Assalamualaikum. Hai!
Kalau korang nak tahu, aku dengan encik CH memang suka sembang topik berat-berat. Sebab tu kot kami 'serasi'. Tiber. Hahaha. Tengah rileks tetiba sembang topik pasal pinjaman wang berlesen dengan pinjaman wang tidak berlesen. Bukan sebab kami teringin nak buat pinjaman. Saja je suka-suka menyembang.
Tapi gitulah kami. Encik CH ni kalau korang tengok macam pendiam je. Sama la macam aku pun. Tapi sebaliknya takde la pendiam sangat. Akan banyak cakap bila 'kena angin' dengan orang yang tertentu. Aku rasa kami ni spesis introvert tapi dalam otak banyak yang nak diluahkan. Tu chemistry kuat gamaknya. Ditentukan Allah jadi suami isteri. Maka dapat la kami berdua meluahkan yang ada dalam otak tu sesama sendiri. Gittew. Hahaha.
Kisah Orang Dikenali Yang Terjebak Dengan Pinjaman Wang Berlesen
Back to topic. Ada satu hari tu kami laki bini sembang topik pasal 'orang yang suka meminjam' terutamanya dari ahlong. Asalnya sebab aku tanya kat Encik CH khabar someone yang kami kenal apa ceritanya. Risau juga khabar tuan badan walaupun takda kaitan dengan kita cuma kenal gitu-gitu je.
Orang tu pernah buat pinjaman wang berlesen sebanyak RM20K untuk buat bisnes dengar ceritanya. Mungkin sebelum ni bayaran semula dibuat tanpa culas. Tapi sejak ibu orang tersebut meninggal dunia, kecoh la yang syarikat pinjaman wang berlesen tu duk contact senarai nombor telefon yang depa ada untuk tuntut bayaran wang dah dipinjam sebab tak terbayar dah. Lepas tu depa tak dapat nak contact si peminjam tu. Lost in action. Kami sendiri pun dah lama tak nampak batang hidung dia.
Aku kan masa duk kecoh tu seriau la jugak. Kang tetiba orang dari syarikat pinjaman wang berlesen tu mai cari sampai ke rumah kita sebab rumah kat dalam kampung ni kan dekat-dekat je. Tak pasai kena simbah cat merah. Overthinking betul aku ni ha masa tu. Sabor je la.
Tapi Encik CH cakap, depa tak kan buat macam tu. Depa cuma boleh kacau dengan cara contact orang terdekat yang depa dapat dari si peminjam punya phone masa proses deal tu. Tak boleh buat lebih dari tu sebab depa terikat dengan undang-undang. Bila dapat tahu tu, lega sikit hati aku. Sumpah seriau weh memula. Huhu.
Sekarang ni aku tak tahu la apa jadi kat si peminjam. Dah takmau bizibodi tanya lagi kat encik CH. Lagipun dah tak dengar lagi orang kampung kecoh pasal ni. Harapnya dia baik-baik saja dan dah settle dengan tempat pinjaman wang berlesen yang dia buat pinjaman tu.
Kisah Orang Lain Yang Terjebak Dengan Pinjaman Wang Tidak Berlesen
Ini pulak kisah yang aku terbaca kat wall Facebook Dr Azizul Azli Ahmad. Salah seorang influencer yang selalu tulis pasal kewangan yang aku follow. Korang baca sendiri luahan seseorang ni yang meminta pendapat tentang permasalahan dia dan komen yang aku kongsikan. Ulasan aku pasal kes ni ada kat bawah.
Luahan dari someone yang meminta pendapat |
Komen aku kat post tu. |
Dalam kes ni,
1. Dia buat banyak pinjaman ahlong sampai berpuluh akaun (48 akaun pinjaman) dan cecah beratus ribu pinjaman demi untuk 'keperluan' rumah katanya.
2. Jadi anxiety (bak kata dia) sebab asyik kena kejar dengan ahlong.
3. Songlap a.k.a pecah amanah duit syarikat sebanyak RM170K sebab nak bayar hutang ahlong.
4. Settle masalah dengan ahlong. Tapi kena hadap tuduhan pecah amanah bila syarikat dapat 'tangkap'.
5. Buntu sebab kena naik mahkamah, anak dedua nak masuk sekolah.
6. Rasa nak bunuh diri konon boleh selesai masalah tak payah naik mahkamah dan hadap tuduhan pecah amanah.
Simpati. Tapi itulah. Pada aku, dia sendiri yang cari 'penyakit'. 😔
Silap paling besar dia dah buat ialah ikut 'kehendak' nak memenuhi 'keperluan' rumah sampai sanggup tanggung risiko meminjam dari ahlong. Aku tak pasti apa 'keperluan' rumah yang dia maksudkan. Tapi itulah seram jugak membacanya.
Silap kedua, dia ketagih meminjam dengan ahlong. Mungkin sebab dapat duit sedebuk dengan cara mudah. Dari satu akaun sampai ke akaun yang ke 48. Bila pinjam dengan ahlong ni, walaupun sikit bunga dia tu memang 'berkembang' mekar tau. Jenuh nak membayar. Selagi tak bayar, memang akan diekori setiap masa. Seram.
Silap ketiga, dia salah guna kuasa dengan songlap duit syarikat. Aku memang assume dia ni kerjanya pangkat besar juga dalam syarikat tu. Sebab tu dia boleh senang-senang nak akses akaun syarikat. Kalau pekerja biasa takde maknanya boleh aih. Gila sampai RM170ribu kot. Huhu.
Masalah dia sekarang cuma kena naik mahkamah atas tuduhan pecah amanah. Kes dengan ahlong dah selesai jadi dia boleh ignore yang tu dah. Terpaksa hadap je la tuduhan dan semoga majikan dapat bertolak ansur dengan dia untuk langsaikan 'hutang songlap' dia dengan syarikat. Tapi itulah, berat hukuman pecah amanah ni. Hmm.
Ahlong Halal VS Ahlong Haram
Dari 2 kisah kat atas ni, dapat aku simpulkan yang meminjam dari pihak pinjaman wang berlesen atau tidak berlesen adalah kesilapan paling besar sekali dibuat sesetengah orang yang terdesak. Memang sendiri yang 'cari penyakit'.
Bagi aku takde beza pun kedua-dua nya.
Pinjaman wang tidak berlesen = ahlong haram
Pinjaman wang berlesen = ahlong halal
Berlesen atau tidak berlesen, dua-dua adalah ahlong. Cuma yang 'halal' tu dia terikat sikit dengan undang-undang. Tak boleh nak melampaui batas masa nak tuntut duit. Cuma boleh ugut je. Yang haram tu, pepaham la sendiri akibatnya. Bukan nyawa sendiri je boleh 'hilang', keluarga pun akan terpalit sama. 😣
Kadang aku nak cuba memahami situasi orang yang suka ambil jalan pintas dengan meminjam kat 2 pihak ni. Tapi tetap tak dapat. Aku jadi confused. Sebab kebanyakannya bukan tak tahu akibat dari meminjam kat depa. Risiko tu bukan kat diri sendiri je. Orang terdekat pun terheret juga. Huhu.
Buat pinjaman dengan bank contohnya untuk kereta, rumah, peribadi pun boleh huru-hara hidup. Apatah lagi meminjam dengan pihak ahlong. Memang haru biru la jawabnya.
Nasihat Buat Yang Suka Meminjam
Apa-apa pun, JANGAN mula ajar diri suka meminjam duit walau tak cukup macam mana pun. Lebih lagi kalau untuk penuhi 'kehendak'. Kalau 'darurat' sekalipun usahakan dulu cari duit yang diperlukan dengan kudrat yang ada. Meminjam adalah pilihan terakhir.
Elakkan meminjam dari 2 pihak yang aku dah kongsikan kat atas. Jangan! Ada je kenalan aku yang pernah ter'kerja' kat tempat Pinjaman Wang Berlesen nasihatkan jangan meminjam kat situ. Dia sendiri pun baru kerja beberapa bulan terus ambil keputusan berhenti kerja tau. Sebab tak sanggup nak terlibat dengan 'jahatnya' pihak tu.
Pinjam dengan kengkawan, parents, sedara mara pun boleh sebabkan huru-hara hubungan silaturahim tau. Dah le meminjam, pastu tak reti nak bayar pulak. Bila dituntut, katanya tak faham situasi diri dan berkira dengan dia. Haru biru sungguh lahai perangai orang suka meminjam ni. 🥴
Tapi kalau terdesak jugak, pinjam lah dari ahli keluarga. Cuma kena ingat ya. Dah meminjam tu sila bayar semula pada ahli keluarga yang dah membantu tu. Toksah buat perangai pulak. Pinjam tetaplah hutang namanya. Bukan sedekah jariah.
Kesimpulannya, JANGAN MEMINJAM DUIT sesuka hati tambah-tambah sebab nak penuhi 'kehendak' je. Masalah lagi banyak akan timbul akibat dari sikap tak comei ni. Bahaya sikap suka meminjam ni. Sangat bahaya.
Bisik-bisik :: Ada pinjaman dengan PTPTN je. Itu pun dah serabut kepala nak membayor nye tau! 😌