Review Filem : PIHU (Hindi)

Assalamualaikum. Hai!
 
 
Entri kali ni aku nak review Filem Hindi yang aku tengok pagi semalam. Tiber ada masa nak layan Netflix pulak sesambil teman budak Ali tidur. Kalau tak, selalunya bila dia tidur aku tumpang sekaki. Wakaka. Semalam mata ni macam taknak pulak tidur. Jadi aku layan movie la. 

 
Kerja rumah? Semalam rumah tak bersepah sebab anak-anak tak menyepahkan hasil kreativiti depa. Maka rileks la sikit aku pagi tu. Tinggal berdua pulak dengan budak Ali. Encik CH pergi kebun kisahkan haiwan ternakan dan tanaman rumput Napier dia. 3 ketul anak lagi sekolah. Mertua pulak pergi bandar ada urusan. Sunyi la aku keseorangan sebab si kecit tidur.


So, meh aku nak review Filem berjudul PIHU ni. Warning awal-awal, movie ni tak sesuai ditonton oleh mak-mak yang ada anxiety ye. Macam ada satu komen dari kenalan FB kat posting review aku kat sana, cerita macam ni lagi seram dari cerita zombie buat mak-mak. Betul dah tu. Aku yang takde anxiety pun rasa nak tercabut jantung tengok. Kalau yang ada anxiety lagi teruk karang effect dia. Tak memasal triggered pulak pastu mula la duk mikir yang bebukan. Jadi jangan tengok okay! Baca review aku ni je ye.
 

Comei budak yang jadi PIHU ni



Sinopsis Ringkas PIHU


Kisahnya tentang budak nama Pihu ni yang umur 2 tahun. Dia terpaksa struggle sorang diri dalam rumah tu. Dengan keadaan rumah yang bersepah sebab malam sebelum tu depa ada buat majlis hari lahir dia. Banyak sangat kejadian yang membahayakan dengan keadaan dia sensorang tu. Memang saspen la.
 
Sebenarnya, mak dia ada ja tapi dah mati bunuh diri. Bapak dia awal pagi dah rushing keluar sebab kena outstation. Tak tahu pun bini dia dah bunuh diri pasai depa ada bergaduh sebelum tu. Budak ni bangun-bangun je, mak nye udah selamattt. Tapi dia tak tahu la yang mak dia tu dah mati. Dia duk ingat mak dia tidur. Budak kecik kan. Kesian sangat. Sedih weh.
 
Lagi satu yang tak tahan tu, kejiranan dan security tempat tinggal depa ignorance betul. Gerammm je rasa. Tetambah kat jiran sebelah rumah tu ha. Dia punya sakit hati sebab tak dijemput join birthday party budak Pihu tu, orang mai tanya kenapa bila pergi rumah family Pihu tu nak hantar barang takde respon dia sound pulak orang yang tanya tu. Sabar je laaa.

Security guard pun hampeh macam tak function. Dah dengar bunyi letupan dari dalam rumah, air melimpah keluar dari pintu depan, depa mai gitu-gitu je tapi takda tindakan apa-apa pun. Kot la nak siasat kenapa jadi macam tu. Sebab punca blok perumahan depa terputus bekalan elektrik pun dari rumah tu sebenarnya.
 
Secara ringkasnya, filem Pihu ni mengisahkan tentang bahaya yang akan berlaku pada anak kecil atas keegoan dan sifat penting diri orang dewasa.
 
 

Review PIHU


Serius memang berdebar gila la tengok scene budak Pihu tu. Banyak perbuatan bahaya yang dia buat tau. Tu yang jantung aku macam keretapi ekspress lajunye ha setiap kali scene bahaya tu. Dup dap dup dap. Menggelupur tak duduk diam aku tau. 
 
Meh aku spoil antara situasi bahaya yang berlaku kat dia.
- Panjat kerusi nak tutup pili air yang duk mengalir air tapi tak sampai dan hampir jatuh.
- Pasang microwave sendiri nak panaskan roti capati lepas tu tak off.
- Bukak api dapur nak bakar capati pastu dia tinggal gitu je dapur tu menyala.
- Masuk dalam peti ais dan tutup pintu peti ais.
- Panjat balkoni sebab nak ambil anak patung dia yang jatuh (part ni aku rasa nak tercabut jantung).
- Tuang pencuci lantai dalam botol susu ingatkan susu dia. 
- Main dekat dengan seterika panas yang masih menyala sebab bapak dia kalut rushing nak pergi airport terlupa nak switch off suis.
- Makan pil yang mak dia telan overdose untuk bunuh diri.
 
Dan banyakkkkk lagi situasi yang mendebarkan okay. 1 jam 30 minit yang sangat la menyesakkan dada aku. Tapi gigih jugak nak tengok sampai habis. Tu tara takde anxiety.  Huhu.

Selamat ke tak budak Pihu ni kat penghujung cerita? Kalau korang takde anxiety, boleh la tengok sendiri kat Netflix. Tak pun pergi la skodeng review ringkas aku kat FB. Aku ada letak link yang boleh tengok kat FB je dalam komen. Seacrh hashtag #CikShaReviewMovie pun boleh.


Nak tercabut jantung aku tengok part ni.

 

Pendapat Peribadi dan Pengajaran dari filem PIHU

 
Pada aku, worth to watch sebab banyak sangat pengajaran yang boleh diambil dari filem ni. Walaupun ada aku terbaca komen orang kata filem ni cuma nak raih income mudah dengan triggered emosi orang ramai terutama ibu bapa. Kenyataannya, memang ada ibu bapa yang selfish tak fikirkan pun pasal apa yang akan jadi kat anak depa atas sikap depa yang ego.

Kalau korang nak tahu, filem ni berdasarkan kisah sebenar tau. See. It's a fact. Sebab ego orang dewasa la anak-anak kecil yang tak tahu apa-apa jadi mangsa. Sangat menyedihkan. Huhu. Aku bukan la nak judge orang sebenar yang lalui kisah tragis ni. Tapi itulah. Kenapalah dipilih jalan singkat dan mudah untuk selesaikan masalah.
 
Satu je nak cakap, mak-mak kalau gaduh dengan laki pasal hal kecik, jangan la diperbesarkan sangat isunya. Macam movie ni. Dia marah sebab laki dia balik lewat nak sambut birthday anak. Sampai tuduh laki dia curang dengan bespren sendiri sebab rasa insecure. Lepas tu ikut sangat hot-tempered tu sampai rosakkan diri sendiri (bunuh diri).
 
For me, this kind of attitude is so selfish. Tak memasal dah libatkan anak-anak kecik yang tak bersalah dalam situasi bahaya. Betul la kena banyakkan lagi empowerment pada wanita-wanita yang jadi surirumah ni. Sebab ramai yang dah terbiasa dimomokkan dengan kekurangan dan direndah-rendahkan kredibiliti depa. Suami-suami pun kena 'basuh' sekali jugak. Isteri tu cerminan suami okay.
 
Last word buat mak-mak sekalian alam, please be matured. Kena belajar kawal emosi. Waras sikit fikiran tu. Pasaipa nak hancurkan hidup sendiri kalau rasa dikhianati laki. Kalau dia dera hang pun, jangan pilih jalan mudah nak keluar dari masalah. Stand up and fight back! Laki tagune kita kick je. Haaa..gittew.
 
Apa-apa pun, semua pengajaran yang dipaparkan dalam filem ni wajar direnungkan. We take it to remind and reflect ourselves. 😌
 
Rating for this movie : 9/10. Budak yang jadi Pihu tu sangat talented.
 
 
Bisik-bisik ::  Setiap permasalahan rumahtangga ada penyelesaian yang boleh diusahakan dengan cara yang baik jika rasional masih wujud dalam diri. InsyaAllah.

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Nak tengok juga lah nanti. Baca review ni pun dah naik geram dengan mak pak PIHU tu..hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh kak yaya..geram gila kat mak pak dia..mak nya tu la sampai bunuh diri bagai sebab sakit hati kat laki dan mungkin jugak berlaku domestic abuse..tapi tu la..pasaipa bunuh diri..lari la oiii..bawak anak tu sekali sebab laki hang sayang gila kat anak tu..sakitkan hati dia cemtu..baru betoi..geram sungguh..hahahahaha

      Padam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan