Assalamualaikum. Hai!
Selalunya bila aku dapat job make over blog, sesambil buat tu aku akan belek dan baca jugak entri-entri kat blog tu. Entah la. Memang sejenis suka membaca agaknya. Tu jadi macam gitu. Walaupun mungkin aku dah pernah baca, tapi aku akan baca semula. Sekali terjumpa komen sendiri. 🤣
Sebabkan komen aku tu, tetiba rasa nak membebel pasal dunia blog. Sebenarnya aku dah coretkan secara ringkas pasal ni kat laman FB personal aku. Banyak sangat respon dari kawan-kawan blogger lain yang bersahabat dengan aku kat FB tu. Tenkiu korang sebab sudi kongsi pendapat.
Beza Dunia Blogging Dulu Dan Sekarang
Honestly, dedulu kan seronok sangat tulis blog. Tak kisah pun ada orang baca ke tak. Tulis je ikut suka hati nak bebel apa-apa topik dan pendapat pun bila-bila masa terluang. Macam aku sendiri suka tulis secara santai ala-ala bersembang pelbagai topik kendian ada selit-selit la pasal pengalaman sendiri. Sekarang pun camni. Masih kekal lagi identiti tu.
Tapi kan masa tu engagement tinggi walaupun kita tak kongsi link kat mana-mana. Ada pembaca yang tersendiri tau. Komen pun berderet-deret. Bila cenggitu, rasa semangat nak sharing memacam pengalaman dan pendapat kat blog. Sebab ada 2 way communication gituh. Memang best.
Itu kisah 14 tahun dulu.
Aku rasa blogger yang aktif komen-komen dan engaged dedulu tu kebanyakan dah 'pencen' dah. 'Bawak diri' dah semuanya. Ada la yang masih lagi duk berkawan kat FB lagi. Cuma depa memang dah tak aktif blog. Blog pun dah terkubur gamaknya.
Sekarang dah tak macam dulu. Lain sangat. Mostly blogger sekarang ni memang kejar rating nak artikel yang ditulis ada kat 1st page carian Google. Main keyword dan SEO sebab nak pastikan 'menang' dan dapat tersenarai kat laman pertama carian Google. Pastu kena aktif update sentiasa. Sebab nak jaga rating/pageviews. Kalau tak buat macam tu, blog jadi sendu kat carian Google.
Lagi satu opkoz la sebab nak income dari adsense. Sekarang main USD je okay. Baru masyuk. 100usd dah boleh cashout masuk akaun bank. Nuffnang ke, Innity ke, apa lagi entah yang iklan-iklan ni dari company Malaysia, aku dah jarang dengar blogger kongsi macam dedulu. Mungkin dah tak wujud agaknya function untuk iklan macam adsense tu. Aku pun dah lama tak jenguk akaun Nuffnang aku. Pernah sekali je berjaya cashout dalam nilai 3 angka. Lepas tu dah takde dah. Sekarang memang pulun adsense je. Walaupun dah bertahun tempek, masih jauh lagi nak capai 100usd. Hahahaha.
Hasil penulisan kat blog-blog sekarang pun memang skema je baca kebanyakannya. Tak berapa kick la kiranya. Kadang macam hilang keterujaan nak baca. Tapi itulah, terpaksa menulis macam tu sebab nak maintain artikel yang ditulis 'berfakta'. Baru la robot Google jadi mesra nak merayap kat blog tu untuk scan artikel dan senaraikan dalam carian Google. Gitu la lebih kurang.
Sebenarnya, aku sendiri pun kekadang terikut-ikut jugak buat penulisan yang macam tu. Hahaha. Walaupun macam tak kena dengan jiwa. Tapi itulah. Perubahan ikut arus masa kan? Nak tak nak kena cuba adapt jugak. Sebab sendiri pun cari income dari penulisan kat blog. Hmmm. Entah la weh.
Tulis Blog Masih Relevan Atau Tidak?
Pernah ada kawan blogger lama tanya soalan, 'RELEVAN LAGI KE TULIS BLOG ZAMAN SEKARANG NI?' Soalan yang agak berat juga nak ulas sebenarnya.
Tapi pada pandangan peribadi aku sendiri, memang masih relevan. Sebab orang kalau Google nak cari info pun yang keluar kat senarai carian tu memang akan ada terselit jugak blog personal selain web.
Macam aku sendiri lebih suka baca yang dari blog personal kalau bab-bab pengalaman ni. Lebih seronok dibaca. Nak tahu apa solution dari empunya badan yang menulis dan mungkin kita pun boleh cuba juga. Kalau sekadar nak tahu info/data, aku akan baca dari web yang boleh dipercayai dan kompeten. Blog-blog media ni kekadang tak syok pun baca. Banyak yang copy paste. Jadi aku kurang gemar.
Entah. Ini dari sudut pandangan peribadi sendiri je yang dah berkecimpus dalam dunia blogging dari tahun 2009. Mungkin sebab masih 'terperangkap' dengan dunia blogging zaman dedulu lagi kot aku ni. Harap takde la blogger lain yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog terasa hati ya. Waktu kita menceburkan diri dalam dunia blogging sedikit berbeza timeline. Begitulah.
Bisik-bisik :: Masih dengan identiti blogger zaman tok kaduk 😌😂
Tags
dunia blog
Betul tu Cik Sya. Masih relevan je blog ni, cuma penulis blog kena lebih kreatif menulis. Lagi satu, bukan semua orang ada media sosial seperti Facebook dan Instagram. Jadi, apa-apa maklumat orang akan cari di Google juga. Bagi orang berbisnes, website penting. Termasuk blog juga bagi freelance.
BalasPadamYe Adda, beza sungguh blog dulu dan sekarang..
BalasPadamdulu main tulis je..cerita je apa nak cerita..
memang jauh beza kan dunia blog sekarang. saya pon suka tulis ikut suka je dan kongsi pengalaman sebab saya sendiri suka baca pengalaman orang, sejenis lebih suka membaca dari menonton.
BalasPadamtulah lain dah rasenya...walaupun xd lah hebat mana...kita pun dah terstop gak dalam 5,6 tahun..nie baru nk stat mula balik dengan blog bau...sebab blog lama dah x boleh log in..hahaha...sedih betul..tp sronok, baca post sendri yang dulu..
BalasPadammoga rajen nak update kt blog baru... terase mcm salah satu tempat release tension kot blog nie...
Betul tu, setuju bab pengalaman memang lagi best baca blog...btw saya pun dah lama sangat tinggalkan blog berhabuk..ni baru nak masuk gear balik hehe :p
BalasPadamBetul tu jauh beza blog dulu dan sekarang tapi saya on je tulis ikut cara sendiri. X kejar sangat masuk 1st page google ke apa.bila guna ayat formal rasa macam bukan diri sendiri je tau
BalasPadamDedulu buat blog macam buku cerita. Rasa nak cerita pape, update je blog. Lepastu ramaila geng blogger masuk tapi sekarang semua nak kejar first page google. Memang terpaksalah follow the trend kan.
BalasPadamHmm setuju... penulisan dulu² lebih santai.. main taip je apa yg terlintas... skrg lebih berhati² bkn apa takut jugak kekalau terviral
BalasPadam#bloggerzaman2K hadir