Vitamin Tambahan Terbaik Untuk Anak-anak | Eskayvie Diffenz Junior

Assalamualaikum. Hai!
 

Sekarang ni kat area Pantai Timur dah start musim tengkujuh. Hujan je sepanjang hari tak berhenti sampai suasana tu sejuk yang amat la. Kadang rasa macam malas nak mandi pun ada. Hihi. Macam area CikSha tinggal ni, walaupun hujan alhamdulillah la tak pernah lagi naik air banjir.
 

Musim-musim sejuk macam ni la yang buat kita mudah kena selsema kan? Sekarang ni pulak masih dalam wabak Covid-19 yang belum berakhir. Seriau jugak bila tetiba kena demam selsema. Haishh. Tak tahu la nak describe rasa paranoid tu macam mana. Aduhai. Tambah pulak sekolah dah mula buka. CikSha ni duk risau kat abang Adan tu la.


Macam CikSha dan encik CH, kami kerja sendiri je jadi memang tak bergaul dengan orang luar. Budak Adan kalau dah ke sekolah tu jumpa kengkawan dan cikgu. Dia ja yang berjumpa dengan orang luar kan. CikSha macam ada rasa bimbang la jugak. Lagipun budak umur 7 tahun mana dapat vaksin. Harapnya Allah selalu la lindung dia. 
 
 
 

Penting Ke Pengambilan Vitamin Tambahan Untuk Anak-anak?


Bila cakap pasal ni, tetiba terfikir pasal kepentingan pengambilan vitamin tambahan untuk anak-anak. Penting ke tidak? Korang ada tak bagi anak-anak makan vitamin tambahan untuk support sistem imun dan tumbesaran dorang? 


Macam CikSha sendiri, memang ada bagi anak-anak makan vitamin tambahan. Encik CH memang akan peruntukkan bajet untuk beli stok vitamin untuk anak-anak setiap bulan. Kami bagi bukan sebab saja-saja nak ikut trend atau apa. Tapi memang dapat nasihat dari pakar kesihatan sendiri. Maklum la sebab ada seorang anak istimewa Sindrom Down si encem Iman tu. Sedia maklum dah yang sistem imun dia sangat la sensitif tak macam anak-anak normal.
 

Jadinya, memang akan dibekalkan vitamin tambahan untuk dia dan adik beradik dia yang lain juga. Selain untuk memastikan tumbesaran anak-anak selari dengan peningkatan umur, kami nak la jugak anak-anak dapat khasiat untuk support sistem imun dorang. Ikhtiar untuk lindung dorang dari persekitaran yang banyak kuman dan virus kita tak nampak. Maklum la dorang kecik-kecik lagi.


Selalunya kami beli dari farmasi atau di watson. Kadang rambang mata nak pilih vitamin nya. Banyak sangat pilihan. Berpinar mata mak pak dorang memilih. Hihi. Tapi baru-baru ni, CikSha ada ternampak perkongsian Paknil kat instagram beliau pasal satu vitamin untuk kanak-kanak keluaran Eskayvie. Mak nye ni pun apa lagi, buat la sikit research dan pembacaan nak tahu lebih lanjut pasal vitamin Eskayvie Diffenz Junior yang Paknil tunjuk tu. Dah tergoda nak mencuba juga. Hihi.


Jadi kali ni CikSha nak kongsi la dengan korang pasal vitamin keluaran anak tempatan ni. Buat rujukan CikSha sendiri juga dalam blog sebenarnya. Jom!


Eskayvie Diffenz Junior | Vitamin Untuk Sistem Imun Dan Tumbesaran Anak

 

Eskayvie Diffenz Junior adalah vitamin tambahan khas yang bagi nutrisi tambahan untuk support tumbesaran dan sistem imun anak-anak yang berumur dari 2 tahun hingga 12 tahun. Antara manfaat vitamin ni ialah :

  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Menyokong tumbesaran yang sihat
  • Menyokong kesihatan paru-paru
  • Melindungi dari jangkitan kuman
  • Melengkapkan keperluan nutrisi
  • Menyokong kesihatan tulang dan otot
  • Menguatkan gigi dan gusi
  • Menyokong kesihatan mata
  • Membantu penyembuhan luka
  • Memberikan tenaga

Bila tengok dari manfaat Eskayvie Diffenz Junior ni, lebih kurang sama dengan vitamin tambahan yang kami selalu beli untuk anak-anak kat farmasi. So, CikSha rasa tak jadi masalah kalau kami laki bini beri Eskayvie Diffenz Junior untuk anak-anak pulak. Lagipun macam lagi jimat dan berbaloi sebab bahan-bahan dalam vitamin ni pun pada CikSha cukup lengkap nutrisi yang dibekalkan.


Bahan-bahan utama dalam Eskayvie Diffenz Junior


6 bahan utama yang terkandung dalam satu tablet Eskayvie Diffenz Junior adalah Cendawan Susu Harimau, Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Jom kita teliti apa kelebihan daripada setiap bahan utama vitamin ni. 
 
 
 



1. Cendawan Susu Harimau

CikSha baru tahu kewujudan cendawan susu harimau yang unik ni. Cendawan ni dikatakan hampir pupus dan hanya boleh dijumpai di kawasan bersuhu lembab dan sejuk terutamanya di Banjaran Titiwangsa. Turut diiktiraf sebagai Harta Karun Negara lagi sebab susah nak dapat.

Tapi dengan sains dan teknologi yang dah maju sekarang ni, cendawan susu harimau telah dikultur dan dikomersialkan. Maka terhasillah Eskayvie Diffenz Junior ni.

Banyak khasiat tau cendawan susu harimau ni. Antaranya ialah:
- Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
- Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
- Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
- Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
- Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.


2. Multivitamin dan mineral

Multivitamin dan mineral sebenarnya sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. CikSha dapat info ni dari pakar pemakanan yang anak-anak CikSha sendiri kena jumpa setiap kali check up dorang di klinik kesihatan bila ada masalah part kenaikan berat badan.

Walaupun anak-anak CikSha memang jenis pemakan dan bukan picky eater, tapi mungkin pemakanan yang diambil tidak mencukupi untuk bekalkan nutrisi yang secukupnya. Sebab itu la kami digalakkan bagi vitamin tambahan pada anak-anak.

Multivitamin dan mineral ni adalah nutrisi yang mengandungi banyak vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan yang menyebabkan kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum anak-anak.

Antara kebaikan Multivitamin dan mineral:

- melengkapkan keperluan nutrisi
- menyokong penglihatan
- merangsang sistem imun badan (immunomodulatory)
- melindungi diri daripada jangkitan
- membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
- membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf


3. Kolostrum

Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia turut dikenali sebagai cecair emas dan amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).

Ini antara kebaikan kolostrum:
- meningkatkan sistem imun badan
- melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan
- kesan anti-mikrob dan anti-virus
- melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit
- menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat

Alhamdulillah anak-anak CikSha semuanya dah dapat kolostrum awal lepas lahir lagi dari susu badan memandangkan semuanya menyusu badan sepenuhnya. Memang terbukti yang dorang sangat jarang sakit. Tapi bila dah meningkat besar ni, tak salah rasanya untuk topup kandungan kolostrum dalam badan dorang kan? Kolostrum dalam produk-produk vitamin ni yang CikSha tahu dari susu lembu. Jadi tak perlu bimbang. 
 
 
 

 


4. Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)

Ini lagi satu bahan dalam Eskayvie Diffenz Junior yang baru pertama kali CikSha tahu. Camu-camu, dikenali juga sebagai Myrciaria Dubia merupakan buah yang tipikal di rantau Amazon dengan kandungan vitamin C yang tinggi dan mudah diserap, berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas.

Banyak kajian mendapati buah camu-camu mempunyai kandungan Vitamin C hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren. Wow! 
 
Ia juga mengandungi mineral seperti Zinc, Magnesium dan Manganese. Buah camu-camu turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic dan asid ellagic. Semua ini sangat bagus untuk menguatkan sistem imun badan. Patut la buah ni juga dikenali sebagai superfood. Bukan kaleng-kaleng dia punya kandungan dan khasiat.

Ini adalah kebaikan Buah Camu-Camu:

- Menguatkan sistem imun
- Antioksidan dan anti-radang
- Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
- Menstabilkan tekanan darah tinggi
- Merangsang penghasilan kolagen
- Mengawal gula darah


5. Vitamin C

Semua sedia maklum dengan kebaikan vitamin C. Vitamin ini dapat memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Vitamin C memberi kesan kepada pelbagai komponen maklum balas daya tahan badan dan ia mempunyai khasiat anti-viral.

Walaupun vitamin C mudah didapati kerana terdapat dalam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran semula jadi, khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat, pengambilan vitamin ini mestilah dalam jumlah yang mencukupi. Dengan meningkatkan pengambilan vitamin C, ini boleh memberi manfaat kepada golongan berisiko terdedah kepada jangkitan.

Vitamin C juga penting untuk merangsang pembentukan kolagen, membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan penyerapan zat besi.  


6. Vitamin D

Vitamin D juga sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Ia membantu untuk fungsi tulang, kalsium dan metabolisma badan. Sebenarnya, untuk mendapatkan sumber vitamin D adalah sangat mudah kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari secara direct bermula waktu pagi sekitar jam 10:00 pagi sehingga jam 3:00 petang.

Tapi tidak lah semudah yang disangka juga sebab anak-anak kalau bersekolah, gelap-gelap lagi dah ke sekolah. Balik rumah pun dah petang. Tak sempat nak dapatkan vitamin D. Hihi. Sebab itu la vitamin D dari sumber makanan menjadi salah satu bahan utama yang terkandung dalam Eskayvie Diffenz Junior.
 
 

 


Lindungi Anak Yang Dikasihi dengan Eskayvie Diffenz Junior


Pada pandangan CikSha, harga Eskayvie Diffenz Junior ni sangat mampu milik. Tidak terlalu mahal jika nak dibandingkan dengan khasiat yang ada di dalamnya. Pelaburan yang berbaloi untuk kesihatan anak-anak. Kita pun takda la bimbang sangat bila nak bawa anak-anak keluar pergi sana sini di musim covid ni kan. Dah ada perisai yang bekalkan anak-anak kita dengan khasiat untuk perlindungan sistem imun dorang. 


CikSha pun nak dapatkan juga vitamin tambahan ni untuk anak-anak CikSha. Dorang memang suka sangat la kalau dapat makan vitamin macam ni. Dah serupa makan ceklat. Tambah pulak tablet vitamin rasa oren. Favourite dorang la tu. Jenuh nanti nak kena sorokkan.
 

Jom korang kita beli berjemaah. Harga untuk Eskayvie Diffenz Junior ni cuma RM60/botol. Kalau beli kombo 2 botol dapat harga RM100. Berbaloi kan? 


Nak info lebih banyak, korang boleh layari laman web dan media sosial di bawah okay!

Website: https://diffenzjunior.com/
Fb Page: Eskayvie Malaysia - https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official
Instagram: Eskayvie Malaysia - https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/

#Eskayvie #EskayvieDiffenzJunior #DiffenzJunior #KitaIkhtiar


Bisik-bisik :: Topup keperluan vitamin untuk anak-anak dengan nasihat doktor atau pakar pemakanan tau. 

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan