Raya Di Musim Covid Lagi

 Assalamualaikum. Hai!


Hari ni dah 8 Syawal. Masuk minggu kedua di bulan Syawal dah rupanya kita ni. Baby masih bergembira lagi dalam rahim ni. Tak tahu la bila dia nak keluar. Kita tunggu je la dia bagi hint. Semalam genap 38 minggu dah usia kandungan ni. Kebetulan semalam ada check up juga kat Klinik Kesihatan. Nurse duk ingatkan je la untuk bersedia sebab dah cukup term. Kepala baby pun dah enganged kat laluan. Alahai..berdebar pulak. Dah lupa teknik nak meneran walaupun baru 3 tahun lebih dari last pregnancy. Huhu. Doakan semoga urusan bersalin CikSha dipermudahkan ye.


Sebenarnya entri kali ni nak coretkan kenangan Raya Puasa 2021. Haruslah kan kita simpan dalam blog. Update pasal ni cepat sikit dalam blog untuk raya tahun ni. Takde la macam tahun lepas. Dah berkurun baru nak kongsi. Siap combine raya puasa dengan raya haji. Hihi. Kira ni macam dah insaf sikit la kot. Taknak buat entri basi lagi.

BACA JUGA : Memori Raya Di Musim Covid

Alhamdulillah,  syukur Allah masih beri kita kesempatan untuk sambut Syawal dalam keadaan yang aman dan selesa walaupun kena PKP kali ketiga. Nikmat mana lagi yang kita nak dustakan. Memang la sedih sebab tak dapat balik kampung dan berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik dan ibu bapa kita. Tapi tetap kena rasa syukur. Lebih-lebih lagi, kedatangan Syawal kali ni satu dunia digemparkan dengan keadaan hura hara di Palestin. Kesian saudara-saudara seagama kita di sana. Huhu.


CikSha dan encik CH yang disayangi.


Raya Di Terengganu Lagi

Ya. Tahun ni beraya di Terengganu lagi kami sekeluarga. Lagipun kalau ikut giliran memang kali ni Raya Puasa diraikan dengan family belah Terengganu dulu. Onz je. Asalkan dapat sambut kedatangan Syawal demi meraikan 'kemenangan' kita dapat menunaikan ibadah berpuasa dengan sempurna. CikSha dapat puasa penuh sebulan untuk tahun ni. Alhamdulillah. Allah permudahkan walaupun dalam keadaan memboyot ni.


Kalau yang dah lama follow CikSha, mesti dah tahu yang CikSha tinggal sebumbung dengan mertua. Dah masuk 8 tahun pun. Jadi, kami anak-beranak dapat la beraya bersama mertua berdua. Rezeki la tu kan. Mertua pun takda la sedih sangat 5 anak dan cucu-cucu yang tinggal kat Selangor tak dapat balik beraya. 


Kiranya kami sekeluarga jadi 'pengubat' hati depa la. Kakak ipar dan adik ipar yang kerja nurse kat sini pun ada juga. Depa berdua memang balik every weekend. Masa kerja je duduk kat kuarters hospital. So, masih dikira tinggal serumah jugak la walaupun masa weekend je depa ada kat rumah ni. Ada je tu bilik depa kalau nak mai spotcheck. 😆


Menu Raya 2021

Kalau tahun lepas CikSha buat Mee Kari Penang sebagai menu utama untuk sambut raya, tahun ni CikSha masak kuah lodeh dan sambal bilis dengan nasi impit je. Tekak makyong teringin sama. Tu yang gigih jugak nak buat walaupun tak larat sangat nak diri lama-lama. Kaki duk 'bengkak' penangan pregnant kali ni. 


Malam raya tu CikSha buat siap-siap sambal bilis dengan rebus nasi impit. Bahan-bahan dan sayuran nak masukkan dalam kuah lodeh pun CikSha sediakan malam tu. Lepas Subuh terus masak je tak payah dah kalut nak potong-potong sayur ke apa. Senang kerja. Juadah pun cepat je tersedia. Dah bersiap mandi sunat Raya dan pakai cantik-cantik, boleh dah mengadap makan sebelum beraya. Hihi.


Makyong pergi shopping bahan-bahan nak masak kuah lodeh.



Inilah menu utama juadah Raya Puasa 2021


Photoshot Raya

Dalam rumah memang tak berhias apa pun raya kali ni. Rumah besar weh. Makyong tak larat walaupun teringin nak bagi rumah mertua berseri di hari raya. Huhu. Mujur ada adik ipar dengan kak ipar. Depa la yang set up tempat nak beraya dan ambil gambar kenangan. Buat kat porch kereta je. Jadi le tu. Asalkan ada kenangan. 


Memula sesi bersalaman la kan. Takpe. Kami tinggal serumah. Kan boleh 'ziarah' dengan ahli keluarga dalam rumah je kalau ikut SOP. Ada la sesi berbagi duit raya juga. Ingatkan anak-anak je dapat duit raya. Kami mak pak nye pun dapat jugak mertua bagi. Kita bagi kat depa duit raya, depa pun nak jugak bagi kat kita duit raya. Ambik je la kan. Rezeki tu. Hihi. 


Lepas tu sesi ambik gambar la pulak. Berlonggok gambar. Tapi CikSha tak la nak kongsi semua. Ini la antara sebahagian gambar yang CikSha nak kongsi dengan pembaca blog ni dan simpan kat sini sebagai kenangan.


My lovely happy family



Anak-anak dengan mertua



Kami sekeluarga dengan mertua



Bergambar ramai-ramai


Itu la cerita raya puasa untuk tahun 2021 ni. Sambut ala kadar. Ada la buat video call dengan adik-beradik ipar yang kat Selangor tu. Bagi mak ayah mertua happy tengok depa di kejauhan. Mak kat Penang, CikSha call je. Mak CikSha old school. Dia tak pakai smartphone. Hihi. 


Kami kat sini pun ada kirim 'goodies raya' untuk family kat Selangor dan Penang tu sebelum raya. Sebagai tanda ingatan. Itu je la boleh buat kan. Harapnya tahun akan datang dapat la raikan Raya Puasa seperti kebiasaan dengan keluarga kita yang jauh-jauh. InsyaAllah.


Bisik-bisik :: Semakin mengganas dah si covid ni. Entah la bila nak berakhir.

2 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Selamat hari raya kaksha. Maaf zahir & batin. Sedapnya kuah lodeh dan sambal tumis tu. Gigih makyong masak sebab teringin. Alhamdulillah raya diraikan dengan meriah. Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin nanti. selamat berpantang juga & take care kaksha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya untuk fizah juga. Tu la tu. Tekak teringin pulak nak makan kuah lodeh. Itu yang gigihkan jugak masak. Hihi...

      Aminnnnn..terima kasih fizah doakan KakSha. Mudah-mudahan makbul.

      Padam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan