Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal ni tapi asyik la bertangguh nak tulis. Saja nak buat coretan untuk kenangan diri sendiri. Nanti-nanti boleh baca balik mengimbau kenangan pernah jaga
colostomy @ stoma si encem Iman tu satu masa dulu. Boleh jugak jadi rujukan pada orang yang melalui pengalaman yang sama tapi tak tau apa nak buat. Mana la nak tahu kan?
Kalau yang memang
follow aku, mesti dah tahu pasal si encem Iman yang
special amat tu. Tahun 2016 dulu Allah kurniakan aku dan suami anak syurga yang
extra istimewa. Boleh baca pasal si encem Iman ni kat entri ni :
Iman Yang Terlalu Istimewa.
|
Si Encem Iman CikSha |
Lepas lahir doktor dah tebuk perot dia sebelah kanan untuk buat stoma tu. Tujuannya nak memudahkan si encem Iman buang air besar la sebab dia kan dilahirkan tanpa lubang dubur. Alhamdulillah hasil
scan semua cuma hujung usus besar dia yang tak sampai kat dubur dia. Sebab tu tak terbentuk lubang dubur dia. Takda masalah lain. Usus dia pun bekerja dengan elok. Allah tu tahu kan apa yang terbaik untuk dia kan? Lagipun dia kan
extra istimewa.
Masa memula memang kekok la jugak nak jaga stoma si encem Iman. Sebab masa tu dia kena
warded lama kat hospital. Aku pulak ofkoz la dalam tempoh berpantang. Nak bergerak pun macam siput nak pi kat anak. Huhu.
Lepas lahir kena
operate buat stoma tu, si encem Iman duk kat NICU sat sebab nak stabilkan pernafasan dia dengan mesin oksigen. Sebab dia masa lahir kan
detect ada jantung berlubang PDA & PFO. Doktor nak pantau
extra la.
Alhamdulillah sehari je dia dengan mesin tu. Kuat sangat semangat dia. Lepas
off mesin oksigen, dia dipindahkan kat bahagian pemantauan dalam wad NICU. Ada la 2 hari kot duk kat NICU. Lepas tu kena
transfer wad
baby biasa. Masa tu baru ummi dapat katil boleh
stay dengan Iman kat hospital. Yeay!
Luka bedah kat tepi stoma Iman tu 2 kali terbuka tau. Nampak bahagian dalam. Seriauuu. Terbuka sebab dia punya menangis kemain meneran kuat-kuat masa kena cuci stoma tu. Sabar je la.
First time terbuka tu doktor jahit la jugak balik.
2nd time terbuka dah tak jahit dah. Biar je bercantum sendiri. Ummi je kena
extra care pastikan takda najis masuk kat bahagian luka tu. Huhu. Tapi
baby kan cepat je
recover. Alhamdulillah luka tu bercantum elok. Bahagian dalam tak kena jangkitan kuman.
|
Itu le rupa stoma dak encem Iman. Luka yang kat tepi yang hitam-hitam tu la yang terbuka 2 kali tu. Tu dah bercantum elok dah tu. Keliling melecet sikit tapi tak teruk.
|
Sebenarnya,
kalau mampu lebih elok guna stoma bag. Tapi susah sangat nak dapatkan. Lagipun mahai nak mampuih sebab dia macam
custom made khas untuk
baby. Kami ni bukan la orang ada-ada.
So, solution doktor pakar yang
incharge Iman bagi kat aku ialah gunakan
pampers baby. Kerat-kerat
pampers tu sepadan yang boleh untuk tutup stoma dia.
Pampers lagi menyerap kata doktor. Boleh la minimakan lecet kat stoma tu.
Macam-macam la cara aku dah
try yang
nurse atau doktor
suggest untuk pastikan stoma dia tu comei ja tak melecet dan tak kena
effection.
Start dari dalam wad. Ni antara yang pernah aku
try and error kat budak Iman untuk
cover stoma dia:
- Letak kapas keliling dan atas stoma, cover dengan gauze pastu lekat dengan soletep keliling gauze tu. Kena kerap tukar sebab nanti bocor najisnya. Tapi kesian sangat kat Iman. Kulit dia jadi merah-merah sebab kerap sangat tarik buang soletep tu ha.
- Pakai urine bag. Tapi tak sesuai sebab bocor je manjang.
- Last sekali yang sesuai dengan Iman, pakai pampers yang dikerat-kerat. Tekap kat stoma dia then pakaikan barut untuk pastikan pampers tu duk comei je tak gerak-gerak.
|
Ni masa kat sepital lagi. Nurse yang buatkan. Pakai Urine Bag. Tak menjadi. Bocoq. |
|
Ni pakai kapas buh keliling dengan atas stoma pastu tepek gauze lekat dengan soletep. |
|
Ni buh pampers kat stoma pastu ikat dengan barut. Kemas je. Jarang bocor. |
|
Ummi nye duk buat stok pampers stoma. Hihi.
|
Alhamdulillah. Memang tak de masalah
effection kat stoma Iman. Tapi melecet tu ada. Najis
baby kan 'tajam'. Nak buat camna. Cuci kerap pun jadi jugak. Tak dapat elak.
Solution nye tiap kali lepas cuci aku sapu dengan krim
butter yang buh kat cik B kalau
crack tu. Jenama Palmers kot kalau tak salah. Berkesan tau! Melecet tu jadi elok terus.
|
Yeay! Stoma saya dah tutup. Hihi. |
Iman membesar dengan stoma dia tu ada le dalam 11 bulan camtu lebih kurang. Bulan Januari 2017, buat
operation yang ketiga untuk tutup stoma dia tu kat HRPZ Kota Bharu. Sekarang Iman pun makin sihat dah. Dah berak normal macam biasa. Sebab dah ada lubang punggung kan. Tapi buatan la. Hihi.
Nanti aku kongsi pasal jaga luka bedah lubang punggung Iman pulak eh. Punggung dia tu dua kali kena toreh.
Second time sebab lubang dia menyempit pulak. Padan la berak kemain seksa sebelum tu. Sekarang alhamdulillah dah ok. Nanti ada masa nak menulis, aku
sharing ok!
Bisik-bisik :: Bukan mudah jaga anak extra special. Tapi Allah tahu kekuatan kita setakat mana. Dia akan sentiasa bantu. Jangan mengeluh. Selalu doa mohon Allah bantu permudahkan. Hugs!
mudah mudahan si iman cepat sembuh la ye. kesian la tgk.
BalasPadamfuhhh
BalasPadamnervous pula tengok bahagian luka tu
boleh bagi lebih jelas tak cane nak buat pampers stoma tu?
BalasPadamBoleh wassap saya 0166003792..sapa yang nak gau cara jaga stoma..versi saya..anak saya dah tutup kolostomi dia..skrg kami masih dalam wad.. alhamdulillah..tiada kes kulit melecet..atau infection.
BalasPadamMcm mna yer nk buat pampers tu
BalasPadamBoleh tunjuk Cara guna Pampers Tu tak?
BalasPadam