Review K-Drama : Move To Heaven

Assalamualaikum. Hai!


Lama dah aku tak tulis review movie/drama yang aku berkesempatan tengok. Rasa macam nak start balik la menulis topik ni. Seronok sebenarnya bila dapat berkongsi pandangan dan pengalaman menonton sesuatu cerita dari sudut kita sendiri. 


Sejak berkahwin aku dah tak jadi kaki wayang lagi. Memang tak jejak dah kaki kat pawagam weh. Cuci tangan gituh. Hahaha. Jadinya sekarang dah beralih arah menonton movie kat tv je la weh. Netflix kan ado. Hihi. 


Sekarang ketagih tengok k-series genre thriller takpun yang macam solving problem punya. Tak berminat yang drama cintan cintun/masalah laki bini. Nak jaga emosi sendiri sebagai seorang isteri. Takmau aih serabut kepala tengok cerita cemtu. Huhu. Lagipun aku bukan sentiasa layan netflix. Sekali sekala je bila ada masa lapang.


Siri yang aku dah habis tengok tapi tak tulis review, Attorney Woo. Layan masa bulan Ogos lepas. Best cerita tu. Cute sangat budak Woo Young Woo tu. Cerita ni pasal seorang gadis yang mengidap autism tapi genius dan jadi peguam. Ada la konflik-konflik peribadi selain kes dalam mahkamah. Tapi memang best. Nanti rajin aku tulis review pasal cerita ni okay. 


Entri kali ni aku nak review pasal K-Drama, Move To Heaven. Sebab aku baru je habis tengok cerita ni setelah berhari-hari layan masa ada waktu terluang a.k.a masa melipat baju bajan. Hahahaha. Syok pulak lipat baju sambil layan movie. Awat la selama ni aku tak buat cemtu. Ish ish ish.



Sinopsis ringkas Move To Heaven

Kisah seorang lelaki berusia 20 tahun yang mengidap Sindrom Asperger menjalani kehidupan dia sebagai 'Pembersih Trauma'. Tugas pembersih trauma ni ialah sebagai cleaner yang membersihkan kediaman orang yang dah meninggal dunia. Bisnes ni arwah ayah dia yang usahakan untuk dia teruskan hidup kalau ayahnya dah takde. Memang dia dilatih dengan sangat baik oleh arwah ayahnya. Kerja dia tip top gila.


Ada juga kisah pasal pakcik dia yang kena assign jadi penjaga dia lepas arwah ayah dia meninggal. Kenapa si pakcik tu macam dendam gila kat ayah dia sampai la terungkai sebabnya. 

Kisah tentang siapa dia yang sebenarnya pun ada juga terselit. Opkoz la kan sebab dia tu watak utama cerita. Kalau hangpa nak tahu, kena la tengok sendiri. Hihi.




Review K-Drama Move To Heaven

Secara ringkasnya, setiap episod ada kisah berbeza dan tersendiri tentang orang yang dah mati tu. Sangat menyentuh hati. Aku menangis teruk weh. Sampai encik CH cakap, tengok cerita pun nak menangis ke? Wakakaka. Macam dia tak kenal bini dia yang hati tisu ni pulak. Padahal dia yang buat aku terjebak tengok cerita ni. Ceh!


Ada 10 episod. Semua ada pengajaran yang boleh kita renungkan. Bagi aku cerita ni bagus untuk kita muhasabah diri juga. Setiap kematian ada kisahnya. Yang baik, yang buruk. Semua kita boleh jadikan pengajaran. Dan kita tak boleh judge si mati sebab kita tak tahu kisah hidup depa dan apa yang depa lalui sepanjang masih hidup.


Cuma itulah yang aku tak boleh nak brain. Pasaipa la nak jugak kena selit kisah yang ada lgbt. Sabor je la. Yang cerita peguam Woo tu pun ada jugak kisah lgbt ni. Memang siri original Netflix wajib selit gamaknya. Haish. 


Jadi kalau hangpa nak tengok dengan anak-anak yang jenis curious nak bertanya itu ini kena bersedia la dengan jawapan dan penerangan yang sepatutnya. Ada satu episod je dan episod ni aku tak nangis langsung. Hahahahaha.


Pendapat Peribadi Aku Tentang K-Drama Move To Heaven 


Menarik untuk ditonton. Walaupun kisah ni takde yang berunsur islamik, dah nama pun cerita Korea, tapi tetap ada pengajaran yang boleh kita teladani. Ambil yang baik-baik dan InsyaAllah boleh buat kita muhasabah diri sendiri.


Sebenarnya, itulah kenyataan kehidupan kita kat dunia ni. Bila tiba masanya, kita akan pergi juga. Cuma tak tahu pengakhiran kita macam mana je. Harapnya pemergian kita dalam husnul khatimah la jika Allah izinkan. Dan ketiadaan kita dikenang oleh mereka yang mengenali diri kita adalah semuanya kisah yang baik-baik je.


Hangpa tengok la tau kalau belum tengok. Serius takkan menyesal. Rate aku untuk k-drama Move To Heaven : 9/10. Kurang 1 sebab ada yang lgbt tu. Mak geli noks! Hahahaha.


Bisik-bisik :: Setiap yang hidup pasti merasai mati.

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Saya layan Attorney Woo awal2 episod je lepastu rasa macam tak realistik sangat, malas dah nak tengok. Sekarang tengah melayan Little Women. Tryla tengok Ada, yang ni realistik sikit lepastu ada part yang presiden depa corrupt, pastu diorang nak lawan presiden tu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan