Assalamualaikum. Hai!
Dah tahun 2022 dah kita kan? Pejam celik, sekejap je masa berlalu. Dah pasang azam ke tu? Hihi. CikSha masih berpegang takmau berazam apa-apa. Cumanya impian tu memang ada untuk dicapai. InsyaAllah akan diusahakan. Bila nak tercapai tu wallahualam. Mungkin tahun ni, mungkin tahun depan, mungkin tahun berikutnya. Buat je yang termampu. Yang penting jangan putus asa. InsyaAllah tercapai juga nanti.
Eh. Tapi kan, tetiba sendiri pulak terkonpius. Azam dengan Impian tu sama ke tak? Hahaha. Tak kisah la. Hanya kita je tahu apa impian kita dan macam mana kita nak realisasikan impian kita tu. Dan semoga tercapai dengan izin Allah.
Tahun ni juga umur blog ni dah masuk 13 tahun. Uiii, dah tingkatan satu. Remaja dah beliau. Alhamdulillah. Macam tak sangka masih bertahan sehingga kini. Walaupun masih jarang update sebab kekangan masa, tapi insyaAllah akan sentiasa cuba untuk menulis dan berkongsi di sini bila ada peluang dan kelapangan.
Header blog yang simple sikit |
So, sempena blog ni dah remaja, wajah dia pun dah berubah la. Matured sikit. Sebenarnya, sayang juga lagi dengan template yang sebelum ni tu. Baru jugak tukarnya. Bulan 5 tahun lepas. Tapi sebab tengok pageview menurun dan adsense tak berapa nak naik, kita tekad la tukar jugak. Ambil mood baru.
Kali ni, CikSha invest beli template. Mahal? Tak jugak. Ambil yang kena dengan bajet. Dalam 21USD macam tu tak salah harga template ni. Duit kita lebih kurang dalam RM85 macam tu la kot. Lepas tu ada la CikSha adjust tang mana yang patut nak bagi kena dengan citarasa. Terutama sekali tang warna tema la. Maklum le memang itu pun kerja CikSha kan? Opkoz la kat blog sendiri pun buat macam tu juga.
Wajah baru. Dah takda lagi header besar gedabak. Kali ni kita guna header comei ja. |
Masih mengekalkan konsep minimalis. Dan tetap berkenan dengan template jenis magazine. Maklum le sebab penulisan blog ni kan ada bermacam topik. Takde niche khusus. Semua iols sumbat. Pasal personal dah tentu la. Tentang lifestyle pun tetap selit cerita tentang diri sendiri juga yang ada kaitan. Begitulah. Lebih selesa menulis santai dan tak terikat dengan niche tertentu.
Setakat seminggu ni, perasan ada perubahan pada adsense. Alhamdulillah. Pageview mungkin ambil masa sikit la untuk ada peningkatan semula. Baru tukar template ni, itu je la cabarannya. Kacau kat pageview sekejap. Harapnya begitulah. Nanti kita pantau dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah. Semoga dengan wajah baru ni, lebih semangat la nak update blog lebih kerap. Baru berbaloi pakai domain dan template berbayar. Ye tak? Hihi.
Selamat tahun baru 2022 buat semua pembaca setia blog CikSha dan juga pengunjung baru yang sudi bertandang di sini. Harapnya ada la penulisan CikSha yang dapat beri manfaat kepada semua. Terima kasih daun keladi. Rajin-rajin la datang lagi. Gittewww. Hihi.
Bisik-bisik :: New Year, New Me!
Selamat tahun baru 2022 Cik Sha.
BalasPadamSelamat tahun baru..
Padamselamat tahun baru ciksha
BalasPadamSelamat tahun baru buat kak fuzy juga..
PadamSalam tahun baru ciksha... cantik sangat wajah barunya...
BalasPadamSelamat tahun baru kak sheila..alhamdulillah.. Terima kasih.. Saja nakntukar angin sikit.. Hihi..
PadamSelamat melangkah ke tahun baharu
BalasPadamSelamat tahun baru jugak buat wak..
PadamSama la takda azam jugak. Cuma berdoa tahun ni boleh balik beraya. 2 tahun dah beraya diperantauan 5 beranak sobsss
BalasPadamselamat tahun baru 2022 dari wak yg jauh dimata ye 👍👍
BalasPadamhappy new year dari mama
BalasPadamselamat tahun baru 2022
BalasPadamSelamat tahun baru Sha, tua setahun dari blog kin hahaha, blog kin baru darjah 6. Lawa la template blog sha
BalasPadamLawooo... Simple Dan kemas..
BalasPadamComel template baharu sha. Tahniah...
BalasPadamcantik template baru kak sha. Pinky gitu.
BalasPadam