Anak didiagnos Bilateral Hydrocele Lepas Lahir. Apa Nak Buat?

Kat FB aku memang suka follow penulisan dari mana-mana influencer yang suka berkongsi ilmu. Tak kisah ilmu apa pun yang penting bermanfaat. Maklum la aku ni spesis membaca. Aku ada follow juga seorang doktor pakar, Dr. Imelda Balchin namanya sebab suka baca input tentang kehamilan dan kesihatan keluarga yang ditulis. 

Tempoh hari aku ada terbaca kat wall FB beliau tentang satu soalan dari follower yang tanya perlu ke dia tuam teloq anaknya dan berapa lama tempoh kena buat camtu. Lucu baca penjelasan doktor Imelda tapi input yang diberi memang bagus. Aku pun ada tinggalkan komen. Tak sangka tau Dr. Imelda reply. Hihi. Teruja uols!

Bila terbaca tentang tu, tetiba aku teringat kisah si budak Ali, anak bertuah aku yang ke-4 yang lahir dengan teloq besaq gedabak. Hahaha. Aku pernah update kat FB masa dia umur 6 bulan. Masa tu dah confirm semua nya normal lepas jumpa dengan Pakar Bedah. Barulah aku ada keberanian nak kongsi sebab dah dapat info yang tepat dari pakar.
 
So, sebabkan posting Dr. Imelda tu aku rasa nak kongsi pula la pengalaman aku sendiri dalam blog ni. Mana la tahu boleh jadi panduan pada orang lain yang mungkin mengalami situasi yang sama macam aku dan budak Ali.




Kisah Kelahiran Budak Ali

Lahir je si budak Ali ni bulan Jun 2021, dia didiagnos BILATERAL HYDROCELE. Apa tu? Sat eh aku explain bahasa mudah bukan bahasa doktor. Baru la hangpa clear. Gituhh. Hihi.

Aku masih ingat lagi, lepas je budak Ali keluar 'oven' masa doktor angkat dia tunjuk kat aku tanya laki ke pompuan, hangpa nak tau apa yang aku nampak dulu?

Dia punya 'teloq' kemain besaq gila! Sumpah memang besar tau. Hahaha.

Terkejut jugak la mak nye ni ha sat masa tu. Dah la penat baru lepas meneran. Memang membohong la kalau tak nampak lagi yang anak hang beranakkan tu lelaki sejati. 😂

Bila dah settle semua dan dah rileks masuk wad, doktor mai kat katil nak explain kat  aku keadaan budak bertuah ni.

Doktor : Ibu perasan tak ada kelainan kat anak?

CikSha : Ya doktor. Dia 'punya' tu besar. 

Doktor : Untuk pengetahuan ibu, yang itu disebut Bilateral Hydrocele. Ibu jangan takut. Benda ni normal jadi kat setengah baby baru lahir. Anak tak sakit pun. Kita minta ibu pantau keadaan alat sulit anak ya. Kalau macam anak nampak sakit, makin membengkak, boleh maklumkan pada pihak hospital. Kalau takda apa-apa, dia akan mengecil, air tu hilang dan jadi bentuk yang normal dalam masa setahun. Tapi kami bagi tarikh untuk ibu bawa baby check di Klinik Pakar Bedah lepas 6 bulan ya.

Haaa..itulah sebabnya masa umur dia cukup 6 bulan, budak Ali kena pergi Klinik Pakar Bedah kat HSNZ Kuala Terengganu. Doktor nak spot check dia punya 'teloq' tu la.

Apa Itu Bilateral Hydrocele?

Bilateral Hydrocele ni dalam bahasa mudahnya, 'teloq' bengkak air. Tak sama ya dengan hernia. Benda ni terjadi dari masa lahir lagi. Maksudnya masa dalam kandungan memang testis dia dah besar dan dipenuhi air sekelilingnya. 'Teloq' jadi tegang kulitnya dan nampak bengkak. Ngeri jugak la tengok. Macam nak meletop. 

Memang seriau masa awal-awal nak urus si budak Ali tu masa dia baby. Takut dia sakit. Tapi aku nengok dia rileks je weh. Masa basuh berak dia kalau terkena 'teloq' bengkak dia tu, takda pun dia nangis ke apa. Like 'Nothing hurts me mom. Don't worry!'. Gituh. Hahaha.

Maknanya memang betul la benda tu tak menyakitkan dia pun. Macam doktor habaq kat aku masa dalam wad. Mak dia ja duk kapla jingga pikiaq over sangat. 😂


Ni la budak bertuah tu. Alhamdulillah. Dia sihat-sihat ja. Dah umur 1 tahun 4 bulan waktu entri ni ditulis. 



Punca Bilateral Hydrocele Terjadi

Teringat nurse kat Klinik Kesihatan tanya macam mana boleh jadi gitu. Mana la aku nak tau. Kerja Allah kan. Hihi. Tapi masa pregnant Ali, aku memang ketagih mandi air sejuk tengah malam buta setiap hari dan minum air batu sentiasa. Tu pasai kot banyak air kat dia. Hahahaha. Wehhhh. Sebenarnya takda kaitan pun okay. Jangan nak pi percaya pulak. Aku melawak ja.

Benda ni semuanya tak dijangka pun. Macam aku habaq tadi, kerja Allah. Dah ketentuan dari Dia. Ada la sebabnya tu. Macam yang doktor habaq kat aku, benda ni normal je terjadi pada sesetangah bayi yang baru lahir. Takda punca yang berkaitan dengan penyakit lain pun. Memang akan kecut sendiri dalam tempoh tertentu. Hang sabaq je la tunggu dia surut. Haa..camtu.

Boleh Sembuh Ke Atau Ada Kesan Sampingan Lain?

Oh ya. 'Teloq' budak Ali totally surut bengkak nya dalam masa sebulan camtu. CikSha hangpa punya la pulun urut tiap kali lepas bagi mandi. Urut gitu-gitu ja. Tak tuam ke apa pun. Letak minyak panas ke apa lagi la tak. Ai mak pemalas ye. Memang tak la nak ikut saranan orang yang memacam. Aku dengar cakap doktor je suruh pantau. Cuma hari-hari aku tanya pak dia, 'Dah takda bengkak kan?' Hahaha. Tensen pak dia dengan mak dia ni. 

Lepas 6 bulan kelahiran dan jumpa pakar untuk check condition teloq dia tu pun doktor kata dah comei dah. Teloq dia dah normal. Air tu dah takda. Kantung dah berkedut. Testis pun terletak elok. Takde masalah lain dah. Tak perlukan pembedahan apa-apa dan boleh discaj dari Klinik Pakar Bedah. Syukur alhamdulillah. Lega hati aku masa tu.

Kalau anak hangpa lepas lahir pun didiagnos Bilateral Hydrocele, jangan la susah hati sangat eh. Ikut je saranan doktor. Tak perlu nak tuam ke apa teloq anak tu. Pantau je keadaan anak tengok dia sakit ke tidak. Tengok juga teloq dia tu ada perubahan semakin membengkak teruk ke tak. Kalau dia sakit dan semakin membengkak rujuk pada doktor yang merawat dia okay. Jangan memandai nak rawat sendiri pulak.

Kebiasaannya, Bilateral Hydrocele ni akan sembuh sendiri tanpa perlu apa-apa rawatan. Memang akan surut dalam sebulan paling cepat. Kalau tak surut juga sehingga umur 2 tahun, mungkin ada penyakit lain yang berkaitan macam hernia. Yang itu, ada rawatannya iaitu melalui pembedahan kecil. InsyaAllah, apa pun masalah ada penyelesaiannya.

Oh ya. Aku minta maaf sebab gambaq alat sulitnya takde la ye. Memang tak terpikiaq pun nak ambik gambaq. Sebab pikiaq tu aurat anak. Aku boleh kongsi melalui penulisan macam ni je la. Harapnya kalau ada parents hadap situasi yang sama takde la gelabah bewak macam aku memula dulu. Hihi.

Bisik-bisik :: Setiap anak lahir bersama ujian dan rezeki.

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. perkongsian bagus ni sha, kin xada anak baca duk tergelak2 baca sha tulis hahaha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha..sha masa tulis pun tergelak2 jugak..teringat sama punya la kapla jingga mak dia pun...

      Padam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan