Day Trip ke Pulau Redang | Pakej dari Alur Galley Suites yang eksklusif dan best sangat!

Assalamualaikum. Hai!


CikSha ni anak jati Pulau Pinang, dah biasa sebenarnya tengok laut sebab dulu masa kerja hari-hari duk rempit merentas Jambatan Pulau Pinang takpun naik feri menyeberang laut dari Seberang Perai ke Pulau Pinang. Jadi kononnya laut tu macam kawan dah la. Aiseh. Poyo je. Sekali naik bot laju nak pi Pulau Redang balik tu mabuk laut. Ahahaha.


Entri kali ni CikSha nak kongsi pengalaman pergi Day Trip ke Pulau Redang. Ini pakej yang ditawarkan kalau menginap di homestay Alur Galley Suites tau. Kami ambik pakej yang 2 hari 1 malam tu. Tapi jadual kami dah terbalik sikit la dari yang sepatutnya. Special sikit la kan sebab buat 'kerja'. Hihi.


Kami pergi Day Trip Pulau Redang ni masa hari kedua stay kat Alur Galley Suites. Jadi hari tu kami check out lambat sikit dari waktu sepatutnya. Balik dari day trip baru kami check out. Mujur la takde penyewa lain masa tu. Lucky us!



Taklimat ringkas dan bacaan doa dari encik Edy sebelum bertolak

Berkumpul di Jeti Penarik berdekatan Kedai Makan Selera Pantai


Untuk pergi Day Trip ke Pulau Redang ni, kami kena berkumpul di jeti Penarik sebelum pukul 9 pagi. Sebab on time tau bot bergerak. So, pukul 8 pagi tu kami dah gerak pi jeti. Tak jauh pun dari homestay. Tapi kena naik kereta jugak la ye. Jangan risau ada parking percuma disediakan untuk kenderaan mereka yang nak pergi Day Trip ni.


Sebelum kami enjoy trip Pulau Redang ni, sempat la pi breakfast kat Kedai Makan Selera Pantai. CikSha melantak nasik lemak uols. Pagi-pagi dah ternak lemak. Hihi. By the way, makanan untuk lunch masa trip ni kedai makan ni la yang sediakan tau. Dah termasuk dalam pakej. Sedap oii lunch kami hari tu depa tapaukan.



Let's Enjoy The Trip!


Dah siap sarapan, maka journey kami ke Pulau Redang pun bermula. Ada 5 check point yang bot akan berhenti untuk kami menikmati keindahan alam laut ciptaan Allah. Jadi CikSha akan kongsi semua kenangan indah di setiap checkpoint. Buat memori sendiri dan untuk korang cuba bayangkan juga keseronokan yang kami dapat sepanjang trip.


CHECKPOINT 1 : Alur Akar.

Jernih sangat air kat sini. Best. Pakwe, abang Adan dengan si encem Iman turun main air. Kat sini boleh snorkling. Banyakkkk sangat ikan yang comel gila. CikSha turun kejap je. Takutttt. Kengkonon mesra laut la sangat. Masuk je dalam air tetiba rasa kaki nak kejang. Sebab tak pandai berenang. Sabar je la.





CHECKPOINT 2 : Pulau Lima.

Pakwe je turun snorkling masa stop kat sini. Dia cakap ikan kat sini lagi cantik cantik. Ada batu karang yang hidup dan cantik jugak. Kat sini berombak sikit. Sebab tu tak berani nak bagi anak-anak turun sekali. Tapi pening uii duk dalam bot sebab duk teroleng-oleng. Nak turun dalam air pulak penakut. Apa pun tak boleh CikSha hangpa ni. Hihi.


Masa kat sini ada kejadian lawak sikit. Memang tak boleh lupa oi. Pakwe CikSha tu, tetibe pulak dia rasa nak terberak. Hahahaha. Nasib la orang yang guide kami tu kata nak bergerak ke checkpoint seterusnya. Kalau tak, membuang dalam laut gamaknye pakwe CikSha tu. Mujur tak berlaku pencemaran itu. Kalau tak kesian ikan-ikan yang lawa dalam laut. Hihi.




CHECKPOINT 3 : Pulau Redang.

Berhenti rehat kejap kat Pulau Redang. Makan, memerut dan buat la apa yang patut. Memang turun je dari bot terus gi cari tandas. Lantakkan je la resort tu owner dia bukan Melayu pun. Pakwe dah tak tahan sangat. Hahaha. Aduhai la pakweku.


Dah settle urusan memerut baru pi isi perut pulak. Kat sini la kami lunch dengan bekalan yang tapau dari Kedai Makan Selera Pantai tu. Tak sempat nak ambik gambar. Semua dah lapar sangat. Memasing makan tak angkat kepala.


Siap makan, suami dengan anak-anak pi main tepi pantai. Seronok sangat 3 ketol anak tu dapat main pasir. Bapaknye la layan. Maknye sibuk ambik gambar. Hihi.




CHECKPOINT 4 : Teluk Sauh.

Sini pun tempat snorkling. Katanya sini batu karang dia lagi lawaaaa. Ada baby shark jugak. Tapi berhenti kejap je kat sini. Tak turun. Semua tak sabar nak pergi checkpoint kelima. Lagipun air berombak sangat masa kami sampai sini. Jadi gambar ada seketoi je la.





CHECKPOINT 5 : Teluk Dalam.

Sini tempat tengok penyu. Kalau bot sampai je terus penyu tu datang dekat. Tapi tu la, dalam gambar tak jelas. Nampak hitam-hitam je. Tengok real nampak la penyu tu. Dia timbul berenang kat atas. Air kat sini tenang sangat. Macam air sungai. Tapi tetap la CikSha takut jugak nak turun. Huhu.




Rugi kan CikSha tak merasa snorkling. Tapi serius memang tak boleh. Masuk je dalam air, kaki terus kejang. Rasa macam nak tenggelam. Huhu. Duduk la melangut atas bot dengan anak-anak. Tapi depa ada jugak turun bapaknye bawak main air jap. Takpa la, CikSha merasa naik bot sambil teroleng-oleng atas laut je la. Hihi.


Pakej day trip ke Pulau Redang dari Alur Galley Suites yang eksklusif dan super best


Semua pengalaman best yang CikSha kongsi kat atas terdapat dalam pakej yang ditawarkan oleh homestay Alur Galley Suites tau. Boleh pilih nak pakej 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam.

Pakej 3 hari 2 malam
  • RM260/seorang dewasa , RM220/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
Pakej 2 hari 1 malam
  • RM165/seorang dewasa , RM125/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)

Jadual aktiviti untuk setiap pakej boleh check kat entri Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik. Untuk pakej ni kena pastikan cukup 10 orang paling minima untuk stay kat homestay Alur Galley Suites tau.


Ni mak dara yang perasan bujang jap. Hihi.


Tapi misal kata, kalau berdua je sebab nak honeymoon (untuk yang dah berkahwin saja ok) boleh je ambik Day Trip tanpa pakej stay di homestay. Harga untuk day trip ni RM120/seorang. Tapi kena naik bot reramai jugak dengan yang tak dikenali la. Kurang la sikit rasa nak huha huha tu. Malu kot nak buat perangai tak semenggah. Kang orang lain tengok semacam. Hihi. Ni betul betul kejadian tau. Sebab hari tu ada satu bot tu berhenti kat checkpoint yang tengok penyu tu, senyappppp je semua dalam bot. Lepas tu sorang pun tak turun bergumbira snorkling kat situ. Weird.


Kalau ambik yang pakej dengan penginapan, kita boleh enjoy dengan family members atau kenalan kita. Takde la kekok nak loklak sikit. Hihi. Itu la untungnya ambik pakej. Rasanya itu pun jimat banyak jugak tu sebab dapat pakej pi day trip ke pulau dan snorkling plus dengan penginapan untuk merehatkan badan. Kan berbaloi baloi tu.


Jadinya, plan la cuti-cuti korang tu. Kawtim dengan family members, takpun dengan bestfriends. Dapat la menikmati percutian yang awesome secara berjemaah. Best tau.


My happy pills


Alhamdulillah. Day Trip kami pi Pulau Redang ni enjoy sangat walaupun ini first time kami bersua muka. Selalu duk nyembang dalam group whatsapp dengan bertegur kat facebook je. Tapi Allah bagi izin kami berjumpa dan bercuti sama-sama. Family pun nampak dapat mesra dengan baik. Pakwe CikSha tu dapat la reunion tak rasmi dengan kawan sekolah lama dia, Rini dan suaminya. Kebetulan yang cantik sangat Allah atur.


Walaupun CikSha tak join depa mandi manda dan menyelam, dapat tengok wajah suami dan anak-anak happy pun CikSha dah puas dah. Selalu support 'kerja' CikSha sebagai blogger. Ni kira hadiah la untuk depa.



Bisik-bisik :: Kalau nak pi Pulau Redang dengan bajet yang awesome, ingat Alur Galley Suites tau!

5 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. dikala mama tgh survery redang terbaca pula post ni.. tq for sharing

    BalasPadam
  2. di pulau redang juga saya bertemu jodoh dgn suami

    BalasPadam
    Balasan
    1. sweetnyaaa..memori terindah yang takkan dilupakan kan?

      Padam
  3. tiba2 nmpk artikel ni. rindunyaaaa...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan