Cerita Raya 2015

Assalamualaikum. Hai!


Bersawang blog ni sebab tuannya pemalas yang teramat sangat nak update. Fuhhhhhh...tiup sikit sawang yang kononnya ada. Korang tak nampak..aku je boleh nampak. Hehehe. Bukan tak rindu nak aktif balik menulis. Berkongsi pendapat, kisah hidup diri sendiri, dan bermacam kisah lagi. Tapi, tu lah nye..sejak jadi 'orang rumah' sepenuh masa, sejak dah ada si kenit, memang tak sempat sangat nak online. Busyyyy sesangat. Dengan kerja rumah yang tak pernah habis, dengan si kenit 24 jam nak layanan istimewa. Berpeluh tiak den! Hihi.


Ohhh..by the way, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang sudi jadi pembaca blog kesayanganku ini. Belum terlambat lagi kan? Hari ni baru 18 Syawal. Hihihi. Ampun maaf seikhlas hati dipinta sekiranya ada penulisan-penulisan aku yang menyinggung hati. Peace (^_^)v yo! 


Alhamdulillah. Raya kali ni raya kali kedua sebagai seorang isteri dan ibu. Takde lagi pertambahan ahli baru. Masih bertiga. Anak kecit lagi oi. Rehat dulu. Seriau perot kena toreh masih duk terasa lagi. Huhu. Tahun ni sambut Satu Syawal di Terengganu lagi bersama keluarga Encik CH. Tahun lepas sebab masih dalam pantang. Tahun ni sebab Encik CH tak dapat cuti raya. I is ok je. Keluarga Encik CH kan keluarga aku jugak. Tak jadi masalah pun raya kat mana dulu. Mak pun faham situasi anaknya ni. Cinta mak sangat-sangat!


Raya ketiga baru beraya bersama keluarga di Penang. Dan sekarang pun aku masih lagi di rumah mak. Minta izin suami untuk tinggalkan aku dan anaknya stay lama sikit. Lepaskan rindu dengan keluarga kat sini sebab jarang balik. Beliau raya keempat dah kena balik Terengganu sebab esoknya dah mula kerja. Terima kasih suami sebab memahami isterimu ini. Cinta Encik CH sangat-sangat! Hihi.


Alhamdulillah. Masih berpeluang lagi sambut raya. Dah meningkat umur ni, raya ala kadar je. Baju raya pun tak beli tau. Pakai baju nikah je. Hihi. Raya pertama dan kedua aku ngekor je mak ayah mertua dan ipar-ipar pergi beraya rumah sedara mara sebab encik CH tak balik raya kena kerja. Malam raya kedua encik CH sampai kampung terus siap-siap nak balik Penang. Raya ketiga p jenjalan rumah adik-beradik mak pulak. Raya keempat suami dah nak balik Ganu, lepak je kat rumah. Pastu hari lain tu ada la jugak aku p melawat kazen dan besfren yang dalam pantang, ikut kakak p raya rumah kawan dia, p melawat opis lama beraya dengan x-officemate. Tu je kot aktiviti raya aku.


Malas pulak nak menaip panjang-panjang dah. Meh nak belanja gambar sikit. Memang sikit pun. Cukupla tu ye. Banyak-banyak nak buat ape. Hihi.


Gambar pertama sefamili yang ada untuk raya tahun ni di hari raya yang ketiga.



Syawal pertama bersama keluarga Encik CH. Famili abang ngah dengan abang ude je takde. Eh..suami cheq pun takde juge. Anak-anak perempuan je cukup korum.



Bersama kakak dan adik. Kami kan 3 beradik je. Eh..ada mak photoboom kat belakang. Haha. (^_^)


Dengan BFF tersayang Wahida dan Wani. Sian baby Wani terkepit. Maknye excited nak bergambar. Hihi.



Haa..itulah nye cerita raya aku tahun ni. Biasa-biasa je. Tak sempat nak p beraya rumah kengkawan yang lain kat Penang. Ni duk menghitung hari je suami mai jemput balik. Bukan boleh kire beliau tu. Kang tetiba je choihhh dah sampai depan rumah mak tanpa sebarang hint. Maafkanlah diriku ini ye. Bukan taknak bertandang raya rumah hangpa. Aku takde transport sendiri. Payah sikit la nak bergerak. Ampun. Harapnye takde la yang berasa hati. Macam la depa pedulik aku p ke tak rumah depa. Depa baca blog aku pun tak yang aku nak mintak ampun bagai. Huhuhu.


Ok la. Sampai sini dulu bebelan aku. Kalau rajin aku update pulak nanti blog ni ye. Selamat hari raya aidilfitri!



Bisik-bisik :: Semoga lepas ni makin bertambah rajin la aku update blog. Hihi.


3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. Update lah blog akak. Nak baca next entry pulak :)

    BalasPadam
  2. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan