Kisah Daging Korban Jadi Penawar

Assalamualaikum. Hai!

Dah tak lama nak raya haji pulak kan? Lagi seminggu lebih macam tu. Raya Haji nanti insyaAllah kami beraya kat Ganu je. Tak balik Penang kot. Nanti ada buat korban sikit kat sini. Ayah mertua beli lembu yang suami bela untuk buat korban. Oh. Ada kisah di sebalik kisah korban ni. Nanti aku ceritakan eh.

Entri kali ni aku nak kongsi dulu kisah aku yang tetiba alergik dengan semua yang berasaskan daging lembu. Lepas tu dengan daging lembu korban juga yang jadi penawarnya. Kejadian ni betul tau. Aku pun memula macam tak boleh nak hadam, apa kaitannya. Tapi semuanya ketentuan Allah juga kan? So, aku nak coretkan la dalam blog ni sebagai kenangan.


Inilah permulaan kisah nya.



Permulaan Tak Boleh Makan Daging Lembu


Oh. Untuk pengetahuan hangpa, sebelum berlaku kejadian ni aku memang boleh je makan daging lembu. Takde masalah alergik pun. Boleh je makan kalau ada depan mata macam daging masak kicap ke, rendang daging ke, sup daging ke, apa-apa je la masakan berasaskan daging. Aku kan spesis pemakan. Hahaha. Cuma aku kurang sikit la makannya. Kira bukan fevret sangat. 

Tapi, ada satu hari tu (tahun 2019) aku terdengar suara seekor lembu tu sayu je dia mengembu. Kat rumah jiran yang tak berapa jauh dari rumah. Depa nak buat kenduri kahwin hujung minggu tu. Jadi lembu tu la nanti jadi lauknya. Masa aku dengar tu, memang mulut aku ni kerja duk cakap 'kesiannya dengar bunyi suara lembu tu' berulang-ulang kali dah macam berzikir. Setiap hari.

Sampai la hari kejadian. Aku memang tak makan pun lauk kenduri gulai daging lembu tu. Walaupun nampak sedap dan menyelerakan. Gulai masak kawah weh. Memang la sedappp. Tapi macam tak tergamak pulak aku nak sentuh. Sebab duk terngiang suara lembu tu mendayu-dayu selama beberapa hari sebelum kena sembelih. 

Lepas-lepas tu kan, kalau termakan masakan daging walaupun sikit memang aku akan sakit perut yang taktau nak habaq lagu mana rasa dia. Macam perut aku kena pulas weh. Sakit gila! 

Setahun lepas kejadian (tahun 2020), sehari sebelum tarikh yang sama aku kena lagi sakit perut yang maha azab. Penangan melantak daging masak merah yang mak mertua masak. Sedap oii air tangan mak mertua. Tak boleh tolak. Huhu. Padahal aku makan sikit je. Sehiris dua buat pelepas rasa. Tapi lepas makan kena tanggung la akibatnya. Sampai kena warning la dengan pak mertua. 

Maka itulah kali terakhir aku makan lauk daging. Tak tahu la kat mana logiknya. Tapi memang itulah yang terjadi lepas aku kesiankan arwah lembu tu. Kalau tak sebelum nya haku melantak pi la masakan berasaskan daging macam mana pun, okay je tambah lelemaks. 

Dan masa aku sakit perut bila makan daging tu kan, ada la aku gugel kenapa jadi macam tu. Keyword yang aku search 'kenapa sakit perut bila makan daging'. Gigih weh. Jumpa doktor taknak sebab takut. Pastu pi cari kat gugel pulak. Hahaha. Wehhh. Hangpa pun macam aku jugak kan?? Cari kat duktur gugel dulu. Hahaha.

Bila baca kan, seram pulak weh. Katanya perut yang sakit bila makan daging tu tanda penyakit yang serius boleh bawak mati a.k.a kanser. Serius aku takutttt. Memang lepas tu aku terus tobat tak makan dah langsung lauk daging biar sedap macam mana pun. Sikit pun aku tak berani nak jamah. 


Encik CH suruh hisap hujung janggut dia. Katanya penawar sakit perut untuk isteri. Hahahaha.


Daging Lembu Korban Jadi Penawar


Tinggal area kampung ni bila raya haji memang meriah la orang duk hantar daging korban/akikah kat setiap rumah. Murah rezeki sangat. Tahun lepas pun banyak dapat daging. Berplastik-plastik. Sikit-sikit tapi bila kumpul dapat banyak la jugak boleh buat lauk makan sekeluarga untuk sehari dua. Alhamdulillah.

Tahun ni insyaAllah macam tu jugak la rasanya. Sepanjang 9 tahun aku stay kat sini, memang tak pernah miss dapat daging korban orang sedekah. Syukur. Tak selalu dapat makan daging pun. Bila ada rezeki lebih baru merasa makan daging. Daging kan mahal. Tapi masa raya haji la selalunya mewah sikit dengan lauk daging.

Ini la yang aku nak kongsi dengan hangpa. Raya Haji tahun lepas (2021), mak mertua masak la daging yang dapat tu. Buat daging masak merah kegemaran pak mertua. Mungkin mak mertua tahu yang aku teringin nak makan juga tapi takut sakit perut, jadi dia suruh la aku jamah sikit. Dia kata niat dalam hati daging korban tu jadi penawar.

Aku pun ambik la sehiris. Sebelum makan aku niat macam yang mak mertua pesan. Kuasa Allah. Memang aku tak sakit perut pun lepas makan daging tu. Kalau tak jangankan sehiris, secubit pun perut aku dah memberontak teruk. Hirup kuah sup daging pun tak boleh langsung tau. Tapi ajaibnya daging korban, Allah izinkan jadi penawar untuk aku.

Lepas dari kejadian tu, aku cuba memberanikan lagi diri untuk makan lauk daging kalau ada. Hirup sup pun dah boleh dah. Alhamdulillah memang tak sakit langsung. Sampai la sekarang ni. Syukur sangat. Aku dah dapat balik nikmat nak makan makanan berasaskan daging lembu kerana daging korban. Asbab kan? Allah juga yang izinkan. Alhamdulillah.


Tapi itulah. Kisah tu jadi peringatan juga buat aku. Ada la tu hikmahnya kan. Allah nak suruh jaga pemakanan la tu agaknya. Makan biar berpada walaupun aku tak la gila makan daging lembu sangat sebab bukan kegemaran. 

Semoga jadi pengajaran juga buat hangpa. Daging memang elok dimakan. Tapi kena ada limit juga. Tak boleh melahap tak ingat dunia. Cara masakan pun kena pastikan masak elok sebab makan daging kurang masak tak bagus sebenarnya untuk kesihatan.


Bisik-bisik :: Sebenarnya makan apa pun kita kena berpada-pada kan? Demi kesihatan.

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. mcm logik jgk la kes sakit perut lps kesiankan arwah lembu tu kn..
    nsb baik lembu korban blh jd penawar.. alhamdulillah.. dh blh mkn daging mcm bse.. nikmat Allah tarik kejap.. lepas tu Allah bg blk.. hihi..

    haa dkt teganu mmg meriah raya haji.. lg meriah dr raya puasa kalo kat sesetgh tmpt tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu laaa.. Allah izinkan.. Dia tarik sekejap nikmat.. Pastu dia bagi semula..

      Betul2.. Sini meriah dengan acara korban.. Tiap2 tahun mesti ada.. Banyak pulak tu lembu korban..

      Padam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan