Assalamualaikum. Hai!
Sebagai seorang 'hantu makan', kali ni CikSha nak tulis pasal makan-makan la pulak. Rasanya dah lama tak tulis entri pasal bab makan ni. So, marilah membuntangkan mata menatap gambar makanan yang super duper delicious favourite CikSha sambil menjejes air liur baca review ikhlas dari hati CikSha sendiri. Mana tahu kot makanan ni pun favourite korang jugak.
Dalam entri makan-makan ni, CikSha nak kongsi 5 jenis makanan super sedap kat Malaysia ni yang WAJIB semua orang cuba. Alaaa, sekarang ni dah mudah nak menikmati makanan sedap-sedap dari restoran. Kita order je guna delivery malaysia. Tak payah susah-susah dah. Order je online, berdesup sampai depan mata.
So, apa lagi? Meh la kita skodeng makanan yang best-best pilihan hati CikSha ni. Kalau terliur, boleh terus order ok! Hihi.
Nasi Lemak
Carian Google |
Yang ni memang kegemaran CikSha selamanya. Sebab tu pernah jadi penjual Nasi Lemak Seringgit depan rumah 3 tahun yang lepas. Hantu nasi lemak kan. Mesti le kita jual favourite sendiri. Hihi. Tapi dah pencen dah pun. Tak tahu le nak menceburkan diri balik ke tak.
Tapi kan, bila tengok presentation nasi lemak ni rasa terliur gila. Sedapnyaaaaa. Nasi lemak dengan daun pisang. Fuhhh. Aroma dia tu menusuk kalbu sangat. Ada pulak telur, timun, kacang, ikan bilis krup krap krup krap. Nasi lemak heroin nye mestilah sambal. Perghhh. Dapat pulak yang sambal dia sedap gila tak boleh bawak bincang. Adoiii. Menjejes air liur oii.
Nasi lemak yang macam gini paling win kat hati CikSha. Tak de tambahan macam ayam goreng ke, ikan ke, pun takpa dah. Yang tradisional macam ni la paling sedap. Setuju tak?
Nasi Kandar
Sebagai anak jati Penang, dah tentulah CikSha suka makan nasi kandar. Tambah yang jenis kuah campur. Kena gabungan dia memang sedap tak sangga oii. CikSha kalau nasi kandar memang suka gabungan ayam madu/goreng, sayur kobis, telur asin dan kuah campur. Sedap sangat dah tu pada CikSha. Boleh jilat jari tau.
Korang kalau pi jenjalan Penang, kena tau pi try makan nasi kandar. CikSha jamin, nanti mesti ketagih. Tapi sekarang ni dah mudah. Duk kat hotel je, kendian order guna servis food delivery. Tak payah pi bersesak ramai-ramai kat Restoran. Makan dalam bilik hotel lagi nikmat. Aiseh.
Nasi Dagang
Gambar Peribadi |
Dah kahwin dengan orang Ganu ni, kekadang pepagi merasa la jugak makan nasi dagang. Nasi dagang ni dia gabungan beras pulut dan beras basmathi kot kalau tak salah. Lemak-lemak rasa dia macam nasi lemak. Sedap!
Selalunya digandingkan dengan kuah kari ikan aye/tongkol dan acar timun lobak. Cara makan, kena letak kuah kari tu banyak-banyak atas nasi lepas tu gaulkan. Perghhhhh. Sedap tak boleh bawak bincang.
Setakat ni yang paling best nasi dagang CikSha pernah try, kat Kampung Atas Tol Kuala Terengganu. Memang mabeles gilaaa nasi dagang dia.
Dah 3 menu CikSha kongsi kat atas tu nasi je kan. Peminat nasi memang camni. Hahaha. So, yang ni nak kongsi pasal makanan lain pulak. Salah satu makanan favourite CikSha sekeluarga, of course la Satay. Anak-anak paling suka sangat makan satay. 10 cucuk boleh habis kat sorang anak. Hantu satay sungguh.
CikSha rasa mostly dari korang pun suka makan satay kan? Makanan sedap, haruslah jadi favourite. Makan santai-santai. Enjoy je. Satay yang paling CikSha suka satay ayam la semestinya sebab CikSha tak boleh makan daging.
Satay ni cukup ada kuah kacang dan hirisan timun serta bawang. Dah cukup sedap dah tu. Tapi kalau ada nasi kampit sebagai side dish memang boleh buat kenyang tersandar. Kuah kacang dia memang kena jadi heroin. Baru lah sedap tak terkata.
Ok. Honestly yang last ni CikSha tak pernah lagi try. Tapi gila tergoda tengok udang dia besaq gedabak macam tu. I love prawn u know! WAJIB cuba ni. Udang fresh wei. Udang fresh ni rasa dia manis tau. Memang melting la.
Balik Penang nanti CikSha nak ajak kakak pi terjah sini la. Bukan jauh pun Tanjung Tualang dengan Penang. Kakak CikSha tu lagi la food hunter mengalahkan CikSha. Kalau tunjuk gambar udang ni, mesti dia bodek laki dia pi jenjalan cari makan kat Tanjung Tualang tak pepasal. Hahaha. Tapi apa susah kan? Pi bercuti sana, stay kat homestay ke, lepas tu kita order je la online. FoodPanda kan ada. Uiii..nikmatnya tu!
Haaaa, apa macam? Tergoda tak menatap makanan-makanan lazat yang CikSha kongsi ni? Kita rakyat Malaysia ni beruntung sangat. Ada pelbagai makanan yang sedap-sedap boleh dinikmati. Malaysia kan syurga makan. Tu pasal la kita ramai yang 'terlebih muatan'. Hihi.
Tapi itulah, dalam duk makan yang sedap-sedap ni, kena beringat jugak la ye. Kesihatan tu paling utama. Makan kena berpada-pada tau. Yang penting jangan membazir. Membazir tu amalan syaitonnn. Bak kata anak sulung CikSha. Sabor je la.
Bisik-bisik :: Untung ada food delivery sekarang ni kan kalau teringin nak makan something boleh order terus. Suka!
Terbaik kan Malaysian foods
BalasPadamwaa sedap
BalasPadamdah join giveaway mama tak? jom join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. RM 1000 utk dimenangi
Ya Allah, tertengok waktu pagi bangun tido ni. Lapooooorr
BalasPadam