Review Filem : Siccin 1 & Siccin 2

Assalamualaikum. Hai!


Lama dah kan CikSha tak buat entri review filem dan drama. Rindu jugak sebenarnya nak kongsi dengan pembaca blog kecintaan hati CikSha ni review pasal drama atau filem best yang dah CikSha tengok. Dulu masa bujang je rajin review kan. Sebab rajin buang duit kat pawagam. Hihi. Sekarang ni layan movie kat tv je la. Tak pun download dari telegram lepas tu layan kat phone atau pc. Jimat. Tengok la banyak kali sampai muntah hijau.


Yang dah lama follow CikSha, mesti tahu yang CikSha ni spesis penakut tapi nak jugak tengok cerita seram atau thriller. Entah la perangai jenis apa tak tau. Gigih jugak tu nak tengok. Lepas tu masa tengok tu duduk tak diam. Menggeletis semacam. Saspen punya pasal. Sampai kena sound dengan encik CH. Hahaha.


MENARIK UNTUK DITONTON


Sepanjang musim PKP ni, kan astro bagi channel free. Dapat la layan movie seram kat channel Boo takpun Astro Citra. Tenkiu astro. Walaupun cerita duk repeat banyak kali sampai cemuih. Layankan je. Free kan.


So, entri ni CikSha nak kongsi pendapat CikSha tentang movie seram dari Turki iaitu Siccin 1 dan Siccin 2. Tulis sekali harung je la senang. CikSha rasa mostly dah tengok agaknya movie ni. Tapi ni review dari perspektif CikSha pulak la eh.




Movie Siccin Berdasarkan Kisah Benar


CikSha memang suka layan cerita yang based on true story sebenarnya. Sebab tu nak tengok sangat movie Siccin ni. Kalau korang nak tahu, movie ni dah ada banyak part dah. Rasanya dah 6 part kalau tak salah CikSha. Setiap part lain-lain kisahnya, bukan kesinambungan. Tapi the main point ialah kisah sihir menyihir.


Part sihir menyihir ni biasa dah kita tengok dalam movie Melayu kan. Kalau orang Melayu kita nak sihir orang kena cari tokmoh yang entah dia duk kumat kamit mentera dalam bahasa siam ke jawa ke apa tak tau. Memang tak bebutir. Dan yang pasti tokmoh nye bukan Islam la selalunya. 


Tapi dalam filem Siccin ni lain macam sikit weh. Mantera dia guna ayat al-Quran duk seru-seru nama Allah lepas tu ada la dia selit-selit mentera duk seru iblis setan dalam bahasa turki tu. Tapi perbuatan-perbuatan syirik macam ambik darah, rambut, gambar dan lain-lain yang guna untuk sihirkan orang tu memang nak sama macam kat tempat kita jugak. Agaknya memang itu basic nye eh. 😅


Dah la mantera dia nak menyeru iblis dan sekutunya tu real, tempat depa pi berlakon pun tempat kejadian sebenar katanya. Gila la! Berani tahap apa taktau para pelakon dengan krew penggambaran movie ni. Confirm lepas shooting kena ganggu teruk gamaknye. Huhu. Seram! 


Ok la. Jom baca sinopsis pasal 2 part movie Siccin yang CikSha dah tengok. Nak bagi korang nampak bayangan kisah disebalik movie ni. 



Ceyda yang dirasuk


Sinopsis Siccin 1


Kisah ni pasal seorang wanita nama Oznur yang in love dengan sepupu dia Kudret. Dah lama tapi Kudret tak perasan then berkahwin dengan wanita lain bernama Nisa. Tapi Oznur ni tak putus asa nak ngorat Kudret. Lastly dia berjaya goda Kudret sampai termengandung. 

Kemuncaknya terjadi bila Kudret menyesal curangi Nisa dan ambik keputusan putus hubungan dengan Oznur. Oznur memberontak. Depa bergaduh sampai Oznur keguguran. Itulah penyebab Oznur bertambah sakit hati. Terus nekad nak sihirkan Nisa untuk dapatkan kembali Kudret. 

Sebenarnya Oznur dah tersilap. Kat sini la plot twist kisah ni. Semua 'benda peribadi' yang dia dapatkan kononnya nak sihirkan Nisa tu bukan milik Nisa. Tapi milik anak sedara dia yang buta nama Ceyda. So, sihir yang nak matikan Nisa dan orang-orang yang related dengan dia berbalik juga pada Oznur sebab semua sihir tu terkena pada Ceyda. Itu sebab Oznur pun macam disihir sekali. Dia kan mak sepupu Ceyda. Maknanya sihir tu akan 'membunuh' semua orang yang ada pertalian darah dengan Ceyda.


Yang paling CikSha tak boleh nak hadam tu cara Imam Ihsan 'mengubat' nak pulihkan Nisa. Bapak la kejam oi. Ada ke pi hantuk kepala kawan tu dengan kayu sampai dia mati. Katanya itu je cara nak matikan sihir tu dan syaitan tu keluar dari badan. Gila!


Siapa yang mati dan selamat dalam kisah ni? Korang tengok la sendiri eh kesudahannya. 





Sinopsis Siccin 2



Yang ni pun kisah dengki mendengki dalam keluarga jugak. Kalau Siccin 1 pasal sepupu sepapat, Siccin 2 ni pasal adik beradik pulak. Yang tak tahan tu mak mertua komplot sekali. 😓


Kisah bermula bila Hicran dan Adnan kematian satu-satunya anak lelaki depa, Birol yang masih baby lagi akibat dihempap almari. Macam mana boleh kena hempap? Opkoz le sebab gangguan syaitan yang dihantar melalui sihir. Sejak kejadian ni hubungan Hicran dan Adnan berantakan. Depa dua dua kemurungan. 


Hicran pun mula diganggu dengan macam-macam perkara mistik. Ada 'hantu' duk mai kat dia suruh pulangkan anak. Dia selalu pi mengadu kat nenek dia sebab dia rasa nenek dia ja faham perasaan dia. Sama-sama kehilangan anak lelaki. Hicran duk rasa macam keluarga depa ketulahan tak boleh ada zuriat lelaki camtu.


Tapi kan, Siccin 2 ni memang plot twist dia power betul. Tak sangka pun sebenarnya punca semua kejadian tu adalah dari mak sedara Hicran, Nemicra yang dianggap sebagai mak selama hidup dia. Nemicra dengki dengan adik perempuan dia, Zehra yang subur boleh mengandung tapi dia mandul. Bila Zehra mengandung lagi kali ke3, Nemicra berkomplot dengan mak mertua dia nak sihirkan keluarga adik dia si Zehra tu. 


Bermula dari itu la sihir tu mula mengganggu anak beranak Zehra termasuk la Hicran. Sebab Hicran tu sebenarnya anak Zehra yang ke3 tu, bukan anak Nemicra. Apa kesudahan kisah dengki mendengki keluarga ni? Kejadian apa yang menimpa seluruh keluarga Zehra akibat sihir tu? Sihir apa sebenarnya yang telah menghantui keluarga Zehra? Jawapan dia korang kena tengok sendiri. Ni pun banyak dah CikSha buat spoil. Punya nak bagi korang faham jalan cerita.


Pengajaran di sebalik movie Siccin 1 dan Siccin 2


Bila tengok movie ni kan, sebenarnya dengki dan khianat dari 'keluarga' sendiri lagi dahsyat. Nauzubillah. Semoga kita semua dijauhkan dari perasaan hasad dengki dan perbuatan khianat sesama adik beradik, sepupu sepapat walaupun hakikatnya memang ada pun yang begitu. Semoga Allah lindung dan pelihara kita.


Sesama sepupu sepapat ni, kena ada rasa 'kekeluargaan' baru takda timbul rasa yang bukan-bukan kalau berbeza jantina. Kena saling mengenali dan jaga batas. Kalau boleh elakkan lah timbul 'rasa lain' tu. Dalam Islam pun tak galakkan berkahwin sesama sepupu sebab tak berkembang keturunan. Betul tak? Tapi kalau dah jodoh dan dedua in love, itu lain cerita. 


Antara adik beradik pun kena kuatkan rasa kasih sayang. Takda rasa nak dengki dengan 'kelebihan' sesama sendiri. Yang ini kena terapkan dari kecil lagi. Mak bapak la kena mainkan peranan. Didik anak rasa berkasih sayang dan berkongsi rasa sesama mereka. Tak membandingkan. InsyaAllah harmoni hubungan adik beradik.


Amaran Kalau Nak Tengok Movie Siccin



Untuk part 1 dan 2 Siccin ni, pertama kali kami tengok memang selamber je biar sound tu kedengaran. Baru thrill kan. Kononnya. Tapi, lepas je habis cerita memang malam tu tak boleh nak tidur. Anak-anak buat perangai. CikSha dengan encik CH rasa panas dan nak marah je bila anak buat perangai tu. Dengar memacam bunyi kat dapur dengan atas bumbung. 😅


Rupanya bila terbaca pengalaman orang lain yang pernah tengok movie ni, memang ada gangguan weh kesan dari bacaan mantera dalam movie tu. Fuhhhh. So, bila kali kedua tengok nak fahamkan betul-betul jalan cerita, CikSha mute kan part yang bacaan mantera tu. Baru la takda jadi dah macam yang kali pertama tengok tu.


Gila betul kan? Guna mantera yang betul-betul nak seru benda alah tu. Hadoiii. Nasib la kat rumah ni memang hari-hari kedengaran bacaan al-Quran. CikSha, encik CH, mak dengan ayah mertua memang duk mengaji ikut kelapangan masa masing-masing. Ada yang mengaji masa Subuh, Zohor, Asar, Maghrib. Alhamdulillah la dijauhkan dari sebarang gangguan yang bukan-bukan berterusan. Bukan takut. Tapi dia jadi tak selesa bila ada gangguan ni. Yang pernah kena je akan faham.


So, kalau korang nak tengok jugak movie ni, kalau jenis tak kuat semangat, ada anak-anak kecik, part yang dia duk puih puih mantera tu korang 'senyapkan' tau. Jangan biar berbunyi walau sepatah pun.


Pendapat CikSha Tentang Movie Siccin



Movie seram berkaitan perbuatan sihir menyihir yang lain dari yang lain. Seram dia lain macam mungkin sebab mantera tu kot. Lagi satu takde la dalam gelap je 'entiti' nye nak muncul. Tengah terang benderang siang hari pun selamber je dia keluar. Kalau movie kita, gelap gelita je baru 'dia' choihh terjengoi. 😅


Lagi satu, yang menyebabkan 'kematian' berlaku adalah perbuatan manusia tu sendiri sebab terdorong dari 'hasutan' syaitan. Nampak la logik kat situ. Kira ok la tu jalan ceritanya kan. Tak la nampak menipu sangat macam sesetengah cerita tu mati sebab hantu bunuh. 😅


Ada plan nak tengok part yang lain jugak. Nanti kalau dah tengok, CikSha ulas pulak eh. Pada pendapat CikSha, movie ni berbaloi la nak tengok bagi peminat cerita seram tapi penakut macam CikSha. Kalau peminat tegar movie seram yang kebal dan berani taktau la pandangan depa macam mana. Kot depa rileks je tengok takda rasa apa pun. 


Bisik-bisik :: Rupanya kat ceruk mana pun ada je perbuatan syirik sihir menyihir ni kan? 

6 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. memang x berani & x minat tgk cita seram. penakut yg amat. he he.. ramai yg ckp cita ni seram, baca ni pun..emm...serams

    BalasPadam
  2. sy pon penakut dan mmg xkn layan cite seram..
    walaupon cite seram tu klaka.. haha..

    ni lg la takot nk layan..

    BalasPadam
  3. Berani eh ciksha. Dni spisis yang, kalau xtengok xpe. Dah tengok mai la rasa gelisah memalam tu. So dni xtengok terus 😅

    BalasPadam
  4. Tak berani nak tengok lagi. tengok poster macam seram dah tu.

    BalasPadam
  5. Pernah tgok Siccin 1&2.Awal cerita mcm bosan sikit smpai tertido😂🤭 pastu layan kan je la. Mmg ada part yg buat kita terkejut.. Masa dia baca mentera tu dlm hati Cpt2 berzikir supaya benda ni x terngiang. Biasalah benda kaitan dgn puja syaitan, dia akan try giler2 supaya melekat kat kita.Dlm Al Quran pun ada sebut dr Zmn Nabi Adam dh ada perasaan dengki khianat.Cuma Turkey ni agama sekular so fhm2 je la bab dia baca doa dan mentera.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan