Terjebak dalam bisnes online

Assalamualaikum. Hai! 


Kita selalu dengar orang cakap kalau nak menjual ni kena jatuh cinta dulu dengan produk yang kita nak jual tu. Betul tak? Macam mana nak jatuh cinta? Kena guna dulu la jawapannye. Lepas tu selam habis-habisan pasal produk. Baru la mudah nak kongsi pasal produk bila kita dah kenal dalam-dalam tentang dia. Apa bahan-bahan terbaik yang terkandung dalam produk, benefit setiap bahan, dan lain-lain. Penting tu tau!


CikSha ni pun baru lagi berjinak-jinak dengan buat bisnes online juai produk. Baru la sangat. Hihi. Tapi itulah. Tak pandai sangat pun. Banyak lagi yang nak kena belajar. Bukan senang nak tackle hati orang untuk shopping dengan kita. Susah ooo. Nak kena pandai promote. Sekarang tak pakai dah istilah mulut manis. Jari yang kena manis nak taip ayat copywriting meleleh-leleh bagi orang baca sampai tergoda nak beli barang kita jual. Setakat kongsi gambar jarang la boleh pikat hati pembeli. Meniaga online kan? Lain sikit kaedahnya ikut jenis produk yang kita niagakan.


Sumber : Laman Web Remaja



Sejak bila eh CikSha terjebak dalam bisnes online ni? Hmm..rasanya lepas beranakkan budak Adan tahun 2014. Pernah join dropship produk kecantikan. Jenis supplement. Konon nak cari income sesambil jaga anak. Produk tu kawan blogger jugak yang keluarkan. Kiranya CikSha ni macam nak support bisnes dia yang baru nak bertapak. 


Tapi sayang, langsung tak di guide. Apa-apa pasal produk langsung tak diterangkan. Camne nak bermula bisnes online ni? Guane nak buat iklan? Noob gile CikSha hangpa ni masa tu. Nak menega tapi tak reti. Newbie kan memang le tak tahu ape-ape. Hihi. Dibior je terkapai-kapai kelemasan sendiri. Maka tenggelam la CikSha ke dasar. Gituuuu. Hiperbola sangat. Haha. Rasanya produk tu pun dah takde lagi kot. CikSha pun dah tak ingat apa nama produknya.


Lepas dari kegagalan tu, CikSha pun senyap la bab bisnes online ni. Ku gentel anak je setiap hari dengan gembira. Tunggu encik CH hulur pitis je tetiap bulan. Banyak ke sikit ke terima je seadanya. Isteri mithali kan. Hahaha. 


Ni la produk yang CikSha duk berdagang. Siapa nak cuba? Hihi.


Penghujung tahun 2016 camtu kembali terjebak dengan bisnes online bila member zaman sekolah rendah CikSha merangkap mak stokis buat iklan tanya siapa yang berminat nak buat dropship dengan dia juai krim awet muda si gojes WD. Terus CikSha lelaju offer diri. Sebab dropship kan tak payah keluar modal. Baru nak belajar meniaga pulak. Hihi. Lagipun CikSha dah guna dulu WD tu. Lepas tu, rasa best nya la hai produk ni. Dah dapat manfaat yang elok kan, rasa macam ruginya tak kongsi dengan orang lain. Tu yang join jadi dropship tu.


Tapi bila dropship dah dibekukan, CikSha kemurungan sekejap. Murung pikir camno nak cari modal ni. Sebab dah seronok duk meniaga si gojes WD tu. Maka nya gigih cari modal nak join jadi dealer. Berkojo la CikSha sekueknye buat job design untuk kumpul modal. Bila dah cukup, terus merisik kabo kat mak stokis nak jadi anak dia. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah. 


Sejak join team WD tu la CikSha dah tak memalu lagi nak meniaga online. Konpiden je. Tu status kat pesbuk selalu je terselit pasai WD tu. Sambil-sambil sharing kebaikan WD, sambil-sambil cucuk jarum kat friendlist. Mana nak pi tau kot dapat kikis depa. Kihkihkih.


Bila dah syok menjuai tu, rasa nak tambah la produk lain pulak kan. Kembangkan sikit bisnes online jual produk lain pulak. Tapi CikSha tak juai la benda yang sama genre. Bab kecantikan masih jual si gojes WD. Tahun 2018 CikSha tambah barang niaga, jual coklat. Yummeh! Hantu coklat kan. Haruslah jual barang yang disukai. Best rupanya jual produk makanan ni. Laju! Maklum la, semua orang kan suka makan. Hihi. Tahun 2020 ni, CikSha dah tambah satu lagi produk makanan iaitu Sambal Hitam pulak. InsyaAllah.


Sumber : Blog Bisnes Online Sebenar


Tak serabut ke jual banyak benda ni? Macam kedai runcit kata orang. Pasaipa tak fokus kat satu produk je? Entah lah nak cakap camna eh. Lain orang lain pandangan. Tapi CikSha pegang kata-kata Irfan Khairi. Orang berniaga ni kena bijak ambil peluang dan luaskan jenis perniagaan jangan tertumpu pada satu jenis je. Bila down salah satu, akan ada back up. Gitu la lebih kurang.

 
Tapi betul, CikSha duk follow Ustaz Ebit Lew sebab suka dengan sifat dermawan beliau. CikSha perasan selain bisnes servis (ceramah dan kem motivasi) yang beliau buat, beliau ada bisnes side lain jugak. Ada restoran, ada bisnes jual baju kurta dan baru-baru ni dia buat bisnes mart pulak. Itu bisnes owner tu. Dia pun luaskan network perniagaan dia. Yang best hasil perniagaan dapat kongsi dengan orang yang memerlukan. CikSha nak sangat follow bab tu.


Jadi pada pandangan CikSha yang cuma niagakan produk orang ni, tak salah la kot nak tambah jenis barang niaga. Cuma kena pandai handle je la. Yang penting, CikSha memang in love dengan produk yang CikSha duk niagakan sekarang ni. Jadi pengguna tegar dan pemakan setia produk jualan sendiri. Hahaha. Baru la syok nak kongsi dengan orang apa yang best pasal produk. Takde la macam syok sendiri. Dan tak rasa macam menipu orang lain. Ye la, dah kita sendiri pakai dan makan.


Lagipun seronok sebenarnya jual si gojes WD, Coklat Chocotainer dengan Sambal Hitam Jutavans ni. Tak tahu nak explain macam mana. Walaupun ada orang kata rugi sebab kena keluar modal, ada je bisnes yang boleh buat tak perlu keluarkan modal, tapi entah. Pada CikSha ni macam satu kepuasan tau bila berniaga keluarkan modal sendiri. Feel dia lain. Macam tu la. Nak support perniagaan orang muslim kita juga. Tu yang paling utama niat CikSha.


CikSha melekat lama dengan bisnes ni pun sebab support system dari stokis, leader sampai la ke founder sendiri yang terbaik sangat. Tak kedekut kongsi macam-macam dengan pengedar. Ilmu bisnes dah berkoyan-koyan dikongsi. Ilmu akhirat pun ada jugak tau. Reward kalau achieve target lagi depa bagi. Langsung tak berkira ok. Memang konsep berkongsi rezeki sangat. Best! Usahawan muslim macam ni la yang patut kita support.


CikSha pun enjoy dapat bantu orang lain sihat dan cantik dengan WD, kenyang dengan coklat Chocotainer dan Sambal Hitam Jutavans. Dah la produk nya bukan kaleng-kaleng. Eksklusif setanding produk antarabangsa tau. CikSha ni memilih jugak ye nak niagakan produk yang macam mana. Bukan sembarangan rembat. Semestinya yang terbaik la jadi pilihan hati CikSha ni. Ecewah.


Ada ke yang 'tergoda' nak join under CikSha cari duit tepi geli-geli? Haaa...meh merisik kat CikSha meh. CikSha sudi la sesangat kalau ada yang nak jadi team CikSha. Nak jadi customer lagi la CikSha suka. Roger je tepi tau. Hihi. Nah hang, sempat lagi ha nak promote tu. 😝 Oh ye, CikSha ada je buat blog khas untuk bisnes online CikSha ni. Tapi sendu sikit tak ber'update'. Dasar pemalas! Haha. Lepas ni kena rerajin la update situ bagi hidup. Nanti hangpa pi skodeng KIOSK GOJES ok!


Doakan CikSha berjaya dalam bisnes online yang CikSha buat ni jugak tau. Nak bayar zakat banyak-banyak, nak bantu lebih ramai orang yang memerlukan hasil dari bisnes online CikSha tu. Thanks korang sebab sudi baca bebelan panjang berjela CikSha. Pada yang pernah berurusan dengan CikSha tu me heart uols so much!


Bisik-bisik :: Berniaga kena jujur tau. Baru la boleh pergi jauh.
 

7 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi...

    BalasPadam
  2. Semoga bisnes Kak Sha terus maju dan dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. aaminn..terima kasih fizah..tu la..kaksha banyak betul ni impian nak dilaksanakan..moga boleh pergi jauh dengan bisnes ni..

      Padam
  3. ASsalamualaikum.. Good luck ciksha.. =D

    BalasPadam
  4. All the best sis... Tentu akan berjaya

    BalasPadam
  5. Selamat maju jaya. salam kenal. Done follow sini.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan