Wedding DIY Project : Bunga Telur

Assalamualaikum. Hai!


Memandangkan aku ni adalah pengantin bajet ciput, hehe.. maka semua menda alah yang remeh temeh aku akan DIY. Gigih tak? Ye la..kalau nak beli yang siap pun ingat tak guna banyak duit ke? Mahai kot. Baik buat sendiri je. Bajet dah tentu-tentu la tak banyak nak kena keluar. Lagi satu, lebih puas hati sebab hasil tangan sendiri yang nak kata kreatif sangat tu idok le jugak nye pun. Hehe.


Kalau hari tu aku DIY Guestbook, kali ni aku DIY bunga teloq pulak. Puas hati habaq hang bila buat sendiri walaupun ambik masa la jugak nak siap nye. Uhuk! Sekarang ni aku baru buat 70 kuntum. Itu pun belum siap sepenuhnya lagi. Baru buat kuntum nya. Badannya belum buat lagi. Kendian baru nak buat. Ada lagi 130 kuntum menanti. Sob sob.


Memang aku bajet nak buat 200 kuntum bunga telur. 100 kaler macam contoh kat bawah. 100 lagi kaler 'rahsia'. Siapa yang cepat dia la yang dapat nanti. Kalau tak dapat jangan marah ye. Ni bunga telur yang nak letak kat pelamin punya. Kalau nak, kena pi ambik sendiri kat pelamin masa hari kejadian. Haha.


Okey. Ini aku nak kongsikan camna aku buat bunga telur ni. Versi Cik Shahada punya. Hehe. Memang sebelum aku buat yang versi aku ni, aku gugel merata dah nak tengok bunga tisu orang lain buat camna. Comei-comei je. Bulat-bulat kembang mekar semuanya. Jadi aku taknak la buat sama pattern macam orang punya. Aku pun buat la eksperimen sendiri nak jadikan bunga tisu aku tu lain macam sikit. Menjadik weh! Nasib baik cantik. Seronok gila rasa. Hehe.


Jadi kat bawah ni langkah-langkah nak buat bunga telur tisu versi cik Shahada. Aiseh! Jom tengok! Nanti aku share bajet nak buat bunga ni dan bahan-bahan yang aku guna.

1 : Itu saiz asal tisu fresh keluar dari plastik. Agak besar. 40cm x 40cm.
2 : Bentangkan. Lepas tu, lipat 3 bahagian. Dah lipat 3 bahagian tu lipat lagi 3 bahagian.
3 : Hasil lepas dah lipat macam cara kat nombor 2 tadi. Satu tisu ni boleh dapat 9 keping.
4 : Beza saiz. Sebelah kiri saiz tisu asal. Sebelah kanan saiz tisu yang dah di kecik-kecik kan. Hehe.

*Pakai tisu ikea ni best. Sebab dia 3 lapis. Boleh guna 3 keping yang dah dipotong kecik tu dan dapat 9 lapis kelopak bunga. Cantik sikit sebab nampak kembang. 1 tisu boleh dapat 3 kuntum bunga. (^_^)


Duduk saje-saje depan tv tu boleh la lipat-lipat tisu jadi bentuk kipas banyak-banyak. Hehe.


1 :  Ambil tisu yang dah lipat bentuk kipas tu. Gunting hujung kat dua-dua belah bentuk V.
2 : Kembangkan sikit kipas tu supaya senang nak tarik sehelai-sehelai jadikan kelopak.
3 : Ambil bunga kecik yang bijik-bijik tu letak kat tengah-tengah. Lilit dawai bunga kecik tu kat dawai yang ikat tisu tu supaya dia tak bergerak masa kita dok leraikan tisu tu.
4 : Tadaaa. Itulah hasilnya! Cantik tak? (^_^)

Kena hati-hati masa leraikan nak jadikan kelopak bunga sebab tisu IKEA ni sensitip sikit. Dia nipis dan lembut tak macam crepe paper. Hati-hati ok!


Sebahagian bunga yang dah siap. Tu si minah tu memang suka interprem sikit. Hehe. Dia teman aku buat bunga ni tempoh hari sebab aku tinggal sensorang kat rumah. Mak pergi rumah adik kat Putrajaya. Kakak pulak pergi rumah suami dia kat Seremban. 5 hari dorang pergi sambut puasa kat sana. Tinggal aku berpuasa sensorang kat rumah. Sobs. Nasib baik ada minah ni teman.


Itulah bunga tisu versi cik Shahada. Hehe. Sekarang mari kita kira bajet pulak.

Tisu IKEA (2 bungkus : 100 keping) = RM11.90 x 2 = RM23.80
Lidi (2 bungkus : 200 cucuk) = RM2.70 x 2 = RM5.40 
Manik bunga (18 bungkus : 216 kuntum) = RM2.25 x 18 = RM40.50
Soletep bunga (5 gelung) =  RM0.90 x 5 = RM4.50
Riben = FREE (ready stock)
Kain net = FREE (ready stock)

TOTAL = RM74.20...Murahnya! Dengan harga tu dapat 200 kuntum bunga telur. Wohoo. Andai kata kena beli riben dan kain net tu pun rasanya ada dalam RM120 je la kot. Kalau beli yang siap punya mahu ratus-ratus habes. Sangat super jimat. Yeay! Hehe.


Semua ni aku buat sensorang tanpa bantuan sesiapa pun. Kalau ade yang offer nak tolong pun macam mak, memang aku tak kasik. Biar aku buat sorang takpe. I is cerewet ye. Kang orang buat tak kena macam yang aku nak kang aku pulak yang bertukar jadi hulk mengamuk tak tentu hala. Haha. Lebih baik aku buat sendirian berhad. Takde la dapat dosa marah orang je nanti. Sobs.


Selain DIY bunga telur ni, aku ada jugak DIY untuk centerpiece atas meja makan tetamu dan korsej untuk famili. Pakai la kome semua korsej hasil tangan aku yang mabeles itu. Hahaha. Sekarang tengah gigih nak siapkan. Malam-malam lepas buka puasa dah kena start buat. Terpaksa la ponteng terawih kat masjid. Buat sendiri je kat rumah sebelum kroih kroihh membuta. Tu pun kalau tak mengantuk tahap gaban. Uhuk! Teruk betoi aih perangai cik Shahada korang ni. (-_-")


Ni aku tengah gigih print kad pulak. Tu yang stop sekejap buat bunga. Sempat la nak menaip satu entry ni ha untuk korang sebelum sahur. Aku belum tidur lagi ni. Arghhhh. Ngantukss. Huhu. Kalau ada yang nak try buat bunga tisu macam aku ni, ikut je step yang aku kongsi kat atas tu ye. Selamat mencuba! Sonang je tu. Tapi kalau malas nak buat, nak upah aku pun boleh saje. Aiseh. Kemain tu offer nak buat yang orang. Sendiri punya pun jenuh nak siapkan. Hehe.



Bisik-bisik :: Nanti aku share pasal kad pulak ye! Pengantin bajet memang camgini. Semua pun nak buat sendiri. Haha!

29 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. bagusla tu.. sekurang-kurang lebih puas hati n kalau nak buat lebih pun masih boleh jimatkan bajet.. good job! hehe, :)

    BalasPadam
  2. LAWA....memang jimat pun...nak jugak bunga tu...harap dapat la nanti ye..

    BalasPadam
  3. KRETIPPPPP....klau k.zai alamatnya comot je bunga tu...hik3

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama22/7/13 9:03 PG

    Shada...cantiknya...nanti zana nak tempah kat shada lah...bleh ker? ;)

    BalasPadam
  5. @Nur Hani M. :: memang sangat puas hati! hehehe..

    BalasPadam
  6. @adnil linda :: betoi2..seronok buat sendiri walaupun ambik masa..hehe..

    BalasPadam
  7. @aDisH.sHidA :: mekaseh kak..(^_^)

    boleh..nanti saya bagi kat akak..

    BalasPadam
  8. @Z@i Z@mR33 :: ekekeke..kretipp la sangat saya ni ha kak zai..kretop ada la...kui3..

    BalasPadam
  9. @Zana :: zana serius ke nak upah shada? boleh je..kui3..

    BalasPadam
  10. cantiknya...tp mmg betul drpd beli lebih baik kit abuat seniri jimat separuh hrga...kdg2 lebih

    BalasPadam
  11. wah suke.. err.. kerts tisu tu yg camne.. tisu mmg ade warna ek...

    BalasPadam
  12. terbaekkk!! bagus kak sha ni! semuanya DIY.. sebenarnye kalo ezma ade masa yg sangat2 lapang pon ezma nak DIY je bunga telur sendiri.. tapi kakak ezma sponsor bunga telur, jimat duit n masa ezma kat situ. hehe :D

    kak sha, selamat membuat persiapan saat2 terakhir. i bet u will be the beautiful bride soon insyaAllah =)

    BalasPadam
  13. cantiknyaaaaaaa! Macam bunga hidup :D

    BalasPadam
  14. @kiki yumi :: betol2..memang kena rajin..kalau tak rajin mmg tak jadi..kih3..

    BalasPadam
  15. @MR yang ni terlebih jimat banyak dah..hehehe..seronok sangat dapat buat sendiri..

    BalasPadam
  16. @cci :: a'ah..tisu tu memang kaler tu dah..ari tu turun KL pergi jalan2 kat IKEA..ternampak tisu ni terus terbayang nak guna untuk DIY bunga telur..tu yang rembat tu..hehehe..

    BalasPadam
  17. @eZmALiZa :: kak sha pengantin bajet ezma..sempat ke tak sempat ke memang kena jugak curik masa nak DIY..kih3..

    terima kasih..insyaAllah..doakn yang terbaik untuk kak sha tau..^_^

    BalasPadam
  18. @Leods Presla :: terima kasih..me like it too! hehehe..

    BalasPadam
  19. @Tasya :0 :: tenkiu..a'ah..kite pun baru perasan nampak macam bunga hidup..hehe..

    BalasPadam
  20. @Princess Peanut :: mekasih..a'ah..yang penting JIMAT..hehehe..

    BalasPadam
  21. bagus riesha buat mcm ni ! org yg taknak spend banyak boleh refer. sebenarnya kahwin ni takyah spend mahal2. :D sbb bazir.

    BalasPadam
  22. Cik Lala Mia2/8/13 10:34 PTG

    hai slm perkenalan..terbaca entry pasai DIY ni,menarik,mohon copy,buat deko kat rumah...jemput tgk blog sy..tata

    BalasPadam
  23. http://littlepinkbakawali.blogspot.com/ ini link blog sy..nice job,kretif...slm perkenalan..nice to meet u!

    BalasPadam
  24. Singgah ziarah dari blog Kak Anim... Menarik ni boleh kongsi2 akak pun tengah dok ready barang2 utk pengantin bajet jugak tapi bukan akaklah, abang akak...:)

    BalasPadam
  25. @Shahada Fauzi

    nk tny blh x kak..lps lipat2 jd kecik tu..akk gunting jd 3 bahagian ke kak atau akk potong jd 9 bahagian..

    BalasPadam
  26. dear..tq sgt untuk info berguna ni..saya pon bakal pengantin bajet gak ni..nak berjimat sehabis boleh.hihi..tq

    BalasPadam
  27. Tanpa Nama1/4/15 4:14 PTG

    Mmg berbaloi buat sdri.. Beli siap kt luar cekek darah!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan