Kuah Lodeh atau Kuah Lontong? Menu Pilihan Ramai Di Hari Raya

Assalamualaikum. Hai! 


Selamat Hari Raya AidilAdha korang! Raya mana tahun ni? Ada sertai korban ke tak? Aku macam biasa kalau Raya Haji ni kat Terengganu je la. Tak balik ke Penang. Sebab cuti pun kejap je kan. So, pagi raya ni aku masak menu yang aku terer je la iaitu KUAH LODEH! Hihi.


Eh? Kuah lodeh ke kuah lontong? Mesti korang pun confuse kan? Takpe. Nanti korang akan dapat jawapan dalam entri aku ni. Yang penting korang rajin nak baca je. Nak ilmu kena la rajin membaca. Ecewah. 


Poster AidilAdha
Selamat Hari Raya AidilAdha



Plan Korban Yang Tak Jadi


Sebelum tu, nak cerita dulu la kisah raya aku untuk tahun ni. Catatan memori untuk dikenang dan dibaca nanti. Kata bawak identiti Personal & Lifestyle Blogger. Mesti la ada terselit kisah hidup aku dalam blog ni. Hihi. Korang baca je la eh.

Ikutkan plan awal, aku dengan encik CH nak korbankan seekor lembu untuk anak-anak Raya Haji tahun ni. Ada dah lembunya. Kami beli tahun lepas. Tapi itulah, masih selim lagi budak lembu tu tak gemuk-gemuk. 

Jadi encik CH cadangkan plan tu postpone dulu dan proceed tahun depan. Kata dia, macam tak tergamak nak sembelih nanti dagingnya sikit je dapat. Nak sedekah kat orang kan? Kena la bagi yang terbaik. Aku pun setuju je la. 

So, plan korban budak lembu tu tak jadi la tahun ni. Kena bagi dia makan lagi banyak dan gemukkan dia sebelum Raya Haji tahun depan pulak. Panjang umur lagi budak lembu tu eh? Hahahaha. 

Tahun ni kita beraya santai-santai je la. Tak pergi mana pun. Tu yang aku masak menu kuah lodeh bersama sambal bilis dan telur rebus untuk dimakan dengan nasi impit. Encik CH yang request jugak sebenarnya. Kita tunaikan je la. Aku kan isteri kiriman syurga yang solehah. 🤣

Kalau lah jadi buat korban, mesti boleh cuba masak Rendang Hitam. Aku tengok gambar orang pernah makan rendang ni macam sedap je weh. Terliur. Hahaha.


Kuah Lodeh atau Kuah Lontong?


Haaa, ini la yang aku nak kongsi dengan korang. Ramai sebenarnya yang confuse nak panggil kuah lodeh ke kuah lontong. Kalau korang nak tahu, nama yang paling tepat untuk menu ni ialah KUAH LODEH.

Ye. Masakan tu namanya kuah lodeh ye. Dia ala-ala masak lemak kuning sayur-sayuran camtu. Selain sayur ada la digandingkan dengan udang dan tempe. Tapi kalau tak berapa minat tempe, tak letak pun tak jadi hal la. Tak berdosa pun. Korang jugak yang nak makannya. Ikut selera anak tekak korang la. Tapi nama dia tetap la orang panggil kuah lodeh.

Menu ni sedap dimakan dengan sambal bilis tau. Perghhh..terangkat rasa dia. Mabelesss! Jangan lupa telur rebus juga. Lepas tu, nasi impit pun kena ada. Baru la lengkap pakej dia. 😋


Lontong vs nasi impit
Lontong vs Nasi Impit



Lontong Tu Apa Sebenarnya?


Buat pengetahuan korang, lontong ni ala-ala nasi impit tu la. Ye. Lontong ialah sejenis makanan berasaskan nasi. Cuma cara buatnya tu tak macam nasi impit. Dia special sikit. Masak dia macam lemang sebab guna daun pisang. Tapi tak letak dalam buluh la. Cuma beras tu diletakkan dalam daun pisang. Lepas tu direbus. Haaa..begitu.

Kalau macam nasi impit, cara buat dia lain. Aku ingat lagi masa kecik-kecik pernah tolong mak buat nasi impit cara tradisional. Masak nasi dengan air yang banyak untuk pastikan nasi tu lembik. Tapi jangan la banyak sangat air dia. Nanti jadi bubur pulak. Dia kena agak-agak tapi biar lebih sikit dari kebiasaan nak tanak nasi biasa tu. 

Bila nasi dah lembik, kaut letak dalam loyang lepas tu penyet-penyetkan bagi padat. Nak padatkan tu kena guna kain nipis yang bersih letak kat bahagian atas sebab nak tekan tu masa nasi masih panas-panas lagi. Baru la nasi-nasi tu semua terhimpit elok. Tu pasal nama dia nasi impit tau. Hihi. Bila dah siap padatkan nanti kena sejukkan dulu. Lepas tu baru boleh potong. Camtu la cara buat nasi impit dulu-dulu. Nostalgia betul. Korang pernah tak buat? 

Sekarang je dah mudah. Beli yang segera dalam paket kecik-kecik tu je ha. Tinggal nak rebus je. Pastu tos bagi sejuk dan boleh potong. Settle! Aku pun tak buat dah cara tradisi tu ha. Malas nak renyah-renyah. Benda yang dah diinovasikan ada, kita manfaatkan aje ye. Hihi. 

Lontong setakat ni aku rasa takde lagi diinovasikan. Sebab dia kan kena guna daun pisang. Daun pisang tu yang buatkan lontong ni special. Ada aroma dan rasa yang tersendiri. 

Haa, itulah kisah sebenar si lontong. Adik beradik je dengan nasi impit. Nasi yang dimasak di dalam daun pisang. Lepas ni jangan confuse lagi tau. 


Resipi Kuah Lodeh Mudah dan Sedap


Sedap ke resipi aku ni? Dia atas tekak yang makan jugak. Tapi yang paling penting bagi aku, encik CH cakap sedap cukup dah buat aku kembang setaman. Hahaha. Aku ni jenis masak nak yang mudah-mudah je. Malas nak yang complicated sangat. Style aku masak, campak-campak asalkan jadi. Gituhh tagline dia. 😝

So, kalau korang rasa nak ikut cara aku ni, dipersilakan. Kalau taknak, korang tatap je la gambar tu eh. Jamu mata. Kena terima yang cara aku masak tak sama macam mak, tok, atau moyang korang masak eh. Jadi tak payah nak komplen dan bezakan. Warning sesiap ni tau! 


Kuah Lodeh
Kuah Lodeh air tangan CikSha



Bahan-bahan  


1. Sayur-sayuran (Lobak, Kacang Panjang, Anak Jagung) 
2. Sayur fucuk dan Suhun
3. Ubi kentang
4. Fishcake dan Tempe
5. Bawang Merah dan Bawang Putih
6. Serai
7. Udang segar
8. Santan
9. Air secukupnya 

Kuantiti sayur-sayuran dan ubi kentang tu ikut la korang nak letak banyak mana ye. Agak-agak je. Cara potong pun ikut la macam mana pun. Kalau nak cantik, lobak tu boleh kerat panjang kurus tak pun buat la bentuk bunga. Ubi kentang tu nak potong bulat ke petak ke macam jari ke, terpulang. Pendek kata, ikut suka korang la! 

Sayur fucuk dan suhun tu jangan lupa rendam dulu bagi dia kembang. Nanti nak masak senang. Kuantiti pun agak-agak banyak mana korang nak masak. Yang penting suhun tu jangan banyak sangat. Kang dia serap kuah, kering kontang pulak takde kuah nanti.

Fishcake dengan tempe pun sama jugak kuantitinya korang bajet ikut banyak mana nak masak kuah tu. Jangan banyak sangat. Kang tak sedap. Bagi yang tak suka tempe, taknak bubuh pun takde masalah ye. Aku pun tak letak tadi sebab tempe takde. Takyah gaduh-gaduh. Kita yang masak dia.

Bawang merah dan bawang putih, aku guna 3 ulas memasing. Hiris halus je. Aku malas nak tumbuk. Nak cepat. 

Udang aku potong comei-comei macam kiub. Terlebih rajin sebab aku malas nak kopek masa nak makan. Nak telan je terus. Hahaha. Jadi aku kopek sesiap kulit dan potong kecik-kecik.

Aku guna santan kotak jenama Kara yang kotak kecik tu. Rasanya 125ml kot. Lupa pulak. 2 kotak aku guna. 

Cara Memasak


Okay, jom proceed cara nak masak pulak. Versi perempuan pemalas masak campak-campak jerr. 🤣

1. Rebus lobak dan kentang dengan air secukupnya. 

2. Bila lobak dan kentang dah lembut, campak bawang merah dan bawang putih. Lepas tu campak pulak fishcake dan udang. 

3. Udang dah masak, masukkan santan. Jangan lupa sebelum buang kotak dia tu, letak air dalamnya dan goncang-goncangkan lepas tu tuang air tu dalam kuali. Jangan bazirkan lebihan santan yang terlekat di kotak kekdahnya. Hihi.

4. Masukkan air secukupnya. Ikut la banyak mana kuah korang nak. Biar berpadanan dengan kuantiti sayur-sayuran dan bahan lain tu. Tapi pastikan santannya tak ceroi (cair) sangat la ye. 

5. Tabur serbuk kunyit ikut tahap kuning mana korang nak. Kalau suka pucat, letak sikit. Kalau suka terang, letak la banyak. Begitu. Letak serai juga ye masa ni. 

6. Jangan lupa garam dan 1 kiub pati ayam. Lepas tu rasa la dulu dan adjust sampai capai piawaian sedap korang.

7. Dah nampak mendidih tu, masukkan kacang panjang, anak jagung, sayur fucuk dan suhun. Kalau ada tempe letak la juga. Kenapa masukkan last? Sebab taknak kacang panjang + anak jagung lembik sangat dan yang lain tu hancur.

8. Biar mendidih sekejap dalam 5 minit bagi 'mesra' bahan yang masuk last tadi tu. Tutup api dan siap!

Minta doa kat Allah supaya bagi rasa sedap masakan tu kat tekak orang lain. InsyaAllah mesti sedap. 😊

Sesambil tu rebus la nasi impit dan telur tau. Buat gandingan nak makan dengan kuah lodeh. Kalau macam aku, suka ada sambal bilis sekali. Tapi kalau korang taknak buat pun boleh je. Ikut suka la kan? Tak perlu terikat sangat dengan cara orang lain. Kita yang nak makannya pun.


Bisik-bisik :: Makanan kegemaran aku tau kuah lodeh ni. 

4 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. fav MA ni kuah lodeh.. ooo baru tau lontong tu apa, MA ingat lontong tu bila nasi impit makan ngan kuih lodeh..jadi la lontong.. ha ha ha.. pun boleh kan
    masa kecik2 dulu memang merasa la nasi impit yg ori tu , himpit dlm loyang, siap letak batu lesung atas tu..impit katanya kan.. nowadays..memang beli je la.. senang kan
    salam aidil adha di sini.. :-)

    BalasPadam
  2. Oooo.. Baru tahu beza nasi imput ngn Lontong..kadang g Kedai.. Nama menu dah sesiapa Lontong ...x sure la tu apa sebenarnya..Telan aje..x amek port pasal bau...aahahhaha

    BalasPadam
  3. Sedap kuah lodeh, boleh tengok resepi ni nak buat la, hahaha, bab buat nasi impit tu kin sempat belajar dengan mol masa mula2 kahwin ada belajar buat nasi impit guna cara Sha bagitaw tu la, bila dah lama malas dah buat cara tu kita cari jer yg paket2 dah terus rebus jerhahaha

    BalasPadam
  4. Salam Aidiladha
    Selamat melodeh dan melontong

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan