Beg Kecemasan Bencana Penting Untuk Survival

Assalamualaikum. Hai! 


Kalau hangpa perasan, bila ada bencana kat mana-mana, ramai la netizen yang jadi keyboard warrior. Duk caci maki tulis ayat dan perkataan yang kasar. Mencarut. Dah macam 'makanan'. Hangpa ingat orang-orang besar tu heran? Takdanya. 


Kita selalu nak salahkan pihak lain. Padahal kalau kita sendiri bersedia, bukan jadi masalah pun. Lagipun kita sendiri tahu setiap hujung tahun Malaysia akan ditimpa bencana banjir. Hujung tahun kan memang musim hujan. Kita sepatutnya dah alert dan berada dalam keadaan siap siaga. 


Sekarang ni kita memang tak boleh jangka dah kawasan mana yang akan ditimpa banjir. Tambah-tambah kawasan rendah. Pembangunan merata-rata. Sistem pengairan pun takkan mampu nak tampung lebihan air kalau hujan turun tak berhenti.


Sudah-sudah la nak salahkan kerajaan ke, ahli politik lembab nak mampuih bertindak ke, lantak pi kat depa. Buat apa nak sakit kan hati sendiri. Dah sedia tahu dah tindakan depa memang lambat. Jadi, KITA SENDIRI YANG KENA BERTINDAK untuk keselamatan diri dan keluarga.


Nah! Ini panduan untuk semua buat persediaan nak hadap bencana. Next time dah boleh bersedia awal-awal. Dah tahu bulan 10 ke atas akan hujan non stop, boleh dah start sediakan semua ni. Letak kat tempat yang mudah nak capai. Contohnya kat tepi pintu masuk rumah. 





BEG KECEMASAN BENCANA


1. Dokumen Penting


Masukkan semua dokumen penting (sijil lahir, sijil kahwin, sijil mati, geran rumah, geran kenderaan, geran takaful/hibah, wasiat, apa-apa je la yang penting) dalam satu plastik berzip.


2. Pakaian


Baju, seluar, sweater, stokin, spentot, baju kecik secukupnya untuk survive. Jangan la nak bawak 1 almari pulak. 2 3 persalinan okay dah untuk buat ganti sementara duduk kat pusat pemindahan sementara tu. 

Telekung takyah ke? Amboi. Pepandai la pikiaq sendiri. Takkan semua nak tolong senaraikan. Bencana bukan bermaksud  hang takyah solat pulak na. Dah sampai tempat perlindungan yang elok keadaannya tu, solat la ye. Ompompuan memang renyah sikit. Banyak nak kena sedia. 


3. Kit Ubatan


Sedia pi la panadol, plaster, ubat luka sikit. Persediaan kendiri sebelum dapat bantuan dari ahli perubatan. Yang ada penyakit kena makan ubat jangan lupa pulak ye masukkan sekali ubat-ubatnya.


4. Makanan Ready To Eat


Yang ni paling penting sekali. Jenuh kelaparan nanti. Dah la sejuk. Sedia makanan yang tahan lama boleh makan terus dan dapat bagi energy sementara/panaskan badan. 
Contoh : Biskut, Coklat, Kekacang, Kurma


5. Air Mineral/Masak


Jangan lupa sediakan air bersih juga. Musim-musim banjir ni kan. 1 botol besar dah cukup untuk diri sendiri. Buat sementara waktu sebelum dapat bantuan kecemasan.


6. Kit Kecemasan


Lagi satu yang sangat penting juga. Wisel, lampu suluh dan bateri. Andai kata kita terkandas dalam keadaan gelap waktu malam ke, at least benda ni dapat tolong kita minta bantuan. 


7. Power bank


Phone sekarang bateri tak berapa tahan lama. Power bank penting jugak untuk kecemasan kalau bateri phone dah nazak. Walaupun mungkin internet takda, sekurang-kurangnya boleh call kecemasan 999 tu.


8. Kit Keselesaan


Selimut dan tuala tu kena ada juga untuk rasa selesa sikit. Sejuk ada selimut. Basah ada tuala. Plastik pakai buang penting juga untuk letak 'sampah' dari kita macam pampers anak, pad, bungkusan makanan dan lain-lain. Jangan pi buang merata dan buat sepah kat tempat kita tumpang berteduh sementara tu pulak ye.


9. Kit Kebersihan


Dah hujan mesti sejuk nak mandi kan? Takpa. Sedia je. Mungkin berguna. Sabun, berus & ubat gigi, pencuci muka, hand sanitizer, wet tissue, pad/pantyliner. Ni antara barang asas untuk kebersihan diri. At least mulut tak berbau walaupun tak mandi. 😌


Oh. Terlupa lagi satu. Mask/topeng muka penting jugak sekarang ni. Letak dalam kit ubatan. Jangan lupa tau!


Macam banyak je. Muat ke semua ni dalam beg? InsyaAllah muat. Pakai beg galas travel/hiking tu.


Untuk anak-anak yang dah sekolah, boleh sediakan juga 1 beg untuk depa. Boleh guna beg sekolah. Takda la semua sumbat dalam beg kita kena galas. Untuk anak-anak cukup sediakan yang 2, 4, 5, 6, 8, 9. Paling penting wisel tu. Kalau terpisah tanpa sengaja sebab kalut sangat dan cemas keadaan tak terkawal, wisel ada. Pesan kat depa untuk guna wisel tu. Kena ajar anak skill survival


Lagi satu, semua barang ni pastikan letak dalam plastik dulu sebelum masuk dalam beg. Tujuan nya untuk elakkan terkena air dan basah.


Apa-apa pun, hati-hati ye semua. Jaga keselamatan. Lupa kan dulu harta benda. Nyawa dan keselamatan lagi utama.


Dah ada beg kecemasan bencana ni sekurang-kurangnya dapat survive. Lepas tu jangan duk melangut ja kalau dah tengok air naik tu. Tolonglah fikirkan keselamatan. LARI PERGI TEMPAT SELAMAT SEMENTARA BOLEH BERGERAK SENDIRI. Nak tunggu air naik tinggi lepas tu harap bantuan mai cepat, sat lagi lambat sampai hangpa bising. 


Satu je nak pesan, stop blame others! Tak penat ke asyik salahkan pihak lain? Prepared yourself. Beg kecemasan bencana ni berguna bukan untuk banjir je. Apa-apa bencana yang menimpa InsyaAllah beg ni boleh jadi survival kit untuk kita. 


Allah dah bagi peringatan dengan bencana banjir setiap tahun pun tetap kita semua ni duk mendongak langit tak insaf-insaf lagi. Duk pompang tak habis maki hamun kat socmed. Persediaan nak mengadap bencana tak buat jugak. Yang mampu bagi pertolongan kat yang ditimpa bencana pun non hado bertindak duk hingaq kat socmed ja. Haishhh! Ku cepuk memasing sat lagi baru tau. 


Bisik-bisik :: Simpati dan empati dengan yang terlibat dalam bencana

#Awareness #MusimBanjir #MusimTengkujuh

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. mencegah dari awal lebih baik kan. kami pun ada beg kecemasan ni. cuma barang2 je tak letak siap2. cuma letakkan setempat. nanti senang nak capai dan ambik bila nak guna

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan