Bayar Pinjaman Belajar Dengan Akaun 2 KWSP

Assalamualaikum. Hai!


Orang tak berapa nak kaya macam kita ni, masa nak sambung study kompom ada buat pinjaman pelajaran kan? Tak kisah la PTPTN ke, Mara ke, Felcra ke, memane je la. Huhu. Apa boleh buat? Rakyat marhaen katanye. Nak belajar tinggi tapi tak mampu. Nak tak nak kena la buat jugak pinjaman. Menanggung la hutang dibuatnya. Baru habes study, belum dapat kerja, hutang dah menanti. Dugaannnnn.


Macam CikSha ni le. Dalam takde hutang, pi cari hutang. Cari penyakit orang cakap. Hahaha. Dah elok-elok kerja, jadi Pembantu Makmal kat USM, lagi 2 tahun je nak tunggu confirmation jawatan, gatai pi resign sebab nak sambung belajar bila dapat surat tawaran dari UMS. Bajet macam berduit sangat. Padahai nak pi sambung belajar tu pakai duit banyakkkk kot. Dah orang kurang mampu, kompom la kena jugak buat pinjaman pelajaran. Ceti CikSha opkoz le PTPTN. Hahaha.


Ni dah 8 tahun habes belajar pun hutang belum langsai lagi wei! Jenuh nak membayar. Dulu masa kerja, boleh la konsisten bayar. Ni dah jadi pengganggur terhormat, jadi lady boss kat rumah, merangkak jugak la nak membayar. Tu yang duk buat freelance design dengan online bisnes. Harapnya dapat la menampung nak bayar PTPTN sikit-sikit. Moga-moga Allah permudahkan.


Entri kali ni, CikSha nak kongsi pengalaman CikSha dan suami bayar pinjaman belajar dengan Akaun 2 KWSP. CikSha PTPTN, suami Yayasan Felcra. Tunggakan PTPTN CikSha dalam 18ribu lebih, tunggakan Felcra suami 9ribu lebih kot. Pinjaman CikSha 21ribu, suami 12ribu. Apsal hutang CikSha lagi tinggi ni hoiiiiiii. Sadis betol!


CikSha dapat bayar 1/3 dari baki jumlah pinjaman PTPTN sebanyak 6ribu lebih sebab tu je amaun yang ado dalam akaun 2 KWSP sebelum berhenti kerja. Suami dapat bayar lumsum pinjaman Felcra dia dengan akaun 2 KWSP siap ada lebih lagi dalam akaun tu. Dia dulu kerja swasta, masyukkk la sikit KWSP dia. Gaji banyak kena cut masuk KWSP. Kalau la boleh guna akaun KWSP suami cover bayar PTPTN CikSha kan best. Tapi sayangnya tak boleh.


Urusan ni CikSha yang setel dulu. CikSha buat lama dah. Bulan 11/2015 lagi. Dekat 2 tahun baru terhegeh nak kongsi. Hihihi. Suami pulak baru lagi setel. Dalam bulan 5/2017 camtu kot. Tu pun lepas puas CikSha berbuih-buih membebel suruh try bayar guna akaun KWSP sebab dia dapat surat warning terakhir dari Felcra. Boleh pun sebenarnya. Bukan PTPTN je. Janji pemberi pinjaman tu gov/semi-gov yang berdaftar dan diiktiraf. Kena pi tanya je kat KWSP.


Rasanya, untuk pinjaman dari memana pihak pun, sama je prosedur untuk permohonan pengeluaran pendidikan akaun 2 KWSP ni. Sebab ikut pengalaman kami laki bini yang sorang PTPTN, sorang lagi Felcra, prosedur dia sama ja. So, ni CikSha kongsikan eh.

1. Pi KWSP, bagitau nak setel pinjaman belajar dan check balance akaun 2

Nanti pegawai kat KWSP akan bantu. Dia akan check balance akaun 2. Lepas tu nanti dia akan terangkan dan bagi dokumen yang ada senarai perlu kita sediakan dan borang yang kena isi.

Ni dokumen kita dapat lepas dia check layak ke tak nak buat pengeluaran pendidikan.

Apa yang kita dapat nanti?

  • Borang Permohonan a.k.a Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)

Dokumen yang perlu kita sediakan :
  • Salinan ic depan belakang
  • Perjanjian Pinjaman dengan institusi pinjaman (dokumen yang kita sign masa memula kita buat pinjaman)
  • Surat Penyata Baki Pinjaman Terkini
  • Salinan Transkip/Skrol (sebagai bukti kita dah graduate)


2. Dapatkan latest tunggakan dan surat dari pihak pinjaman

Macam kes CikSha adik tolong setel dengan PTPTN kat Putrajaya nun sebab dia ada member dalam yang kerja kat PTPTN. Guna kabel ko nak check balance hutang. Haha. Nanti PTPTN akan buat surat penyata baki pinjaman terkini. Siap dengan salinan perjanjian pinjaman masa kita sign memula dulu. Dah dapat semua dokumen tu, adik pass la kat CikSha. Tapi korang boleh je gi kat cawangan PTPTN kat negeri masing-masing untuk tujuan check balance dan dapatkan suratnye. Senang lagi macam tu. Takyah la struggle pi HQ. PTPTN kan ada cawangan.

Macam kes suami CikSha, dia kena call HQ. Yayasan Felcra takde kot cawangan bahagian pinjaman kat negeri-negeri. Ada kat HQ je kat KL nun. So, dia berurusan melalui phone la. Nanti ada pegawai yang akan uruskan semua sampai la ke pos dokumen semua kat kita.


Contoh Surat Penyata Baki Terkini Pinjaman



Contoh Perjanjian Pinjaman


3. Pi KWSP semula untuk selesaikan urusan potongan akaun 2

Bila dah dapat surat dari pihak pinjaman, dah sediakan semua dokumen yang perlu, dan dah isi borang, boleh la proceed kat KWSP. Urusan nya sat je kat kaunter. Pegawai KWSP check dulu semua dokumen lengkap ke tak, check lagi sekali cap jari kita padan tak dengan cip kat ic tu, pastu dia ketuk ketak keybod komputer dia, siappp!

Nanti dalam seminggu dua kita akan dapat statement dari KWSP yang maklumkan urusan dah berjaya. Kalau pihak pinjaman baguih, dia siap bagi lagi salinan surat dari KWSP untuk urusan tu yang depa dapat untuk rujukan kita. Suami dapat dari Yayasan Felcra. CikSha takde pun dapat dari PTPTN. Tak tahu la pasaipa. Mungkin sebab suami bayar lumsum kot. CikSha tak. Duk berhutang lagi dengan PTPTN. Gamaknye la kot.


Statement dari KWSP

Contoh Salinan Surat Pembayaran kepada pihak pinjaman dari KWSP

Haaa..camtu je la caranya. Senang je. Tapi ada orang cakap nak berurusan dengan PTPTN ni remeh. Ntah la. Mungkin atas pegawai yang kita jumpa dan berurusan jugak kot. CikSha tak pasti yang tu. Sebab CikSha mintak tolong kawan adik kat HQ PTPTN. Tak pi berurusan kat cawangan. Atas rezeki jugak kot nak dapat berurusan dengan pegawai yang ok dan membantu. Biasa la tu kan bila berurusan dengan manusia.


Untuk buat pengeluaran pendidikan KWSP ni, memang wajib kita ni dah graduate ye baru layak. Kalau tak sempat graduate, berhenti belajar tetibe ke, memang tak boleh. Harap maaf. Sebab tu dia mintak salinan skrol/transkrip tu.


Bagi yang masih bekerja, bila amaun dalam akaun 2 KWSP tu dah berkepuk, boleh je buat lagi pengeluaran berkali-kali sampai la langsai baki pinjaman. Sambil-sambil tu bulanan bayar macam biasa. Cepat sikit habis tau kalau buat camtu. Macam CikSha yang dah jadi penganggur ni, sila cari income sampingan untuk langsaikan hutang belajar ye. Huhuh.


Hutang nan satu tu pun jenuhhhhhh nak membayar tau! Baru satu hutang CikSha oi. Orang lain yang bersusun hutang camne la gamaknya kerunsingan depa. Dengan pinjaman belajar, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman kawen, pinjaman peribadi (hoiii..banyaknya jenis pinjaman!). Fengsannnnn.


Nak tak nak, kena jugak usaha cari jalan langsaikan hutang kita kan? Wajib tu. Meh la kita bekerja sekuatnya. Semoga Allah permudahkan usaha kita. InsyaAllah.



Bisik-bisik :: HUTANG WAJIB DIBAYAR. 

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. singgah sini. cantiknyaa blog :)) ada kemudahan potongan ea kwsp ni? bagus bagus :))

    BalasPadam
  2. Minta lebih alert, ada no ic pegawai pengesah di surat penyata baki. Mohon padam nombor tersebut seperti mana penulis memadam maklumat sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ehh..betul la..saya memang tak perasan.. tak belek pulak kat situ ada no ic..tak sangka pulak kat cop ada letak no ic..careless betul saya pun tak belek betul-betul..tenkiu bagitau..saya dah edit dah..

      Padam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan