Cuti sekolah baru ni kami takde buat apa-apa plan nak pergi mana-mana pun sebenarnya. Tapi hari Khamis sebelum cuti sekolah nak habis, encik CH tetiba ajak bawa anak-anak pergi Kenyir Elephant Conservation Village. Tak jauh pun dari rumah. 45 minit je.
Jadi kita playing tourist kat tempat sendiri je la. Saja nak bagi anak-anak seronok cuti sekolah ni. Tak dapat pergi cuti-cuti Malaysia tempat jejauh, tempat sendiri pun dah okay. Janji dapat 'family time' yang enjoyable. Dapat tengok gajah pun depa dah excited. Mak depa pun sama jugak. 😆
Sebelum pergi tu tak bagitau awal-awal pun kat depa. Encik CH pun pergi kebun bagi makan lembu kambing macam biasa. Dalam pukul 11 pagi tu dia balik, lepas tu kami siap-siapkan budak 5 ketul tu. Masa tu baru depa tanya kenapa pakai baju cantik-cantik. Encik CH kata nak pergi kampung gajah. Yang tak menahan tu soalan anak-anak kat pak depa, 'Gajah pun ada kampung ke abah?' Hahahaha. Adoi la.
MENARIK UNTUK DIBACA!
Kami sekeluarga dengan 3 ekor gajah yang comel. |
Aktiviti Menarik Di Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)
Kalau korang nak tahu, gajah kat sini semuanya jinak. Sebab dah dilatih dan ada penjaga (mahut) masing-masing. Jadi kita pun takde la takut sangat nak dekat dengan gajahnya. Tak macam gajah yang kami selalu jumpa kat Gerik/Titiwangsa masa balik raya Penang. Yang tu liar. Memang seremmmm.
Gajah-gajah kat sini ada hampir 18 ekor kalau tak salah. KECV ni macam tempat pemuliharaan gajah-gajah yang sesat dan kehilangan kawanan depa. Kiranya depa tertinggal kat belakang la. Tu la lambert sangat kan jalannya. Kan dah kena tinggal. 😅
Sebenarnya aku pernah je tengok gajah depan mata. Masa pergi Zoo Kemaman dan yang melepak tepi jalan kat Gerik/Titiwangsa tu. Tapi seumur hidup aku, masa kat sini la pertama kali dapat merasa pegang belalai gajah. Takut tapi teruja. Ingatkan kasar keras kekung. Rupanya lembut gila weh. Lembik-lembik anjal gitu. Hahaha.
Meh aku kongsi pengalaman dan aktiviti yang kami buat sepanjang ada kat sini.
1. Canopy walk.
Jalan kat titi gantung sepanjang 600 meter melihat panorama alam yang indah. Ada la platform berhenti nya. Macam kat menara tu. Jalan atas titi, panjat menara, jalan atas titi, panjat menara lagi. Haa gituu. Takde la direct je jalan atas titi gantung nya.
Serius cantik sangat tau pemandangan kat situ. Yang lalu kat titi yang bawahnya ada sungai lagi cantik. Gayat la jugak sikit masa berjalan tu sebab dia beralun. Aku ni memang jenis gayat tempat tinggi sebenarnya. Tapi okay je meniti kat titi gantung tu.
Abang Adan, Cik Merah, si encem Iman pun gayat jugak. Si encem Iman siap suruh abah dukung dia. Hahaha. Dah lama sikit baru depa okay. Budak Ali je relax. Dia tu apa benda je yang takut? Berani terlebih.
2. Panjat menara.
Bapak penat naik tangga. Tinggi weh menara dia. Tangga pun boleh tahan banyak. Ada 5 menara kalau tak salah aku. Nasib ada banyak platform nak rehat. Lebih kurang 6 platform rasanya. Luas dan selesa. Anak-anak boleh berlari-lari. Hang boleh lepak duduk kat kerusi buluh tengah-tengah platform tu.
Ala-ala hiking la jugak. Sempat la berangan boleh kurus sebab exercise panjat menara ni. Menangis lemak-lemak aku. Hahaha. Ada 2-3 kali kot kami lepak kat platform. Aku menyusu budak Umar gendut tu. Kemain dahaga sokmo dia macam panjat sendiri menara. Padahal aku yang dukung dia. Lupa nak bawak extra carrier. Lenguh tangan aku weh. Sampai hari ni duk berasa lenguh lagi.
Canopy walk. Ni titi gantung yang pertama kami redah. |
Sebelum ke menara tinjau kedua. |
3. Skodeng gajah dari atas menara.
Kat sepanjang canopy walk dan menara tu, ada beberapa ekor gajah juga tau. Masa korang duk lepak kat menara tu, boleh la skodeng depa. Nampak la gajah kat bawah tu duk juget-juget. Comel je depa duk goyang-goyang badan depan belakang angkat kaki sikit. Aku terlupa nak rakam video. Huhu.
4. Bagi Gajah Makan.
Yang ni bila kita dah turun dari menara dan titi gantung. Ada satu port gajah-gajah lepak. Ada 3 ekor kat sini. Boleh bagi makan kat depa. Pihak pengurusan ada sediakan. RM5 sebekas. Gajah kat situ pandai cakap thank you weh. Dia buat bunyi dia tu la. Dengar macam thank youuu. Hihi. Comel gila!
Kat sini dapat bergambar dengan gajah. Bergambar free je. Ikut suka la nak ambik gambar banyak mana. Nak minta penjaga kat situ ambilkan pun boleh. Friendly je depa.
Skodeng gajah duk berjuget-juget. Hihi. |
Si encem Iman teruja dapat bagi gajah makan. |
5. Beramah mesra dengan gajah yang bawak orang naik dia pusing-pusing kat situ.
Sebelah port bagi gajah makan tu, ada port tempat naik gajah. Kalau nak naik, RM10(dewasa) RM5(kanak-kanak). Kami tak naik pun. Anak-anak takut. Mak depa lagi takut. Hahaha. Jadi kami beramah mesra je la dengan gajah tu masa dia berehat.
Masa kat sini la aku dapat merasa pegang belalai gajah tu. Gajah duk rehat lepas bawak orang pusing. Dia hulur belalai dia. Sweet betul. Macam faham je kita teringin nak pegang.
Pastu kan, tetiba ada monyet datang dekat. Dia nak ambil botol air aku weh. Kemain dia korek penutup. Bila orang nak ambik dia tolak botol tu. Merajuk kononnya. Hahaha. Monyet tu jinak je. Ada tuan. Masa tuan dia ambik dia tak bagi kacau orang, tuannya bagi tengok handphone. Pastu Abang Adan cakap, 'Ummi. Monyet tu tengok handphone! Ish ish. Monyet zaman sekarang.' Berdekah aku gelak. Sabor je la abang Adan ni. 🤣🤣
Kat sini pun boleh bergambar jugak dengan gajah. Masa dia duk berehat tu. Percuma tak kena bayar. Nak naik je kena bayar. Tapi aku terlupa nak snap gambar kat sini sebab aku takut dengan monyet tadi tu. Adoi la.
6. Tengok gajah mandi.
Gajah mandi pun nak tengok. Hahahaha. Masalahnya comei weh depa mandi berjemaah berendam dalam sungai tu. Nampak macam batu. Hihi. Kalau korang ada bawak baju spare, boleh je join bagi gajah-gajah tu mandi. Takyah takut. Tuan depa ada sekali.
Lepas siap mandi, nanti depa naik atas posing sambil senyum. Hihi. Sumpah comel gila! Masa ni boleh bergambar lagi dengan gajah. Percuma. Anak-anak je bergambar masa kat sini. Aku tak turun. Duk cepung budak Umar tidur.
Oh. Kat sini korang boleh tengok gajah mandi dari atas platform atau nak turun ke bawah. It's up to you. Kalau korang naik lambat sikit lepas depa dah siap mandi, nanti kena sembur air dengan gajah-gajah tu. Nakal betul. Pandai bergurau. 😆
Gajah-gajah duk berendam. |
Get ready nak ambik gambar. Kemain depa posing. Hahahaha. |
Anak-anak bergambar dengan gajah. |
Informasi Tentang Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)
Tempat ni buka setiap hari dari 9 pagi - 5.30 petang. Hari Jumaat tutup sekejap masa waktu Solat Jumaat. Hari tu kami masuk pukul 12 tengahari. Pukul 2.30 petang dah gerak balik.
Aktiviti yang ada kat situ macam yang aku kongsi kat atas. Dalam 2-3 jam spend masa pun dah cukup. Tapi kalau korang nak lepak dari buka sampai tutup pun ikut suka korang la. Takde halangan pun. Depa tak letak syarat ada had masa berapa lama boleh ada dalam tu. Boleh healing lama sikit kat atas menara dengan titi gantung tu kan?
Ni harga tiket masuk yang kena bayar untuk warganegara:
- Dewasa & 13 tahun ke atas : RM25
- Kanak-kanak 7-12 tahun : RM15
- Kanak-kanak 1-6 tahun : RM5
- Bawah 1 tahun : percuma
- Yang ada kad oku mungkin percuma/special price sebab Si encem Iman tak kena cas pun
Untuk orang luar (bukan warganegara) harga tiket masuk kena kira double ye. Ada mykad je dapat harga kat atas tu.
Tempat ni bersih gila. Takde bau busuk langsung tau. Gajah pun tak bau busuk. Maklum le mandi sokmo kan. Hihi. Kemudahan pun lengkap. Ada surau, kafe, kedai cenderahati, kiosk makanan ringan, tandas, parking luas dan tak jauh dari kaunter masuk dan jalan keluar lepas selesai aktiviti. Berbaloi la dengan bayaran masuk.
Dari tempat parking nak ke kaunter tiket. |
Dah turun dari menara yang terakhir. Nak ke tempat gajah berkumpul. |
Pendapat Peribadi ShahadaFauzi.com
Artikel aku ni bukan sponsored post berbayar ye. Kami pergi sendiri dengan duit poket sendiri. Jadi ini perkongsian jujur pengalaman kami kat sini. Overall kami sangat puas hati dapat spend 'family time' kami kat sini.
Korang kalau datang Terengganu especially ke Hulu Terengganu a.k.a Kenyir, pergi la sini tau. Datang dari jauh naik flight je turun Kuala Terengganu, boleh sewa kereta Terengganu murah-murah duk ada. Jangan risau. Datang la support pengurusan yang jaga gajah-gajah kat sini. Aku yakin korang akan jatuh hati dan nak repeat lagi pergi sini. Sangat mendamaikan. Gajah-gajah pun comel gila. Geram!
Lupa nak remind. Kalau nak panjat menara dan canopy walk tu, sila bawa bekal air ye. Kang terjelir pulak. Nak energy lebih, bawa le bekal ceklat juga. Baru hyper sikit nak manjat. Hihi. Nanti kat bawah bila dah turun tu, ada je kiosk jualan yang jual air dan aiskrim. Boleh la beli untuk refresh kan diri. Tapi masa nak naik wajib bawak air jugak tau!
Andai kata taknak canopy walk dan panjat menara sebab tak larat, ada warga emas atau anak-anak istimewa/kecik yang ikut sama, boleh je pergi terus kat tempat gajah-gajah rileks tu. Yang tempat bagi dia makan, dia bawa pusing-pusing dan dia mandi. Cumanya tak dapat tengok gajah lain yang ada kat kawasan canopy walk tu la.
Seronok la jugak. Berdamai dengan alam kan? Healing yang paling best tu. Yang penting anak-anak seronok. Tak semestinya nak kena cuti-cuti tempat viral dan tidur hotel mahal-mahal je. Macam ni pun dah okay. Bahagia cara kita. Alhamdulillah. ❤️
Total perbelanjaan kami masa masuk KECV, RM80. Tiket masuk semua sekali kena bayar, RM75. Si encem Iman dengan baby Umar percuma. Bagi gajah makan RM5.
Next cuti sekolah InsyaAllah plan pergi tempat lain pulak kalau ada rezeki lebih. Banyak lagi tempat best kat Ganu ni tak habis explore. Ada yang aku dah pergi tapi tak kongsi lagi dalam blog ni. Nanti la kalau rajin aku update. Hihi.
Bisik-bisik :: Bila dah ada anak ni, lagi seronok kalau bercuti dengan depa instead of bercuti berdua konon nak our time.
syok plk tgk diorang ni tgk gajah..:)
BalasPadamBest cik nor.. Gajah comel gilaaa
Padamsyok baca tulisan akak, saya dan partner gelak baca artikel akak, we otw soon sana!!!
BalasPadam