Assalamualaikum. Hai!
Ingat tak CikSha pernah
update entri
Press Release tentang
Bank Negara Malaysia (BNM) Menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel and Convention Centre dari 4-6 April bulan lepas? Haa..hari ni dah hari ketiga tau karnival ni berlangsung. Hari terakhir. Cadangnya CikSha nak pergi hari pertama. Tapi ada urusan
urgent yang kena buat hari Khamis tu, jadinya tunda la pergi semalam.
Sebelum tu, CikSha nak cerita dulu la pengalaman pergi dengar sidang media dari pihak BNM bulan Mac hari tu.
Press release pertama yang CikSha hadir sejak
start aktif balik tulis blog ni. Eh? Rasanya memang yang pertama kali la sepanjang 10 tahun jadi penulis blog. Pengalaman baru bagi CikSha.
Sidang Media Karnival Kewangan Terengganu
Masa sidang media tu, ada 4 orang panel yang bagi penerangan tentang karnival kewangan ni.Encik Sarizal Samsudin, Persatuan Bank-bank di Malaysia (ABM), Datin
Arlina Ariff (Bank Negara Malaysia), Puan Suri Hanim Mohamed (Persatuan
Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), dan Encik Abdul Rahman Ali, Persatuan
Takaful Malaysia (MTA).
Selain sesi penerangan, ada juga sesi soal jawab antara pihak media dengan panel-panel jemputan. Ada la wakil
blogger dan wakil dari surat khabar yang bertanyakan soalan. CikSha melangut je dengar. Spesis 'pemalu' gitu.
|
Panel-panel jemputan yang bagi taklimat dan penerangan |
|
Sebenarnya saja nak tayang pen kesayangan tu. Hihi. |
|
Wakil Media Blogger Terengganu |
|
Bersama Datin Arlina Ariff. CikSha tengah rentung ye masa ni sebab baru balik dari Pulau Redang. Mujur nampak jugak muka. Haha. |
Lepas sidang media ni, kami berpeluang jumpa
face to face dengan Datin Arlina Ariff sendiri tanya apa-apa yang nak ditanya. Dapat juga sembang-sembang dengan pengurus BNM Terengganu sebelum balik.
Friendly sangat dua-dua. Tak kekok nak cakap-cakap. Biasa la
blogger ni
mostly mulut macam bertih jagung. Tapi bukan CikSha la.
I menyelit tepi-tepi je. Hihi.
Masa kat BNM tu kami semua
blogger yang hadir dapat la
check CCRIS kat kaunter dan dapat penerangan ringkas dari
staff macam mana nak baca maklumat yang tertera dalam slip. CikSha punya rekod tak comei. Sebab PTPTN le apa lagi. Bayar tak konsisten. Padan muka! Bila la nak langsai hutang cheq nan satu tu. Alahaiiii. Kena kerja kuat lagi ni nampaknya cari pitis nak membayo sampai habes. Misi 2019! Chaiyok CikSha!
Karnival Kewangan Terengganu yang awesome, padat dengan pengisian yang bermanfaat
Sebenarnya, karnival kewangan ni dah pernah ada dah sebelum ni. Tahun 2017 kat Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching. Tahun 2018 kat Alor Setar. Tahun 2019 ni, BNM dengan kerjasama beberapa pihak buat Karnival
Kewangan secara '
havoc' buat julung kali kat
area pantai timur pulak. Terengganu jadi lokasi utama.
|
Suami ada rekod WTD RM80. CikSha takde. Maksudnya akaun BSN dengan Muamalat aktif lagi. Nanti kena pergi check la. Duit ada la boleh tahan dalam tu. |
|
Teman suami check CCRIS. Clean weh rekod dia. Haishhh. Jeles betol! |
So,
semalam CikSha pergi Karnival Kewangan ni sebagai orang awam sambil
jadi
'wakil media
blogger' gitu nak mengulas pasal
event ni. Aiseh. Poyos
gila. Hihi. Takde la. Orang bukan tahu pun CikSha ni
blogger ha. CikSha
bukan
blogger popular tahap retis sampai merata orang kenal.
Blogger
sendu je pun. Hihi.
Sampai je kat TH Hotel and Convention Center tu, CikSha
roger dulu PR Mr. Leon untuk maklumkan kehadiran. Jumpa la dia kejap isi borang. Lepas tu baru
enjoy the event. Oh. CikSha pi ni bukan sorang-sorang. Usung habes la kesayangan hati pi sekali.
Enjoy sama-sama gitu.
|
Dengar 'pocket talk' tentang Jadilah Peminjam Yang Bijak dari KPKT |
|
Bagi anak-anak naik pentas juget-juget dengan maskot. Tapi depa cuak. Hahaha. |
Best la karnival ni. Serius memang
awesome sangat.
Pengisian program padat dan penuh informasi. Booth yang ada pun semuanya terbaik. Memang rugi kalau tak pergi sebab masa ni la kita boleh nak tanya semua pasal isu kewangan kita. Nak
check CCRIS, Wang Tak Dituntut, layak ke tak buat pinjaman, cara nak urus pembayaran hutang dan macam-macam lagi. Sesi
Pocket Talk pun ada macam-macam isu yang didedahkan. Eh, pendek kata macam-macam ada!
Untuk anak-anak pun ada Sudut Kanak-Kanak yang ada macam-macam aktiviti dibuat sepanjang program. Non-stop tau.
Best! Mak bapak pun boleh nyibok
join sekali. Masa CikSha dengan suami bawa anak-anak pergi sudut ni ada aktiviti nak buat tabung. Seronok la abang Adan dengan Iman. Lepas tu,
parents yang ada situ kalau tunjuk bukti dah
follow Instagram @bnmmag boleh dapat
free gift. CikSha dapat satu! Hihi.
|
Aktiviti mewarna dan buat tabung kat sudut kanak-kanak |
|
Pakwe dan si encem Iman dengan maskot BSN. Nanti i pi na check akaun yang dah lama sendu tu. |
Kami tak sempat nak habeskan kumpul 20 cop dalam passport yang dapat masa pendaftaran. Dapat 10 cop je. Tak sempat nak jelajah semua booth yang ada. The 3 stujes tu dah mengamuk. Sebab
time tido petang depa dah kena kacau. Hihi. Tak dapat la nak tebus payung percuma. Takpe la. Bukan rezeki la tu. Tapi dapat rezeki lain. Dapat baucer KFC RM30 masa dengar
pocket talk pasal Jadilah Peminjam Yang Bijak. Ummi dapat beg masa kat sudut kanak-kanak tu. Abah dapat
sticker, pen dengan
notebook masa main
game kat
booth PIAM. Jadi le tu kan.
Sepanjang program ada banyak kali Cabutan Bertuah dibuat jugak tau. Siapa yang bertuah masa tu dapatlah hadiah yang lumayan. Untung sangat. Tapi kena cukup jelajah semua
booth yang ada dan lengkapkan passport dengan 20 cop, baru nama dapat masuk dalam cabutan bertuah. Haaa,
effort tu kena ada la kan. Hihi.
|
Bersama dengan blogger Sis Gee dan Mek Yuni |
|
Bergambar dengan blogger kak Zura pulak yang baru sampai kat situ. |
Pada pandangan CikSha, walaupun julung kali dibuat kat Pantai Timur, sambutan alhamdulillah nampak meriah. Ramaiiii sangat yang pergi. tak putus-putus tau orang duk mai. Sekolah-sekolah pun ada juga bawa rombongan pelajar-pelajar datang pi karnival ni.
Pendedahan yang baik dari peringkat awal umur. Semoga adik-adik tu dapat ilmu yang sepatutnya tentang kewangan untuk masa depan dorang.
Bab kewangan ni memang bagus sebenarnya kita didik anak-anak dari kecil. Biar dorang tahu kepentingan menyimpan duit, cara buat pinjaman yang betul, isu-isu semasa tentang penipuan kewangan seperti scam dan lain-lain. Takde la dah besar nanti jadi mangsa penipuan ke kan. Tak pun muda-muda lagi dah kena isytihar bankrup sebab hutang keliling pinggang.
Tahniah Bank Negara Malaysia sebab berjaya anjurkan karnival yang sangat bermanfaat macam ni. Semoga di masa-masa akan datang, karnival ni dapat dibuat di seluruh negeri dalam Malaysia supaya lebih ramai orang dapat pendedahan yang lebih jelas dan meluas tentang kewangan.
Bisik-bisik :: CikSha pun tengah belajar urus kewangan sebab kerja sendiri ni memang kena alert lebih bab keluar masuk duit.
Best! Lepasni harap buat lagi karnival macam ni di Terengganu.
BalasPadam