pernah kena penyakit yang berbahaya. Nauzubillahiminzalik. Yang penting depa aktif walaupun suka bergaduh sesama adik-beradik. Geram je aku nengoknye. Haishhh.
MENARIK UNTUK DIBACA
Tips Pastikan Kucing Sesuai Dengan Makanan Yang Diberi
Oh. Aku pernah dapat soalan, betul ke bagus makanan kucing yang ekonomi macam ni? Ini tips yang aku pernah dapat dari vet gomen masa bawak anak bulus neuter (mandul) masa bujang dulu. Dia cakap asalkan bila kucing makan kibbles tu tak muntah, cirit, sembelit dan masih aktif, insyaAllah okay je. Jadi korang jangan la ragu-ragu nak bagi kucing makan makanan yang harga ekonomi ni. Cuma kena pastikan kandungan dia terbaik la.
Perkongsian aku ni cuma untuk korang yang bela banyak ekor kucing dan bajet sederhana je tau. Walaupun takde bajet besar, tapi tetap nak berikan yang terbaik untuk semua anak bulus. Makanan jenama tak gah dan harga ekonomi ni sangat berbaloi okay.
Yang bela anak bulus kayangan, mungkin tak sesuai dengan makanan ekonomi harga rahmah ni. So, boleh abaikan je tau. Korang cari la info kat tempat lain pasal makanan yang sesuai untuk anak bulus kayangan korang. Banyak pilihan makanan jenis premium dan super premium pelbagai jenama dari yang tempatan sampai la yang oversea punya.
Kalau korang cari kibbles yang bajet tapi berkualiti, aku recommend korang cuba la makanan yang tersenarai kat atas tu. Aku kebiasaannya duk ulang 5 jenama ni je kalau tengok bebudak tu dah jemu dengan kibbles yang depa duk makan. Perisa pun aku akan ambil Chicken & Tuna atau Ocean Fish je.
Aku tak claim makanan yang aku beri kat 5 ketul anak bulus aku tu jenis premium pun. Makanan ekonomi buatan tempatan je tapi kualiti setanding premium. Haaa..gitu. Aku study tau pasal makanan tu semua dulu. Ada yang aku dapat info dari group pecinta kucing.
Kesimpulan
Makanan kucing jenis ekonomi atau premium yang jadi pilihan korang untuk anak bulus, yang penting ingredients makanan tersebut berkhasiat untuk depa. Jangan kecam pilihan orang je dah la.
Macam aku ni, 'mak kucing' yang poket tak kepuk-kepuk maka aku pilih nak beli makanan kucing jenis ekonomi je.
Alaaa..korang jangan la fikir takda makanan kucing jenama biasa-biasa yang berkualiti tau. Berlambak duk ada. Kena rajin survey dan baca ingredients makanan sebelum beli je. Lepas tu pilih nak yang mana sesuai dengan bajet. Asalkan kucing korang kenyang, sihat, aktif dan poket korang pun tak nazak cukup la.
Bela kucing ni memang banyak pelaburan. Macam encik CH cakap, 'bela kucing duit keluar tapi takde hasil'. Bhahahaha. Biar la. Ngata kita tapi bila kita report makanan dengan pasir kucing habis, dia hulur jugak duit kat bini dia ni. 😝
Bisik-bisik :: Bila jadi pencinta kucing ni, memang akan cuba bagi segalanya yang terbaik untuk kucing. Dah nama pun sayang. Kan?
Yang petland tu pernah bagi kucing kin dia xmau hahaha, sekarang bagi makan jenama Molly kdg ambik chicken lepas tu salmon laju makan, pernah cuba infinity laju gak makan pening bagi makan kucing tua ni hahaha selera berubah
BalasPadam