Assalamualaikum. Hai!
Lama terbiar sepi kejap blog kecintaan hati ni. Nak kata sibuk sangat tu tak jugak. Sebenarnya CikSha dalam tempoh berpantang. Alhamdulillah dah selamat melahirkan bodyguard ke-3 anak yang ke-4 awal bulan Jun yang lalu. Hari ni dah hari ke-24 CikSha berpantang. 20 days more to go. Nanti la eh CikSha update pasal si boboy ni. Lepas habis pantang la kot.
Entri kali ni nak kongsi dengan korang pasal satu platform online game yang best la jugak kalau nak spend masa terluang. CikSha tahu pasal website ni dari kawan blogger jugak. Bila CikSha skodeng je situ, memang menggamit memori sangat. Teringat zaman belajar kos Multimedia kat UMS dan masa aktif join bengkel multimedia lepas habis belajar konon nak dapatkan geran kerajaan untuk bina platform game sendiri dengan kawan-kawan seperjuangan yang dah tenggelam pun impian itu. Hihi.
CikSha pun dah lama gila tak aktif main game online. Kali terakhir duk rajin spend masa terluang main game online masa bujang dulu kat Facebook. Memang kalau stress kerja, game online kat situ la CikSha duk perabih masa mengadap sampai puas. Tak ingat dah nama game yang duk main tu dulu. Lama sangat dah pun. Dah takda dah game kat Facebook. Jadi sekarang kalau nak main game online, CikSha akan terjah Plays.org.
Plays.org - Platform Online Game Yang Menarik Wajib Cuba
Apa dia Plays.org ni sebenarnya? Plays.org ni sebuah website yang mengumpulkan pelbagai jenis game yang boleh kita main secara online tanpa perlu di muat turun terlebih dahulu. Percuma je tau. Tak perlu daftar ke apa. Buka je website tu, pilih je game apa nak main. CikSha dah pun cuba beberapa jenis game yang ada kat situ. Best!
Bila terjebak main game online kat Plays.org ni, dia jadi macam gian camtu. Lepaskan segala rasa sambil main bermacam jenis game yang ada. Sebab dah lama tak main game kan? Serius ralit sangat weh mengadap game kat situ.
Lagipun game kat website ni simple gila. Lebih kurang macam game flash yang CikSha ada simpan dalam desktop masa zaman study dulu. Very easy and enjoy to play. Gituuu.
Banyak jenis game yang ada kat situ. Hampir 200 lebih tau. Dah la setiap hari akan di update dengan game yang baru. Rambang mata nak pilih main yang mana. Sebab sekali dah main jadi ralit. Tak sedar masa berlalu. Sebab nya takda iklan yang mengganggu waktu kita tengah main game tu. Website ni memang bersih dari sebarang iklan tau. Tu yang jadi tak sedar diri main game. Berhantu betul la haiii.
Game yang sesuai untuk bebudak pun banyak gila pilihan. Kalau dah bagi anak-anak main, memang kematu bontot la dorang duk mengadap langsung tak bergerak. Kena kita ada sama pantau. Ralit main sampai nak kencing pun boleh tahan. Itu anak CikSha la tu si abang Adan tu. Sabar je la.
Game pilihan penulis blog di Plays.org
Haa, meh sini CikSha nak kongsi dengan korang game yang jadi kegemaran CikSha kat Plays.org ni. Serius memang ralit gila bila dah start main. Biar korang pun terjebak sama. Hihi.
1. Sudoku
Haishhh. Sesungguhnya diri ini memang hantu Sudoku dari dulu kini dan selamanya. I love numbers!
CikSha kalau dah dapat main game Sudoku memang ralit okay. Tak peduli sekeliling dah. Obses sangat tau. Dulu buku Sudoku yang paling tebal tu sanggup CikSha mengadap berjam-jam nak perabih buat semua. Bila dah ada smartphone, siap download lagi aplikasi game Sudoku sampai berat memori phone. Gila betul!
Sekarang, bila dah kenal Plays.org, ada pulak game Sudoku memang hari-hari bukak main game tu je la. Hahaha. Tapi dah terkawal la obses. Ada limit time boleh main. Bila betul-betul ada masa terluang baru mengadap.
So, korang yang gila Sudoku jugak macam CikSha boleh la cuba main kat Plays.org pulak. Recommended! Klik link ni terus okay - ULTIMATE SUDOKU
2. Tap Supermarket
Bagi yang minat main game simulation, CikSha recommend sangat game Tap Supermarket ni. Simple game. Tapi kalau dah start main memang tak boleh nak stop. Rasa nak tambah lagi dan lagi dan lagi rak jualan kat dalam store tu. Best gila game ni!
Sampai encik CH tegur la bini dia ni, bila dia tengok ralit sangat main game tetiba. Kata kerja design berlambak, tapi sempat pulak nak mengadap game. Terjebak wei! Ampunkan daku. Berilah daku peluang melepaskan tekanan. Gituuu. Hahaha.
Korang nak main jugak? Boleh klik link ni - TAP SUPERMARKET. Jangan marah CikSha tau kalau korang ketagih.
3. Frogtastic
CikSha suka jugak main game tembak-tembak (shooting) sebenarnya. Tapi selalu pilih yang tak ganas la sebab i kan sopan santun lemah lembut orangnya. Contohnya macam Frogtastic ni. Hihi.
Game ni sebijik macam flash game Zuma World yang dah berkurun CikSha simpan dalam desktop. Syok main game ni. Ralit jugak kalau dah start main. Tambah bila tak berjaya tembak semua bola warna tu dan dia masuk menderu laju dalam lubang. Jadi geram!
Sekarang ni kalau nak main game ni tak payah dah CikSha nak buka desktop. Kat phone pun dah boleh main. Buka je website Plays.org, main online. Tak payah download atau install. Yeay! Nah link untuk korang pi main jugak - FROGTASTIC.
Ni antara 3 game yang CikSha kerap main la. Banyak lagi game lain yang korang boleh cuba. Nanti masuk website Plays.org tu, korang explore la puas-puas. Untuk anak-anak pun ada game yang sesuai nak bagi dorang main buat isi masa lapang sambil belajar. Macam yang berkaitan dengan math dan words. Bagus weh. Takda la buang masa sesaja. Pilih je yang mana bersesuaian untuk dorang main dan belajar.
Ni katanya sambung lagi kita kena berkurung. Boleh la lepaskan tekanan emosi dengan kelebet game kat website tu. Kurangkan rasa stress yang boleh mengundang macam-macam tindakan luar jangka. Bertabah je la kita ye. Bila la nak berakhir pandemik covid ni. Huhu.
Bisik-bisik :: Main game online ni kena beringat sama tau! Jangan ralit sangat sampai kerja apa pun tak buat okay.
Tags
website review
Wahh mengamit memori game2 ni dulu suka gak main game Online sebelum pakai HP canggih hahaha
BalasPadamTiba-tiba rasa nak main sudoku terus lepas baca ni. Zass..
BalasPadam