Teknik Wean Off Anak Menyusu Tanpa Petua Yang Pelik-pelik

Assalamualaikum. Hai!


Dah masuk bulan Disember dah kita. Sekejap je dah nak berakhir tahun 2021 ni. InsyaAllah bulan ni nanti ada hari special satu-satunya anak dara CikSha tu ha. Lebih kurang 5 hari lagi genap la umur dia 4 tahun. Tak lama dah tu kan. Masuk tahun 2022 dah kena jadi 5 tahun. Masih menten kecit dia tu. Nak buat macam mana, dah memang baka kecit ikut sebelah omaknye. Dulu omaknye kecit jugak. Sekarang pun masih kecit cuma udah mengombang. Hihi. 


CikSha dan encik CH plan nak sekolahkan dia awal sikit. Masuk pra sekolah. Bimbang jugak dia ketinggalan kan sebab musim covid ni sekolah pun macam tak sekolah. Kesian pulak kat dia nanti. Tapi itulah, masih dalam perancangan. Hati mak nya ni ada rasa paranoid jugak nak hantar. Adoii. Bila la nak berakhir serangan si virus ni.


Sembang pasal budak bertuah sorang ni tetiba rasa nak kongsi pulak tentang perjalanan CikSha wean off kan anak-anak dari menyusu badan. Setakat anak dah masuk 4 orang ni, memang tak pernah lagi kongsi kat blog kisah perjalanan breastfeeding CikSha. Sebenarnya CikSha ada rasa segan sikit nak bercerita. 


Entah. Memang la boleh dijadikan panduan buat ibu-ibu lain. Tapi itulah. Agaknya sebab CikSha taknak ada ibu-ibu yang tak dapat susukan sendiri anak depa rasa kecil hati. Ye la kan, bukan semua orang dapat merasa rezeki yang satu ni. Ada yang struggle nak susukan anak sendiri, tapi takda rezeki. Bukan depa taknak pun kan. 


Cuma itulah, ada segelintir yang suka kecam ibu-ibu ni macam buat dosa besar pula bila tak menyusukan anak-anak dengan susu badan dan beri susu formula. Haishhh. Tak faham betul dengan manusia jenis yang suka mengecam sesuka hati ni. Cepuk baru tau!


Jadi CikSha minta maaf awal-awal la ye kalau ada yang tak senang dengan entri CikSha ni. CikSha coretkan untuk kenangan CikSha juga. Tulis kat blog senang nak cari. Harapnya kalau ada ibu-ibu yang tak dapat merasa journey breastfeeding ni tak kecil hati la dengan penulisan CikSha. Sori tau!






Dapat Menyusukan Anak Itu Rezeki



Ya. Semua ni adalah rezeki dari Allah. Allah yang izinkan. Kalau bukan rezeki, kita usaha macam mana pun, dah Allah tak izinkan tetap tak dapat juga. Jadi buat ibu-ibu yang tak dapat menyusukan sendiri anak-anak janganlah rasa sedih tau. Awak bukan ibu yang gagal. Takmau dengar cakap-cakap orang yang negatif tu okay.


Macam CikSha sendiri, alhamdulillah CikSha Allah bagi rezeki untuk menyusukan anak-anak sepenuhnya. Dari anak sulung sampai la yang ke empat sekarang ni. Itu bahagian rezeki CikSha dan anak-anak. Rezeki suami CikSha juga, dapat ringankan beban dia dari kos beli susu formula. Maklum la dia kerja sendiri je sejak 5 tahun lalu lepas kami dapat yang special sorang tu, si encem Iman. 


Semuanya bersebab kan? Macam ibu-ibu yang tak dapat susukan anak tu mungkin sebab dia ada masalah kesihatan ke, badan dia tak dapat nak produce susu ke, kita bukan tahu pun. Allah je yang tahu apa yang terbaik buat ibu dan anak. Beri susu formula bukan la satu dosa. Asalkan anak dapat nutrisi secukupnya. Tapi kalau Allah rezekikan dapat susukan anak dengan susu badan sendiri, kita wajib syukuri dan bagi anak hak dia. 


Teknik Wean Off Tanpa Petua Yang Pelik-pelik 


Bila menyusu badan ni, part nak wean off yang paling mencabar sekali. Sebab bonding antara ibu dan anak tu kuat kan. Tambah-tambah yang fully direct breastfeed. Fuhhhh. Jenuh la jugak. Kalau anak-anak CikSha, sepanjang tempoh nak wean off tu memang hari-hari la depa duk berzikir mintak. Tapi CikSha keraskan jugak hati walaupun ada la rasa macam nak mengalah.


Setakat ni tak pernah lagi la 'tipu' anak-anak masa usaha nak wean off tu. Macam letak itu ini ikut petua orang bagi. Tak sanggup nak buat camtu. Takpa la kita usaha cara lain. Cuba sampai berjaya. CikSha tak cakap ikut petua tu salah. Atas diri sendiri. Macam CikSha, takpa la susah dan lambat sikit nak bagi anak 'lepaskan'. Cuba dulu cara selain itu. InsyaAllah akan dipermudahkan.


Abang Adan wean off umur 2 tahun 7 bulan. Si encem Iman, 2 tahun 8 bulan. Cik Merah je over sikit, 2 tahun 11 bulan 2 minggu. Mungkin sebab bonding lagi kuat dengan ummi. Dia sorang ja yang tak berkongsi menyusu dalam tempoh lama. Masa baby je kongsi kejap dengan si encem Iman.


Inilah budak-budak nye. 




Setakat ni untuk 3 beradik tu memang menjadi la cara yang CikSha cuba buat untuk wean off. Teknik naturally tanpa petua yang pelik-pelik. Tak buat apa sangat pun rasanya. Ini je yang CikSha duk buat:

💞 Alihkan perhatian.
- Bila anak mai mintak, CikSha ajak depa buat benda lain. Bagi ralit, nanti depa lupa la. Repeat je buat. Lama-lama nanti slowly depa dah tak mintak.


💞 Minta tolong suami tidurkan.
- Bila nak tidur, minta encik CH yang tidurkan depa. Yang ni memang kena slow talk dengan suami nak minta kerjasama dia bantu kita dalam proses wean off. Alhamdulillah encik CH sangat cemerlang dalam membantu. Kalau korang PJJ dengan suami, CikSha rasa teknik kat bawah ni membantu juga. Kena kuatkan hati ja buat. 


💞 Selalu slow talk bagitau depa dah besar.
- Bila depa mintak, CikSha slow talk la kata depa dah besar dah. Gigi dah banyak nanti ummi sakit. Badan pun dah panjang separuh dari ummi. Tak boleh dah nak ngempeng. Lepas tu, peluk je bagi depa lepaskan rasa ketagih tu. Selalu menjadi je. Alhamdulillah.


Rasanya 3 teknik ini je la yang CikSha usaha buat dalam proses wean off. Kalau mak-mak lain nak cuba, dipersilakan. Cuma cara ni memang kena kuat semangat sikit sebab memang makan masa nak berjaya. CikSha pun rasanya dalam 2 minggu jugak la. 😅


Proses wean off ni selalunya mencabar bagi yang fully direct breastfeed. Yang campur bagi direct dengan botol mungkin tak jadi masalah sebab botol membantu sangat. Betul tak? 


Kalau ada yang nak kongsi pengalaman pun, dipersilakan juga. Mana tahu ada cara lain yang mak-mak amalkan. Boleh jadi panduan untuk orang lain yang membaca posting CikSha ni. Sharing is caring kan? ❤️



Bisik-bisik :: Rezeki Allah bagi peluang menyusukan anak-anak

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan