Sup Ikan Talapia Gerenti Sedap

Assalamualaikum. Hai! 

Lama tak kongsi air tangan CikSha kan? Hari ni CikSha masak Sup Ikan Talapia. Bosan dah asyik goreng je ikan talapia nye. Takpun buat masak stim halia. Nak buat masak 3 rasa, anak-anak tengok merah menyala kuahnya memang harapan la depa nak makan. Rela makan nasik kosong letak kicap je. Sabar je leeee. So, jalan mudah kita buat sup la pulak. Anak-anak suka makan sup. 

Hangpa nak ke resipi? Masak cincai-cincai je CikSha ni. Campak-campak, tau-tau dah siap. 😆 Maklum le wanita terbizi di abad ini. Masak pun ikut suka hati je. Hihi. Kalau hangpa nak tiru style CikSha masak, boleh follow resipi kat bawah ni okay! 


MENARIK UNTUK DICUBA!


RESIPI SUP IKAN TALAPIA

Bahan-bahan :

Seekor ikan talapia dikerat-kerat. Sebab ikan ni besar. Kalau awak nak guna ikan yang comel-comel pun boleh je. Jangan lupa bagi dia mandi dalam rendaman air asam jawa dulu eh nak bagi hilang lendir. 

Sebiji ubi kentang kerat suka hati bentuknya.

1/2 biji lobak merah kerat la bentuk camna pun awak nak kerat. Panjang ke bulat ke. Jangan letak seketul camtu je dah le. Pemalas betul awak eh. 😅

Halia 1 inci. Hiris le bagi kurus panjang camtu. Bagi nampak comel sikit.

1 biji bawang merah kecil. Hiris la nipis-nipis ye.

3 ulas bawang putih. Hiris nipis juga ye. CikSha malas jadi i ketuk je bawang putih itu. 😆

1 uncang sup bunjut.

1/2 limau nipis. 

Air, minyak, garam, gula secukupnya. 




Cara masak :

1. Kuali dah panas tu, awak letak la minyak sikit. Lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, halia sampai naik bau. Pepandai le hidu baunye dah naik ke belum. 😆

2. Masukkan air secukupnya. Macam CikSha tadi letak air 2 gelas camtu. Err..bab ni kena pepandai la adjust eh nak kuah melaut ke tidak. 

3. Masukkan ubi kentang dengan lobak merah.

4. Test cucuk dengan garpu, ubi kentang dengan lobak merah dah empuk ke belum. Kalau dah empuk boleh la masukkan ikan. Sup bunjut jangan dilupa.

5. Dah nampak ikan masak tu letak la garam dan gula secukup rasa. Lepas tu picit air limau nipis sikit. Adjust la rasa tu eh sampai kena selera. 

6. Siap! Boleh le makan dengan riang gembira.


Haaa..senang tak? Gitu le resipi campak-campak CikSha. Masak versi sihat gitu. Sup-sup je senang. Anak-anak tak makan pedas gini je la lauk boleh masak. Orang dewasa nak makan pedas, ambik le budu kenyet lada buat cicah ikan. Gituhh. Tak pun sambal hitam hat tukang masak ni jual pun boleh. Tapi takde stok la pulak. 😂


Bisik-bisik :: Chef kesayangan family je. 

9 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Ikan tilaia merah ni wak minat goreng aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah puas makan goreng wak.. Tu buat sup pulak..hihi.. 😂

      Padam
  2. sama ngan wak, kalau ayu pun goreng garing2..makan plak panas, dap dap. tapi mcm sedap jugak nampak sup tu..emmmm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goreng garing2 pastu dengan ekor sirip dia pun kita makan kan ayu? Hihi.. Puas dah makan yang goreng je ayu.. Tu yang buat sup pulak..

      Padam
  3. Asalamualaikum..takdirNya jumpa blogger terhebat ini. Subahanallah blog penuh dengan warna warni ilmu..
    dah follow ya. Teruskan berkarya. Jalinkan hubungan baik sesama blogger komuniti manusia dan memanusiakan menerusi blog.

    BalasPadam
  4. Resipi..teringat kemarin makan sup ikan air tawar ibu suri sini..humm sedap

    BalasPadam
  5. Tak pernah buat lagi...boleh cuba ni...

    BalasPadam
  6. Suka makan sup ikan air tawar ni...goreng ikan masak sos..pun ok suga sedap

    BalasPadam
  7. wahh,...macam sedap jah tuuu.. cikma xrajin lagi buat sup ikan talapia... tepat lagi memg jarang buat sup ikan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan