Assalamualaikum. Hai!
Dah rupa macam ulor pulak bersalin kulit tajuk entri nye. Hehe. Kalau korang pengikut setia belog aku ni, mesti korang perasan ada perubahan secara menyeluruh yang telah terjadi kat belog busuk ni. Perasan tak? Ha'ah. Aku dah ubah design template belog ni. Dah berubah dah wajahnye. Takde dah pinky di keseluruhan belog. Kalau idak berpinar je mata masuk belog aku, pink je semua. Ihiks.
Semenjak dah jadi isteri orang ni, taste warna dah berubah sikit. Sikit je la tapi. Ko ingat senang ke nak buang kegilaan iols pada warna pink? Iols kan perempuan sejati. Gituuuu. Haha. Masih lagi ada warna pink kat belog ni. Tapi tak banyak dah la. Tukar selera sikit. Kite gabungkan dengan warna soft blue yang kiut gitu. Nampak berseri belog iols dengan wajah baru ni. Ewah.
Sebenarnya pertukaran template ni aku buat pada 28/10/2013 yang lalu. Sempena setahun aku bertunang dengan encik CH yang kini dah pun jadi suami. Hehe. Tapi tak sempat nak update tulis entri. Sibok belek coding. Lepas tu tambah page-page baru untuk servis design yang aku buat. Berhari-hari jugak nak siapkan semua entri baru untuk setiap servis tu ha. Gigih sangat. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal servis tu boleh la pergi kat [link ini].
Wajah lama blog busuk ini yang bakal dirindui. |
Wajah baru belog busuk ini yang lebih simple. Muka owner tempek bawah sekali sebab dah jadi pemalu sejak jadi isteri orang. Tak sio teman nak tempek gambar sendiri beso-beso kat header. Malu. Ihik. |
Lepas setelkan design baru blog ni, aku sibuk pulak install design template baru untuk 2 orang customer aku yang dah lama menanti perubahan wajah blog dorang. Dari bulan 7 tak salah aku. Tapi aku asyik pospon buat sikit-sikit design blog dorang. Sebab masa tu sibuk sangat dengan persiapan nak kawen. Tak sempat nak fokus. Huk3. Nasib baik la dorang ni jenis penyabar tahap tertinggi. Sanggup tunggu. Terima kasih sangat-sangat sebab memahami situasi aku di waktu genting itu.
Terharu dapat customer macam ni. Alhamdulillah sebab setakat ni semua customer aku memang jenis penyabar dan memahami. Macam iols jugak. Ihiks. Allah memang selalu pertemukan aku dengan customer yang perangai lebih kurang aku je. Alhamdulillah. Allah Maha Mengetahui. Semoga lepas ni pun aku masih dipertemukan dengan customer yang baik-baik belaka. Amin.
Nanti aku update portfolio untuk 2 blog tersebut eh. Sekarang ni tengah mengumpul kekuatan dan mencari idea untuk design blog kakak ipar pulak. Beliau baru nak menapak buat bisnes online. Jadi minta aku buatkan blog. Sabar eh kakak ipor. Adik ipor mu tengah mencari idea untuk design ni. Hehe.
Bisik-bisik :: Semoga rezeki aku dalam servis design blog ni bertambah-tambah le lagi hendaknye. Amin.
salam. terasa nak tukar header tu tp sy x tahu guna photoshop. berapa caj utk satu header? tq
BalasPadam