Assalamualaikum. Hai!
Sebenarnya kan, CikSha ni sejenis yang suka travel jugak tau. Dulu masa muda remaja tak kawen lagi, rajin la pergi travel. Tapi setakat dalam Malaysia je la. Luar negara tak pernah lagi berkesempatan nak pergi. Ongkos tak berapa nak mandang. Hihi. Yang dalam Malaysia pun jenuh ikat perot kumpul duit gaji tetiap bulan tau. Takpa la. InsyaAllah mana tahu ada rezeki dapat pi travel luar negara dengan kesayangan CikSha. Dapat pi Singapura pun ok dah. Brunei ke. Indonesia pun best jugak. Mudah-mudahan. Kemain wishlist nak pi travel obersi CikSha hangpa. Berangan dulu tak salah kan?
Comei gambar ni. Hasil carian gugel. |
Dulu kalau travel CikSha lebih suka naik train tau. Ntah. Macam lagi adventure gitu. Tapi belah pantai barat je la boleh naik train kan. Kadang naik bas. Tu kalau hala ke pantai timur. Naik kereta pun ada jugak kekadang. Ni kalau pi dengan famili atau bespren. Tengok tempat yang nak pi berjimba jugak la kiranya. Dulu masa bujang kekadang travel pun lone ranger je. Main redah je la. Apa nak kisah kan.
Sekarang kalau nak pi travel memana, CikSha kena plan betul-betul. Dari segi tempat nak pergi. Bajet perjalanan, penginapan, pengangkutan, makan-makan, shopping lagi. Maklum la sekarang ni dah berkeluarga. Anak pun dah kederet. Bajet kompom la banyakkkk nak kena guna. Wajib la kena plan dengan teliti dari a to z kan?
Sebab tu kekadang CikSha suka ushar online jugak. Tambah-tambah tiket flight. Mana tahu ada promosi kan? Sebab ada plan nak bawak anak-anak pergi travel ke Sabah dengan Labuan. Saja nak throwback masa zaman study dulu. Tempat jatuh lagi kan di kenang, inikan pulak tempat bertemu jodoh. Gituuuu. Hahaha.
Cantiknyaaaaa pemandangan! |
Sebenarnya saja nak bawak anak-anak pergi jenjalan makan angin kat tempat mak pak depa jumpa dan jatuh cinta. Ewahhh. Lagipun masa study kat sana dulu CikSha takdan pun nak jelajah tempat menarik kat Sabah. Maklum la orang tak kaya. Duit yang ada memang guna untuk belajar je la. Cuti semester kalau tak dapat balik Semenanjung, duduk terperuk je la kat kampus. Sempat gi jelajah pun tempat menarik kat Labuan je. Jadinya tu yang plan nak pi travel kat Sabah dengan suami dan anak-anak pulak.
Masa study dulu duk ulang alik Labuan-Penang, ofkoz la naik flight kan? Takkan nak berenang rentas Laut China Selatan tu. Hahaha. CikSha hangpa start merapu dah. Layankan je. Jadinya, kalau nak pi travel naik flight ni CikSha lebih prefer Air Asia la. Dah terbiasa gitu naik Air Asia. Pernah jadi pelanggan tetap katakan. Ewahhh. Buat macam flight Air Asia tu personal jet pulak. Hihi.
Tapi memang puas hati pun dengan perkhidmatan Air Asia walaupun kekadang flight delay kalau ada problem macam hujan lebat ke apa kan. Biasa la tu. Lagipun harga tiket Air Asia ni berpatutan. Maklum la penerbangan tambang murah kan. Memang berbaloi la kiranya.
Banyaknya tempat menarik kat Sabah. |
So, dalam duk survey harga tiket flight nak ke Sabah tu CikSha baru tahu yang kita boleh book airasia airline melalui portal Traveloka selain direct kat web Air Asia sendiri. Kat portal Traveloka kalau kita book tiket boleh dapat lagi murah tau kalau kena time kita nak book tu ada promosi. Wahhhhhh. Teruja gila CikSha rasa. Macam impian nak berjimba pergi travel kat Sabah dengan kesayangan bakal jadi kenyataan dalam masa terdekat je ha. Terus rasa nak book lelaju tiketnya.
Lepas ni, kalau ada plan nak pi travel obersi pulak boleh terjah portal Traveloka je la. Sebab memacam boleh book melalui portal tu selain tiket flight. Nak book hotel pun boleh. Senang kerja sekali harung je book. Best tu! Boleh dah la CikSha menabung dari sekarang untuk plan travel ke obersi. Yeay! Teringin nak pi travel kat pulau tercantik kat Indonesia tu. Lupa pulak nama tempatnya. Bestnya kalau dapat pi. InsyaAllah one day. Sekarang ni nak tunaikan dulu impian nak travel ke Sabah dengan famili tercinta.
Bisik-bisik :: Misi penuhkan tabung travel switch on! Hihi.