MYLEA Appreciation Night & Pelancaran Wajah Baru Produk Mylea Dream Curve

Assalamualaikum. Hai!


Dah lama CikSha tak buat kerja luar jadi wakil media blogger untuk event sejak covid melanda. Masa mula-mula kita diserang covid kan sebarang majlis tak boleh dibuat. Ni dah masuk tahun ketiga ni, baru la majlis dibenarkan buat dengan SOP yang ketat. Siap kena hantar gambar buat test kit covid dulu baru boleh hadir. Jadi kalau sihat boleh la join event macam ni kalau dapat jemputan.


Alhamdulillah. Semalam CikSha dan beberapa lagi orang blogger Ganu dapat jemputan sebagai wakil media blogger untuk event dari syarikat Amylea Group Sdn. Bhd. yang diadakan di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu. 2 tahun tertangguh nak buat majlis penghargaan ni. Majlis untuk meraikan rakan kongsi, ejen dan staf yang capai target sales terbaik pada tahun 2020 dan 2021.


Bukan tu je, sekecil-kecil pencapaian macam join kelas, tepati masa, bonding baik dengan semua, suka kongsi ilmu dan staf (lelaki & perempuan) yang berdedikasi dengan komitmen kerja pun dapat award tau. CikSha macam wowww bagusnya founder ni. Dia alert dan appreciate semua yang sentiasa ada bersama dengan dia dan support perjalanan bisnes dia. Terbaik betul.


Selain tu, majlis ni turut ada pelancaran wajah baru produk Mylea Dream Curve. Semua yang ada dalam majlis dapat satu door gift bag yang berisi produk ni. CikSha pun dapat jugak la. Boleh le try nanti. Mana nak pi tau terus curve badan CikSha hangpa yang tembun ni nanti bila habis sekotak. Berangan itu percuma. Hahaha.


Phoshoot booth


Meja untuk blogger


Pemilik syarikat Amylea Group Sdn. Bhd.


Mylea Appreciation Night 2020 & 2021


Tentatif program agak padat. Tapi semua berjalan lancar walaupun bermula sedikit terlewat dari waktu yang dijadualkan. Itu biasa bagi majlis macam ni. Mesti akan drag sikit masa. Yang penting everything going smooth and steady. Emcee pandai handle


Dalam majlis ni ada 5 kategori penganugerahan yang diberikan untuk semua yang layak. 5 kategori tersebut ialah :
  • Anugerah Fighter 2020 & 2021
  • Anugerah Ejen 2020 & 2021 
  • Anugerah Marketer 2020 & 2021 
  • Anugerah Staff HQ Terbaik 2020 & 2021 
  • Hadiah Staff Closing Terbaik (Fighter

Penerima Anugerah Fighter 2020 & 2021


Penerima Anugerah Pakej Umrah kategori Staff


Penerima Anugerah Pakej Umrah kategori Ejen



Seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya kategori fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea.


Bagi kategori fighter, penerima adalah seperti di bawah:
1. Pn. Azliza Binti Ibrahim 
2020- RM 1,889,639.00
2021- RM 2,559,529.00

2. En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad 
2020- RM 1,044,848.00 
2021- RM 1,672,030.00

3. Hf Stylish Enterprise
2020- RM 1,607,414.80  
2021- RM 1,430,155.00

4. En. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad 
2020- RM 958,602.00
2021- RM1,112,543.00


Manakala bagi kategori ejen, penerima adalah seperti di bawah:
1. Pn Najihah binti Yusof
2020- RM 262,421.40
2021- RM 419,413.75

2. Pn Wan Normalini binti Wan Ghani 
2020- RM 299,119.30
2021- RM 279,986.64


Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerima adalah seperti di bawah:
1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir 
2020- RM 1,923,343.00
2021- RM 754,014.00

2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi 
2020- RM 963,453.00
2021- RM 562,455.55


Untuk tahun 2020, mereka yang dapat pakej umrah diberikan dalam bentuk wang tunai memandangkan tahun tu takda majlis dan tak boleh fly lagi. Tahun 2021 saja pakej umrah dikekalkan. Jadi mereka yang capai target untuk kedua-dua tahun sangat beruntung sebab dapat pakej umrah dan wang tunai. Alhamdulillah. Rezeki terpijak betul. Berbaloi dengan usaha dorang yang buat sales berkepuk-kepuk. Tahniah diucapkan.


Penerima Anugerah learning terbaik, bonding terbaik, top sales 2021, serta anugerah Komitmen (tepati masa & join kelas)


Penerima Anugerah Marketer Terbaik


Staff yang dapat anugerah pekerja cemerlang



Selain menghargai mereka yang telah buat jualan tinggi untuk company, Amylea Group Sdn. Bhd. tak lupa untuk meraikan staff yang komited dalam kerja. 2 orang staff ( lelaki & perempuan) telah diberikan penghargaan dalam majlis ini juga. Macam surprise gitu. Mesti masa emcee duk describe tu yang akan terima tu rasa berdebar. Kalau tak salah CikSha yang perempuan bahagian admin dan lelaki bahagian logistik. CikSha confirm semua staff kat situ rasa seronok je kerja kan sebab penat lelah dorang pun dihargai oleh company


Dan 1 anugerah istimewa untuk 2 orang yang dress up ikut tema majlis, Glamorous & Tuxedo pun ada juga. Meletops weh! Untung la yang dress up ikut tema. Dapat juga hadiah penghargaan. Seronok la dorang.



Pelancaran Wajah Baru Produk Mylea Dream Curve


Selain majlis penyampaian award yang CikSha cerita tadi, ada juga majlis pelancaran untuk memperkenalkan packaging terbaru produk Mylea Dream Curve. Dirasmikan sendiri oleh Pengasas Mylea iaitu Puan Amylia Farhana dalam gimik persembahan Magic oleh Fakhrul Illusion. Teruja weh tengok. Macam mana tah si Fakhrul ni buat magik cemtu. Tetiba je ada kat tangan Puan Amylia.


Oh. Buat pengetahuan korang, Dream Curve merupakan minuman yang menfokuskan penyelesaian masalah berat badan. Terdahulu hanya ada minuman untuk detox iaitu Hazelnut Latte. Yang terkini telah diberikan nafas baru dengan kombinasi minuman detox dan meal replacement dalam 1 kotak iaitu Hazelnut Latte dan Chocolate Oat.


Macam CikSha dah bagitau kat permulaan entri yang kami semua dapat sorang sekotak. Nanti la CikSha cuba eh. Kalau kena selera anak tekak dan berkesan, boleh la terus consume. Jangan terkejut tengok tranfomasi CikSha pulak nanti. Hahaha.

Mylea Dream Curve dengan wajah baru


Cabutan Bertuah dan Cabutan Tak Bertuah


Part ni paling happening sekali. Seronok dan berdebar pun ye jugak. Tapi itulah. Sepanjang hidup CikSha ni, tak pernah la lagi dapat hadiah Cabutan Bertuah. Nombor comei dah. Kadang sipi-sipi je nombor yang dipanggil. Macam tu lahh. Tak tahu bila nak bertuah tu. Hahaha.


Yang paling best tu dalam majlis ni, ada Cabutan Tak Bertuah juga. Lawak pun ada. Tak pernah lagi ada slot macam ni. 5 nombor akan dipanggil. Itupun CikSha memang tak terpanggil juga. Hahaha. Ada la hadiah dia. Istimewa lain macam. Siap kena buat cat walk tayang kat semua orang. Lucu betul.


Oh ya. Tak ketinggalan juga Cabutan Bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Dah ada pun pemenangnya 2 orang. 


Pemenang dapat sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar. Yang lawak tu emcee mengusik. Dia kata, 'Datang dengan bas, balik dengan motor. Biar la takde lesen pun.' Hahahaha. Mudah terhibur betul CikSha korang ni. Rezeki betul buat semua penerima cabutan bertuah kan? Alhamdulillah.


Pemenang Hadiah Cabutan Bertuah Gores & Menang


Tahniah Amylea Group Sdn. Bhd. dan Semua Penerima Anugerah


Di kesempatan ni CikSha nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Amylea Group Sdn Bhd yang telah berjaya membuat majlis ini untuk meraikan semua yang bersama-sama membangunkan syarikat. Terbaik sangat! Semoga terus maju dan semakin berjaya hasilkan lebih ramai usahawan yang hebat.


Tahniah juga kepada semua penerima anugerah. Anda semua hebat! Bukan mudah nak kekal bermotivasi dan buat jualan yang tinggi dengan cabaran ekonomi semasa negara dilanda wabak dan ramai yang berkira-kira untuk berbelanja. Tapi anda mampu buktikan anda boleh dan ada ramai lagi kat luar sana yang memerlukan produk yang dijual. Syabas kerana tak putus asa buat jualan dan bantu orang lain. Hanya mereka yang kuat semangat sahaja yang mampu buat. Itulah anda!

Tuan Blog yang semakin menembun. Haishhh. 


Antara Geng Blogger Ganu yang hadir


By the way, CikSha pun sebenarnya terinspirasi dengan kejayaan dorang ni. Semoga jadi pemangkin semangat buat diri ini. Dalam duk seronok dapat jumpa kawan-kawan blogger Ganu lain yang dah lama tak bersua, CikSha duk sedut aura semua pemenang anugerah kat majlis tu juga. Agitteww. Macam ada kuasa super saiya pulak nak sedut-sedut aura orang kan? Hahaha.


Oh ya, kalau korang nak maklumat lanjut tentang Amylea Group Sdn. Bhd. dan juga produk terbarunya, Mylea Dream Curve ni, boleh terjah link yang CikSha bagi kat bawah okay!

Facebook page : Mylea HQ Official

Instagram : Mylea HQ Official


Bisik-bisik :: Che Ta a.k.a Rozita Che Wan yang gojes amat tu DUTA produk Mylea ni tau.  

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Hazelnut Latte Dream Curve tu sedaplah, Ada dah try?

    BalasPadam
  2. Bestnya event ni, semua happening. Mesti x bosan . Tahniah yg berjaya raih anugerah n hadiah. Semua sukses di tahun seterusnya.

    BalasPadam
  3. happening majlisnya.. paling cemburu yang dapat motor dengan pakej umrah tu.. beruntungnya badan..

    BalasPadam
  4. Besar2 hadiahh .. sale pun boleh tahan teamm produk ni .. jujur baru tahu ada produk ni

    BalasPadam
  5. Tahniah kepada para pemenang.. seronok rasa dapat gi event ni. Boleh jumpa macam-macam benda best terinspirasi.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan