Menghitung Detik Kelahiran Si Kecit

Assalamualaikum. Hai.


Kesian betol kat belog ni. Dapat tuan pemalas tahap apa pun tak tahu la nak label. Hihi. Rindu sangat nak menulis. Tapi tu la. Macam tak sempat. Tak tahu time bila nak curi masa nak menulis walaupun aku sekarang ni jadi domestic engineer (baca : surirumah sepenuh masa) je.  Busy tau. Ingat duk rileks je ke. Ewahh.


Diam tak diam dah masuk bulan kedua di tahun 2016. Lamanyaaa blog ni sepi takde update eh. Aku pun sebenarnya duk menghitung masa nak beranak anak kedua pulak. Ngahahaha. Diam-diam berisi lagi oiii. Ni dah masuk 36 minggu perot memboncit. Hihi. 


Pregnant kali kedua ni memang unexpected. Tak sedar langsung pun ada si kecit ni dalam rahim aku. Sebabnya takda langsung tanda. No morning sickness at all. Kalau mak tak tegur memang aku tak check la. Dah 19 minggu ++ masa tu sebenarnya. Baru aku buat pregnancy test tau. Lepas balik ke Terengganu dari tengok mak kat rumah adik di Putrajaya. Sadis betul. Sian si kecit, ummi tak sedar kehadiran dia.



Mesti pelik eh camna aku boleh tak tahu aku mengandung. Sebabnya cik P dah lama tak mai jenguk. Lepas lahirkan yang sulung, hampir setahun cik P tak mai sebab breastfeed. Pastu bila  cik P mai, dia mai jenguk 2 bulan sekali pulak. Tak sangka pulak sebenarnya lepas mai kali pertama tu dah lekat rupanya. Yang mai kali kedua tu bukan die dah. Huhu. Banyak kali jugak la kena scan nak pastikan tarikh due yang sebenarnya. Kalau ikut tarikh last cik P mai yang aku tanda tu memang tak tepat dah. Doktor cakap memang kalau period dah tak menentu ni boleh jadi kes macam aku.







Bila dapat tahu je pregnant kali kedua ni, macam-macam la persoalan yang timbul. Antaranya:
  • Bukan yang sulung kena czer ke? Tak takut ke pregnant lagi?
  • Tak merancang ke? Awak yang nak ke husband yang nak?
  • Takkan tak perasan awak mengandung lagi?
Serius, rasa macam apakah soalan ini? Salah diriku inikah kerana mengandung lagi? Hahaha. Blur kejap. Hadap je la dengan tabah. Sampai rasa malas nak jawab dah pun ada. Telinga ni pun dah kebal rasa dengar misi duk bebel tiap kali pi checkup. Lantak kan je. Hahaha.


Sejujurnya, aku tak menolak pun rezeki Allah nak bagi ni walaupun tak jangka. Memang tak perasan mula-mula sebab duk fikir perut buncit sikit akibat lelemak degil sebab czer dulu. Hahaha. Pastu cik P tak tetap dah dan langsung takda morning sickness


At first, dulu ada ambik perancang yang cucuk depo 3 bulan sekali tu. Tapi sekali je ambik pastu stop sebab pinggulku membengkak akibat bekas cucuk tersebut. Sakit sangat. Huhu. Pastu konon nak ambik ubat je tapi orang tak disiplin penakut makan ubat macam aku ni memang ke laut la jawabnya. Last-last merancang sendiri je. Natural way la konon nye. Tak sangka pulak terkandas. Ngeeee. 


Perasaan takut tu ada la jugak sikit sebab yang sulung czer. Tak cukup 2 tahun umur die dah lekat si adik masa die umur setahun. Apa nak di kata. Terima dengan syukur je la. Rezeki Allah nak bagi.


Itulah cerita ceriti serba sedikit perkembangan terkini aku. Cerita pasal prenancy aku kali kedua. Harapnya kali ni dapat lahirkan si kecit ni secara normal dengan selamat tanpa sebarang masalah dan komplikasi. Semoga Allah perkenankan doa aku dan permudahkan urusan kami. Amin. Doakan kami ye kawan-kawan pembaca blog ku semua. Terima kasih.


Bisik2 :: Berdebar-debar menunggu hari tapi tak sabar nak tengok si kecit.

1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. lama tak baca blog membe aku nih...huuhuhuh..tahniah shada

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan