Eskayvie i-Qids | Bantu Tingkatkan Perkembangan Minda Anak-Anak Minat Dalam Pembelajaran

Assalamualaikum. Hai! 


Lama tak update blog. Bizi sangat tu tak jugak. Cuma itulah, bila mai angin nak update tu la tetiba otak jadi blank. Bila ada idea, masa pulak tak mengizinkan. Sudahnya sepi je la blog ni. Banyak je kisah nak coretkan. Bila tertangguh, dah jadi basi la kisahnya. Hihi. Tengok la nanti aku cuba coretkan jugak. Kenangan. Sayang pulak kalau tak diabadikan dalam blog.


Diam tak diam dah masuk hujung September kita sekarang ni. Sat je masa berlalu kan? Persekolahan anak-anak pun dah masuk penggal ketiga dah. Tahun lepas abang Adan je sekolah. Tahun 2022 ni, dah 3 ketul budak bertuah tu sekolah. Abang Adan dah darjah 2. Cik Merah pra-sekolah umur 5 tahun. Si encem Iman pulak masuk PDK sebab takde rezeki nak masuk pra-PPKI sebab kuota pelajar dah penuh. 


Kadang bila sunyi masa bebudak pergi sekolah, rasa macam tak percaya je anak-anak semua dah besar. Sekolah dah depa. Tinggal la ummi 'bergaduh' dengan si budak Ali je bila dia tak tidur. Turn dia nak sekolah lambat lagi. Baru umur setahun lebih. Banyak lagi masa ummi boleh bergaduh dengan dia la. Gitu la kehidupan mak-mak suri rumah ni kan? Hihi. 


Ready nak pergi sekolah

Kepentingan Perkembangan Emosi, Fizikal Dan Minda Anak-Anak Yang Masih Bersekolah

Sebut je pasal sekolah, mesti kita ni sebagai mak pak nak anak-anak perform yang terbaik, kan? Dapat catch up dengan pembelajaran, bagi tumpuan dalam kelas bila cikgu mengajar, boleh buat kerja sekolah sendiri dengan baik masa kat rumah. 

Jadi apa yang kita boleh ikhtiar kan untuk pastikan semua tu tercapai? Benda ni ada kaitan dengan perkembangan emosi, fizikal dan minda anak-anak jugak kan?

Aku sendiri pun cuba ikhtiar yang termampu untuk jaga perkembangan emosi, fizikal dan minda anak-anak. Bagi aku, kalau nak anak-anak buat yang terbaik waktu bersekolah, parents pun patut beri yang terbaik untuk jaga 3 perkara tu. 

 


Memang tak mudah. Tapi kita cuba yang termampu. Dan ini adalah cara aku yang aku nak kongsikan dengan korang. Mungkin cara kita sama. Mungkin juga ada perbezaan. Nanti korang share la kat bahagian komen tau. 

i. Perkembangan emosi

Hari-hari bila balik sekolah je, aku akan tanya keadaan depa kat sekolah macam mana. Ada kena buli dengan kawan-kawan tak? Ada buat salah yang cikgu marah tak? Belajar apa hari tu? Masa rehat makan apa? Seronok ke tak kat sekolah? 

Soalan yang sama aku tanya setiap hari tanpa gagal. Semua tu demi jaga perkembangan emosi depa. Nak depa enjoy moment kat sekolah. Takde rasa trauma ke apa. 

ii. Perkembangan fizikal 

Kalau dari segi fizikal pulak, hari-hari jugak aku akan soal ada ke kawan-kawan pukul tanpa sebab atau cikgu ada denda yang berat-berat macam pulas telinga ke tak kalau buat salah. Bukan nak pergi cari pasal dengan bebudak lain atau cikgu. Cuma aku nak explain kat anak-anak je apa patut depa buat dan respon. 

Macam kalau kawan-kawan tu, selagi tak over limit dan bukan hari-hari konsisten pedajal anak-anak, aku akan ajar cara nak mengelak dari jadi mangsa lagi. Kalau kena buli setiap hari apa yang patut anak buat tindakan.

Part cikgu pulak, kami laki bini masih okay kalau cikgu just hukum light-light untuk mendidik bukan sampai mencederakan fizikal. Aku akan explain kat anak kenapa cikgu buat camtu. Selalunya mesti ada silap dari pihak anak jugak macam tak bagi tumpuan ke apa kan? 

iii. Perkembangan minda

Haaa, yang ni paling penting sekali sebab mesti kita nak anak-anak kita bijak dalam pelajaran. Itu tujuan utama kita hantar depa pergi sekolah. So, apa yang aku ikhtiar untuk pastikan perkembangan minda anak-anak di tahap yang optimum?

Selain pemakanan yang baik walaupun kekadang ada jugak cheat makan jajan (hahahaha), aku selalu bekalkan dengan makanan tambahan yang boleh merangsang minda dan perkembangan otak mereka. Banyak pilihan yang ada, kita je yang kena bijak memilih.

Antara yang terbaru ni, Eskayvie ada keluarkan Eskayvie i-Qids iaitu produk booster minda untuk kanak-kanak seawal dari 2 tahun lagi. Kalau korang nak tahu i-Qids ni memang bagus ya untuk perkembangan otak anak-anak supaya lebih cerdas dan membolehkan anak lebih fokus dalam pembelajaran.

Ha… Mak Pak yang nak anak jadi pintar tu boleh la cuba Eskayvie i-Qids ni. Bahan-bahan yang digunakan dalam i-Qids ni pun power sungguh. Memang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak. 

6 Bahan Nutrisi Utama Untuk Otak Yang Sihat dan Minda Yang Cerdas


Jom kita semua tengok apakah 6 bahan nutrisi utama yang ada dalam i-Qids ni.

1. Phosphatidylserine (Serine)


Berfungsi sebagai super brain booster dan menjadi kunci utama kepada penghantaran signal maklumat yang lebih laju di dalam otak. Ia juga mampu meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak dengan menyokong fungsi otak, menajamkan minda serta membantu perkembangan otak yang cerdas agar lebih lebih fokus dalam pembelajaran.

2. Alpha Linolenic Acid (ALA)


ALA ini adalah bahan asas kepada pembentukan EPA dan DHA untuk merangsang sel-sel otak berhubung dengan meningkatkan kesihatan otak dalam membantu meningkatkan kesihatan serta membantu meningkatkan daya ingatan.

3. 22 Ekstrak Buahan & Sayuran


Gabungan 22 jenis buahan dan sayuran untuk mengisi jurang nutrisi daripada diet harian. Ia mengandungi lebih daripada 125 polifenol dengan kandungan antioksidan lebih tinggi berbanding 5 hidangan buah dan sayur agar dapat menyerap fenolik dan polifenol yang optima. Ini dapat memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak yang kurang makan sayur. 

Siapa anak yang tak suka makan sayur tu, bahan inilah yang dapat melengkapkan nutrisi  diperlukan dalam perkembangan anak.

4. Moringa


Kaya dengan asid amino bertindak sebagai perangsang otak dan melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan. Ianya juga mampu meningkatkan tenaga dan sistem imun anak-anak serta menyokong kesihatan buah pinggang, hati dan menyokong kesihatan mata.

5. Prebiotik


Menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk usus yang sihat dan penyerapan nutrisi yang lebih efisien. Ia dapat membantu masalah sembelit, mengawal selera makan dan mengelakkan obesiti dan membantu mengurangkan kolesterol.

6. Multivitamin & Mineral


Gabungan vitamin dan mineral penting untuk melengkapkan keperluan nutrisi kanak-kanak dalam menyediakan keseimbangan pemakanan serta menggalakkan penyerapan pencernaan dan nutrien yang lebih baik. Ia juga membantu kesihatan tulang, memelihara sistem saraf dan fungsi otot serta kesihatan gusi, gigi dan kulit yang lebih sihat.

Manfaat Eskayvie I-Qids Buat Anak Anda

Merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
Menguatkan memori & daya ingatan.
Meningkatkan fokus & daya tumpuan.
Memperbaiki mood dan mengurangkan stres.
Menyokong prestasi sekolah & pembelajaran.
Melengkapkan keperluan nutrisi dengan vitamin dan mineral serta 22 jenis ekstrak buahan dan sayuran.




Untuk pengetahuan korang semua, Eskayvie i-Qids ni diformulasikan oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Ianya Halal, selamat dan berkesan. Rasanya juga sedap dengan rasa coklat. Anak-anak pasti gemarkannya. Yang penting ia amat mudah diamalkan. Kunyah-kunyah saja setiap pagi sebelum ke sekolah.





Kalau nak tahu, ramai parents diluar sana dah mencuba Eskayvie i-Qids ni dan ramai di antara mereka dah kongsikan feedback selepas anak mereka amalkan. 

Korang boleh tengok feedback mereka di bawah ni. Aku tumpang gembira bila baca perkongsian mereka.

 
Anak lebih mudah hafal surah-surah yang ustazah bagi dan anak semakin teruja nak pergi sekolah hari-hari. 

 
Anak jadi lebih fokus dalam pembelajaran dan tidak mengantuk di dalam kelas. Apa yang dipelajari lebih mudah difahami.

 
Anak 12 tahun ada masalah gagap tapi lepas amalkan Eskayvie i-Qids, bacaan makin baik. Anak pun semakin lancar mengira nombor.

Dapatkan Eskayvie i-Qids Sekarang!

Ibu bapa mana yang tak gembira bila anak-anak ada kemajuan dalam pembelajaran kan? Hati cukup risau dan rungsing bila anak tak lancar membaca, speech delay, sukar nak memahami apa yang dipelajari dan macam-macam lagi la. Lebih-lebih lagi kalau anak tu ada masalah-masalah tertentu. Lagi rungsing dibuatnya. Kita sebagai ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak-anak.

Jika nak yang terbaik untuk anak-anak jom dapatkan Eskayvie i-Qids sekarang. Jangan tunggu esok lusa. Sekarang ok!

Korang boleh layari laman web dan sosial media Eskayvie untuk dapatkan info lanjut dan buat pembelian. Yang penting kita ikhtiar yang terbaik untuk anak-anak kita dan bertawakal kepada yang Maha Esa.

Website : www.iqids.com.my 

Bisik-bisik:: Mak Pak mana la taknak anak-anak depa jadi seorang yang pintar dan berjaya kan? 

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan