Assalamualaikum. Hai!
Kalau korang nak tahu, aku ni memang suka follow depa yang menulis panjang-panjang tentang macam-macam ilmu mengikut kepakaran masing-masing kat Facebook. Ada doktor, nurse, kaunselor, cikgu, ustazah, professor, therapist, bisnes person, surirumah dan lain-lain. Aku tak pilih bulu. Glemer ke tak glemer ke, asalkan menulis baik-baik dan berilmu confirm aku follow. Maklum le spesis membaca kan.
Hari tu aku ada terbaca status someone yang aku follow. Rasanya dia kaunselor keluarga & rumahtangga kot. Seronok baca status santai dia tentang konflik rumahtangga yang dia handle tentang client. Sempoi tapi padu. Kelakar pun ye jugak.
Aku kan sejenis mudah terhibur. Memang yang jenis tulis lawak-lawak ni walaupun topik berat memang aku suka sangat la nak follow. Tapi hari tu dia tak tulis la topik pasal rumahtangga. Dia tulis bab CIPTA PELUANG KERJA untuk anak-anak muda sekarang yang selalu mengadu susah nak cari kerja.
Kenapa Kena Cipta Peluang Kerja?
Honestly aku setuju sangat dengan point yang ditulis. Kita boleh cipta peluang kerja sendiri dengan bakat yang kita ada atau benda yang kita suka buat. Bukan sekadar menunggu saja panggilan interview tanpa usaha lain. Takkan selagi tak dipanggil interview yang belum tentu kita dapat tawaran kerja tu kita sekadar nak melangut mengenang nasib je. Masih mengharapkan parents untuk tanggung diri kita yang dah cukup dewasa. Sampai bila?
Hidup ni memang keras. Kalau kita sendiri tak bertindak dan usaha memang takkan ke mana. Allah pun takkan bantu mereka yang taknak bantu diri sendiri. Tambah zaman sekarang ni lepas je kes covid tu ramai terkesan. Bukan yang mencari kerja je tau rasa susah nak cari kerja. Pihak majikan pun nak buka peluang kerja terpaksa fikir dalam-dalam pelbagai risiko. Jadi, kita sendiri sebagai job hunter boleh je usaha cara lain untuk kelangsungan hidup di zaman mencabar ni.
BACA JUGA :
Pengalaman Sendiri Mencipta Peluang Kerja
Jadi, entri kali ni aku nak berkongsi dengan korang pengalaman aku sendiri mencipta peluang kerja untuk tampung kehidupan aku. Dari aku di zaman kampus sampai la aku dah jadi surihati encik CH. Bukan nak eksyen kata aku ni jenis berdikari ke apa. Sekadar nak buka minda yang membaca coretan aku ni, di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Terutamanya buat adik-adik yang baru habis belajar dan sedang struggle cari kerja. Semoga dapat bagi jalan keluar lain untuk depa dari sekadar mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat.
So, this is my story. Masa aku belajar U kat Sabah, aku pernah buat servis printing assignment, servis repair/format laptop/cpu, jual topup kat blok asrama perempuan. Kenapa? Sebab aku taknak susahkan mak dan kakak kirim duit belanja bebanyak. Dapat RM100/bulan dari depa pun kira dah syukur walaupun memang tak cukup. Duit PT memang dah confirm la tak cukup lepas dah tolak bayar yuran semester dan hostel. Sebab tu aku 'cipta kerja' untuk tampung duit belanja dan kumpul duit beli tiket flight. Maklum le bukan orang senang. Jadi kena pandai cari jalan untuk survive. Itulah pengalaman pertama aku mencipta peluang kerja sendiri.
Bila dah habis study, aku jadi 'penanam anggur yang berjaya' sekejap. Hahaha. Mungkin Allah nak bagi aku peluang kaut pahala tolong mak jaga arwah nenek yang sakit. Tapi aku takde la duk sesaja. Aku jadi home tutor untuk anak-anak kengkawan mak kat kawasan rumah tu yang nak ambik PMR dan SPM. Dan bermula masa tu juga aku dah berjinak-jinak buat servis design secara freelance totally online sebab itu benda yang aku memang in sangat. Kena jiwa orang cakap. Tu yang kekal sampai sekarang buat bisnes ni.
Lepas je arwah nenek meninggal, tetiber aku dapat tawaran kerja sebagai IT Officer di sebuah organisasi. Tak sangka pun dapat sebenarnya sebab ramai saingan yang hebat. Mungkin rezeki juga la tu. Sempat la merasa makan gaji selama 3 tahun lebih. Dapat banyak pengalaman sebab memacam kerja aku kena buat bukan sekadar tugas hakiki. Ini pengalaman kedua aku bekerja tetap dengan majikan. Ini entri pasal kisah nya : Akhirnya Rezeki Berpihak Padaku
Bila dah kahwin, aku terpaksa berhenti kerja sebab nak follow pungkoq suami. 😆 Harus la uols. Aku ni clingy okay. Hahaha. By the way, itu pilihan aku sendiri ye. Bukan atas desakan encik CH. Maka jadi orang Ganu celup la aku ni stay dengan mak ayah nya. Plus jadi surirumah teruih takde niat dah nak cari kerja makan gaji dengan orang. Dasar pemalas betul. Hahaha.
Ehhh. Takde la gitu. Hangpa ingat aku ni boleh nak duk sesaja? Memang tak la. Jadi aku pernah berniaga nasi lemak dan kuih muih depan rumah mertua ni. Buat food delivery pun pernah. Aku buat semua tu sebab memang suka masak bagi orang makan. Hihi.
Bila anak dah berderet, takdan nak kejar dah semua tu. Malas nak keluar rumah pun ye dah jugak. Faktor umur kot. Maka aku start balik buat servis design secara freelance yang aku 'rehat' sekejap. Tambah lagi servis menulis jadi ghostwriter. Buat juga bisnes online jual produk yang aku suka makan dan pakai. Semua kat hujung jari je dan tak perlu keluar rumah. Bab postage laki kan ado. Hihi. Sampai la sekarang ni aku masih buat semua tu. Alhamdulillah.
Ye. Inilah kisah aku CIPTA PELUANG KERJA sendiri dengan minat dan bakat yang ada. And of course it's my passion too. 😊
Berbaloi Ke Kerja Sendiri Berbanding Kerja Makan Gaji?
Sebenarnya bergantung pada diri sendiri juga. Ada orang lebih suka kerja makan gaji dan ada majikan. Satu, gaji tetiap bulan dah terjamin ada. Kedua, tak perlu struggle nak usaha cari market sendiri. Buat tugasan yang dah majikan bagi je. Dan ada la banyak lagi kelebihan lainnya juga.
Macam aku pula, sebab dah pernah merasa bekerja makan gaji. Jadi aku rasa nak kerja sendiri pulak secara fulltime dan santai. Bukan aku takda kelayakan akademik dan pengalaman kerja untuk pohon kerja yang bagus dan gaji masyuk bila dah berhijrah ke Terengganu ni. Tapi mungkin aku lebih selesa bekerja sendiri dari makan gaji agaknya. Lagi satu mungkin sebab aku tak berapa suka terikat dengan 'orang' kot. Komitmen aku lebih kepada keluarga bila dah berkahwin. Jadi aku pilih untuk kerja sendiri dengan cipta peluang kerja yang aku mampu untuk manage sendiri. Begituhhhh.
Jadi, ini nasihat aku buat anak-anak muda yang selalu beralasan susah nak cari kerja tu. Sebenarnya sementara nak dapat kerja yang kena dengan kelayakan akademik, korang boleh je cipta peluang kerja sendiri dulu. Stop bagi alasan. Lepas tu dengan tak malu duk menyusahkan pula orang tua korang lagi. Usaha dulu cara lain. Untuk tampung kehidupan korang sendiri yang dah dewasa tu.
Sebab tu untung kalau ada kemahiran. Masa korang study tu, boleh je belajar macam-macam kemahiran lain selain akademik. Ikut je kursus yang korang minat dan nampak boleh bagi jalan untuk korang 'cipta kerja' sendiri. Contohnya macam menjahit, graphic design, penulisan, repair motor/komputer, dan macam-macam lagi. Banyakkk sangat tau.
Nak buat online bisnes jadi dropship atau affiliate tak keluar modal sesen pun berlambak je. Nak offer servis macam lipat baju, iron baju, home tutor dan macam-macam lagi la servis yang boleh dibuat ikut kemampuan korang. Customer boleh cari secara online.
Mudah sangat sekarang ni nak cipta kerja tau. Hujung jari je uols. Kalau rajin insyaAllah masyuk. Dari duk scroll je socmed buang masa, why not we create a job. Duit pun dapat kan? Kesimpulannya, atas diri kita. Nak atau tak? Nampak peluang atau tidak? Begitulah.
Bisik-bisik :: Semua atas usaha kita. Kalau kita usaha insyaAllah ada hasil. Kalau sekadar 'menunggu', jadi penunggu je la tanpa ada apa-apa hasil.
Tags
kerjaya
Peluang kerjaya banyak
BalasPadamAsalkan kita rajin berusaha
betul sangat wak..setujuuu..
PadamAlhamdulillah. saya seorang suri rumah yang bekerja sendiri. saya cipta sendiri kerjaya saya. saya jadi tutor peribadi untuk budak-budak sekolah rendah. Alhamdulillah, dengan Degree yang saya ada, membuatkan ibu bapa pelajar2 saya lebih yakin dengan saya untuk mengajar anak2 mereka. anak2 murid datang rumah saya bila tuisyen. Alhamdulillah, gaji tak besar sangat, tapi dapat membantu suami sikit-sikit, dpt juga 'Menyopee (Shopee)" sikit2. dulu saya kerja opis, tapi entahlah, mungkin saya seorang yang introvert, tak tahan sgt dengan toxic environment, selalu je kena buli pekerja senior dan tak tahan jugak mulut yang suka mengumpat di ofis dulu, ada je tak kena, ada je tak betul. doakan saya ya, agar rezeki saya dari rumah tidak putus. lama2 bekerja sendiri ni, seronok jugak. tapi tak di nafikan, ada jugak mulut2 puaka yang mengata tentang bekerja sendiri ni takde masa depan dan memandang rendah tugas suri rumah.
BalasPadam