Blogger atau Influencer?

Assalamualaikum. Hai!


It's August already guys. My favourite month. Ada 2 hari istimewa yang akan CikSha celebrate bulan ni. Can't wait! Hihi. Korang pun mesti ada favourite month kan? Terutama sekali kalau berkaitan dengan birthday dan anniversary. Same goes to me. Bulan ni adalah bulan kelahiran CikSha dan juga ulangtahun perkahwinan dengan encik CH. Alhamdulillah. Masih dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk meraikan. Syukur. 


Dan diam tak diam, tahun 2021 ni dah 12 tahun CikSha dalam dunia blogging. Macam tak percaya! Dari tulis blog suka-suka untuk isi masa lapang sebab masih menganggur tahun 2009 lepas graduate. Sekarang masih lagi setia menulis di platform blog dan dah berjaya menjana pendapatan secara sampingan. 
 
 
Siapa sangka kan? Dari hobi dan minat, ada peluang untuk cari income dengan jadikan penulisan di blog sebagai kerjaya. Nampak macam mudah. Tapi hakikatnya, tidaklah semudah yang disangka.




Seronok ke Jadi Penulis Blog?


Bagi yang suka menulis dan berkongsi, medium blog memang sangat sesuai dijadikan platform. Seronok sebenarnya dapat kongsi penulisan kita dengan pembaca. Tapi tak semua juga mampu menulis dengan baik dan mendapat pembaca atau pengikut setia yang akan sentiasa follow penulisan kita. 


Cara penulisan sangat memainkan peranan. Bila pembaca dah terpikat, bukan penulisan di blog je mereka akan ikut, malah sehingga ke media sosial personal penulis mereka akan turut ikut juga. Sebab tu kalau perasan, kebanyakan blogger secara tak langsung akan jadi influencer tanpa sedar.
 
 
Pada pandangan CikSha yang memang sangat obses menulis ni, menjadi penulis blog tentulah seronok. Kena dengan jiwa. Lagipun menulis merupakan salah satu terapi bagi diri CikSha sendiri. CikSha pun sangat suka berkongsi tentang kehidupan dan pendapat peribadi tentang sesuatu dengan pembaca blog ni. Macam beri satu kepuasan. 
 
 
Dari medium blog ni juga CikSha dapat ramai kenalan baru yang follow kisah si encem Iman, anak istimewa Sindrom Down CikSha. Seronok bila dapat kongsikan pengalaman peribadi yang mungkin sama dengan orang lain dan dapat bantu mereka tanpa sengaja.

Blogger atau Influencer?


Memang ada blogger yang kekal menjadi penulis di blog saja. Menulis santai-santai tentang kehidupan sendiri tanpa terjebak untuk mengambil upah menulis sebarang review berkenaan produk atau servis di blog atau media sosial personal. Kekal menjadi penulis blog yang low profile.
 
 
Ada juga blogger yang bijak mengambil peluang dengan menjadikan platform blog sebagai lubuk untuk mendapatkan income sampingan. Kebanyakan blogger kategori ini, aktif juga di media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter. Aktif membuat review berbayar di blog dan media sosial.


Macam CikSha maklumkan awal tadi, ada sesetengah blogger akan jadi influencer secara tak langsung. Berbeza ke blogger dengan influencer? Tak jugak. Ada perbezaan tapi tak ketara. Blogger tetap dalam kategori influencer pada pandangan CikSha. Walaupun tak mengambil upah berbayar menulis artikel review, mungkin ada penulisan kehidupan peribadi kita di blog yang menjadi rujukan pembaca dan mempengaruhi mereka. Mana tahu kan?
 
 
Jadi CikSha ni blogger atau influencer? Entah. Maybe both. Hihi. Sebab CikSha memang aktif menulis artikel berbayar di blog. Antara artikel review berbayar yang CikSha pernah tulis untuk client ialah fashion review, product review, hotel/homestay review, bisnes/servis review, food/restaurant review, website review dan event review. Kadang-kadang ada jugak ambil job untuk review di media sosial seperti Facebook dan Instagram. Tapi CikSha lebih suka dikenali sebagai blogger. Influencer di media sosial sekadar sampingan saja. Benda boleh jana income, jadi kita pulun je la buat. Hihi.





Pencapaian Sebagai Blogger/Influencer


Sebagai seorang blogger yang dah 12 tahun menulis blog ni, pencapaian yang mungkin boleh dibanggakan ialah dari blogger biasa-biasa upgrade jadi micro influencer. Kenapa micro influencer? Sebab follower CikSha takde la ramai sangat pun. Kalau dulu, CikSha menulis sekadar berkongsi kisah peribadi, kerjaya dan juga pendapat. Sekarang dah tambah sikit dengan menulis artikel review berbayar.

         
Skill menulis masih kekal santai, tapi dah pandai selit-selit sikit skill menulis artikel mesra SEO. Bagi seorang blogger yang sekaligus dikategorikan sebagai influencer, menulis artikel yang mesra SEO sangat penting tau. Ye la, kita mesti nak artikel review yang kita tulis mudah dicari oleh pembaca kan? Client pun mesti happy nak buat long-term collaboration dengan kita. Alhamdulillah setakat hari ni, banyak dah brand besar di Malaysia dan luar negara yang dah berkerjasama dengan blog CikSha ni. 

Sampai Bila Nak Jadi Blogger?


Selagi masih bernyawa, insyaAllah. Jiwa dah sebati dengan menulis. Mungkin satu hari nanti dah tak jadi influencer untuk menulis artikel review. Tapi yang pasti CikSha akan tetap menulis di blog ini selagi terdaya. Semoga penulisan CikSha menjadi saham untuk dibawa ke akhirat sana nanti.


Andai dah sampai masa kembali kepadaNya, blog ni CikSha dah plan nak amanahkan pada anak dara yang seorang tu. Harapnya dia sudi la manage blog ummi dia ni.


Bisik-bisik :: Terapi yang paling best adalah menulis.

8 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Alhamdulillah.. tahniah ciksha.. teruskan menulis dan berkongsi ilmu

    BalasPadam
  2. dunia blogger mmg best .. rasa seronok bila buat sesuatu yg kita suka

    BalasPadam
  3. entah lah...rasa nak jadi low profile buat beberapa menjak, tapi ermm susah nak tolak bila ada review masuk...walopun tak berbayar..

    BalasPadam
  4. Seronok jadi blogger sebenarnya kan. Ada banyak cabang rezeki yang kita tak jangka ada rupanya...

    BalasPadam
  5. Asalam...aduhai..seronok membaca hingga ke akhir artikal ini.
    Dapat satu sentuhan semangat dari blogger Shah. "menulis blog adalah umpama terapi" Subahanallah Etuza tersetuju. Minda sihat terarah untuk otak tak berkarat. Kan...

    BalasPadam
  6. InsyaAllah... niat baik2.. kongsi yang baik2.. cikma pon sama.. mcm mana laa leh terjebak.. yg xtahan tuu sampai skrg walaupun malas nk juga menulis,, tak menulis rasa rindu kt blog..kih3

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan