Bawa Anak-anak Berjalan Teroka Dunia Sains

Assalamualaikum. Hai! 


Tahun 2022 ni kan, CikSha dah bentang proposal kat suami nak bukak tabung khas untuk kumpul duit nak bawa anak-anak pergi jenjalan bercuti kat mana-mana je. InsyaAllah start bulan ni kami mula menabung. Cukup je bajet boleh terus onz. 


Tapi kena buat plan jugak la ke mana destinasi nak dituju. Lepas tu kumpul duit. Kalau nak tunggu kaya berkepuk baru nak bawak anak-anak berjalan, memang 'berangan' je la. Sedih je takde memori indah holiday dengan anak-anak masa depa kecik lagi. Kan? 


Sebab tu yang tetiba idea ni mai terjah CikSha tu. Kalau boleh, CikSha nak cipta banyak memori yang indah dengan anak-anak dari depa kecik. Itu je la yang boleh dijadikan kenangan bila dah tua nanti kan. Masa tu depa pun dah besar dah ada keluarga sendiri. Haa, gittew mak-mak punya emosi okay? Hahaha. 


Destinasi jalan-jalan family kami yang pertama tahun ni - Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu 




Tahun lepas CikSha ada jugak la bercadang nak ajak suami bawa anak-anak bermalam kat homestay yang ada kolam kat area Terengganu ni. Saja nak bagi anak-anak seronok. Ala-ala pergi bercuti gitu. Tapi sebab masa tu pun covid masih menggila, CikSha pulak spesis paranoid, maka cadangan tu tersimpan dalam hati je la. Maybe next time boleh proceed. InsyaAllah. 


Untuk tahun ni, CikSha cuba jugak la jauhkan perasaan paranoid tu. Sampai bila nak kurung je anak-anak terperuk dalam rumah. Kesian kat depa. CikSha sendiri pun nak jugak ambil angin luar. Penat tau terperap je dalam rumah. Dah la CikSha ni surirumah plus bekerja sendiri kat rumah jugak opis nya. Boleh burn out okay. So i need fresh air. 


Jadinya, kami start bawa anak-anak berjalan kat dalam Terengganu je dulu. Tak stay kat mana-mana pun dah okay dah. Janji dapat keluar berjalan. Enjoy and spend time together. Hari tu kami pergi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu. Seharian jugak la kami kat situ explore semua yang ada. Happy gila! Tengok anak-anak pun seronok je depa hari tu. 


Posing sikit depan pintu masuk Sci-Kids Discovery


Antara aktiviti explore yang kami buat masa kat sini




Lepak dalam library jap bagi hilang penat





Sekali sekala beli jiwa anak-anak. Dah lama tak bawa anak-anak berjalan kat tempat crowd sebab mak pak jenis paranoid dedua. Hahaha. Sebenarnya CikSha bagi cadangan kat encik CH nak bawa anak-anak pergi Zoo Dinosaur kat Kuantan nun. Tapi sebab jauh dan sekarang kan sekolah, itu yang encik CH cadangkan pergi Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu je. 


Puas hati jugak la dapat bawa anak-anak pergi situ. Lama kami bertapa dalam tu. Tu pun rasa macam tak cukup je masa nak teroka semua yang ada. Dapat masuk kat setiap tempat yang ada sekejap-sekejap je. Sebab nak elakkan si kecik sekali tu amukan. Maklum le dia menyusu badan dan ada waktu tidur dia di siang hari. Hihi. 


Abang Adan la paling teruja sekali dapat pergi situ. Sebab dia memang minat sains. Hari-hari duk layan profesor comot sangat kat astro tu. Lepas tu nanti dia tiru buat eksperimen itu ini sendiri. Sampai kekadang mak dia ni jadi mak kau hijau la jugak sebab bebukan je dibuat eksperimen nya. 


Cita-cita dia pulak nak jadi angkasawan. Memang sakan la dia teroka memacam pasal planet yang ada pamer kat situ. Tapi masa masuk dalam 'pawagam' tengok pasal teroka bulan, terus dia kata tak mau jadi angkasawan sebab bunyi roket bising sangat. Hahaha. Kelakar abang Adan ni. 



Inilah keluarga kecil kami ❤️




Oh. Lupa nak habaq. Masuk situ kena bayar tau. Ada la pakej-pakej dia. Kami ambil family pakej (2 dewasa 2 kanak-kanak = RM40). Add on sorang budak (RM6) dengan stokin (RM5). Total RM51. Pakej family ni boleh teroka semua yang ada kat situ dan dapat tiket untuk masuk bahagian ada playground yang luas gila. Seronok anak-anak berlari dengan main kat situ lepaskan 'tenaga' depa. 


Banyak la yang menarik kat situ. Ada macam-macam yang kita pun boleh baca, buat eksperimen sendiri, jawab kuiz. Seronok. Sains fizik, sains biologi, sains kimia, sains angkasa, semua yang berkaitan dengan sains la ada pendek kata. CikSha paling suka library dia. Syok oo. Cozy ja. 






Lepas ni CikSha plan nak bawa anak-anak berjalan jauh la sikit. Mungkin pergi tempat bersejarah pulak macam Melaka. Bagi depa tahu pasal sejarah jugak. CikSha pun lama dah tak pergi Melaka. Last jejak kali kat sana masa masih bujang lagi kot. Huishhh. Lama betoi dah tu. 


Boleh la nanti bentang proposal kat encik CH. Cari hotel kat Melaka yang best-best sikit. Dapat 3 hari 2 malam pun dah okay sangat tu kan. Kita cari la hotel promo kalau nak jimat sikit bajet bab penginapan. Macam best je pulak perancangan CikSha ni. Ehehe. Takpa. Kita berangan dulu. Berangan kan free. 


Bisik-bisik :: Orang tak berapa nak have-have ni kena la bijak sikit merancang kalau teringin nak bercuti. Ye tak?

12 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Belum pegi lagi. Orang dewasa pun xsited ni lau masuk eee

    BalasPadam
  2. Waahhh boleh lah masuk whistlist tempat menarik nt..

    BalasPadam
  3. wah dekat terengganu pun ada tempat macam ni erk .. best pulak tengok . tak payah dah nak turun KL kan .

    BalasPadam
  4. Seronok bawa anak anak jalan jalan.
    Jauh dekat kena ikut bajet.
    Beli jiwa anak2 yg simple2 mcm ni pun, mereka akan happy sangat.

    BalasPadam
  5. betul cakap ciksha, nak tunggu kaya, x berjalan lah. Bagus apply proposal ciksha ni. Kumpul sikit², cukup je jalan, kumpul lagi jalan, dah cukup jalan lagi

    BalasPadam
  6. Rindunya nk cuti sama ngan family ciksha cam dulu.. moga ciksha sekluarga sihat2 selalu ye. aamiin

    BalasPadam
  7. syok tgok anak2.. aktiviti sambil bljr2

    BalasPadam
  8. seronok bawak anak anak bercuti ni. Macam Uwais kat sekolah cikgu PJ dia selalu cerita macam2. contoh Tasik Dayang Bunting. bila cikgu cerita tu dia teruja dan dia ingat yang dia dah pernah pergi dan macam mana kejadiannya. ada experience orang kata ekekeke

    BalasPadam
  9. Memang happy budak2 masuk sini, tak kisahlah berapa kasi masuk pun tetap nak pergi lagi :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan