Wedding DIY Project : Guestbook

Assaalamualaikum. Hai!


Memandangkan dah tinggal lagi 80 hari sebelum majlis, maka aku telah pun mula memaksa diri sendiri untuk menjadi rajin tahap super untuk projek DIY. Dalam kepala hotak berkarat aku ni, dah macam-macam yang aku fikirkan untuk DIY itu ini.


Lama dah sebenarnya aku buat wishlist nak DIY untuk wedding sendiri ni. Tapi nak mula tu memang pemalas tahap gaban. Buat kerja macam siput. Selagi tak kena ketuk selagi tu la buat donooo je. Mak dengan kakak aku hari-hari berleter. Kadang-kadang rasa macam yayik telinga aku ni dah tebal melampau sebab hari-hari kena leter. Kui3.


Jadi untuk projek DIY yang pertama, aku mulakan dengan GUESTBOOK. Alang-alang tengah rajin nak mendesign, sambil-sambil design blog customer, aku design sekali la untuk guestbook. Hasilnya sangatlah memuaskan hati sebab aku yang design sendiri. Hehe.


Encik CH pun puas hati bila aku MMS gambar guestbook yang telah terhasil. Yang penting die kata "Lawo Sayang...". Memang gembira tak terhingga la aku. Rasa macam nak lompat-lompat bintang sampai kurus. Haha.


Aku ambil 2 malam je untuk siapkan. Malam pertama design. Malam kedua printing. Hari ni tinggal nak pergi binding je. Yeay! Nak tengok hasilnya? Nah. Belek la sampai juling bijik mata korang. Hehe.


Proses men 'design' sedang berlangsung ketika itu.


Hasilnya setelah siap di cetak. Omeiiii nye! *puji hasil kerja sendiri* Hoho.


Nah tengok beso sket cover luar. Santek tak kite buat? :P

Semua adalah hasil tangan kayu aku yang super duper megik ini. Hehe. Dari design isi dalam sampai la ke cover die. Kos nak buat ni pun murah saje. Berbaloi-baloi. Yang penting sangat puas hati la. Kalau tempah kat orang belum tentu lagi aku akan berpuas hati sebabnya aku ni CEREWET TAHAP TERTINGGI. Memang elok sangat la aku buat je sendiri. Yang penting jimat! Kena rajin je. Bile rajin kejap je dah siapnye ha.


Berikut aku kongsikan bahan-bahan dan kos yang aku gunakan untuk buat guestbook ini.

  • A4 colour paper 80gsm (100pink + 50grey) = RM 9.60
  • 1 keping card paper (untuk cover dalam) = RM 0.50
  • Ring file (untuk cover luar) = RM 3.20
  • Nest wrapper = FREE (pembalut hadiah frame yang fair and lovely bagi masa event SIMBS)
  • Sekeping doily paper = FREE (ready stock)
  • Riben = FREE (ready stock)
  • Hiasan = FREE (kerongsang yang dah tak pakai)
  • Gam UHU = RM 4.10

Sekarang cuma kos binding je tak pasti lagi berapa. Aku nak buat binding yang besi bebulat macam kat buku nota yang hard cover tu. Omei sikit. Hehe. Mungkin dalam RM10 la kot aku budget. Mungkin jugak kurang. *update : kos binding dapat free..tuan kedai sponsor..hehe..hepi melampau! Jadi total perbelanjaan yang aku spend untuk buat guestbook ni  tak sampai RM20 pun. Yeay!


Memang puas hati buat sendiri. Haa..ade ke yang berminat nak upah aku? Kompom korang puas hati. Sebab aku kan cerewet. Mesti la nak hasil kerja tu cantik je. Ecewah. Aaa sudah. Nak ambil upah buat guestbook pulak ke cik Shahada oi? Hak3. Lega dah siap satu DIY. Lepas ni nak buat kad pulak. Kad sonang je. Printing je atas kad ready made. Hoho. Pasal kad next entry pulak la ye bila aku dah buat.



Bisik-bisik : Seronok sebenarnya DIY ni. Boleh tunjuk skill terhebat yang ada dalam diri. Eceh! :P

29 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. nice and creative...lepas ni boleh amik tempahan pulak dear...

    BalasPadam
  2. cantikkk!!!!!

    pandai kak sha design!!

    nak sign jugak kat guestbook kak shaaaa!!!!!!!!

    :)

    BalasPadam
  3. @Farah Waheda Wahid :: mekaseh kak farah..hehe..insyaAllah..mane tahu tetibe terajin nak ambik tempahan..boleh kembangkan bisnes..hehe..

    BalasPadam
  4. @aDisH.sHidA :: mekaseh kak shida ku sayang..ekeke..kembang sikit rase bile akak cakap lawa..hehe..:P

    BalasPadam
  5. @eZmALiZa :: tenkiu adikku ezma.. (^_^)

    kena datang wedding kaksha la nnt baru boleh sign..hehe..

    BalasPadam
  6. amik tempahan tak hahaha

    BalasPadam
  7. bagus2... buat DIY sendiri lg bermakne... thumbs up =)

    BalasPadam
  8. sha !! tinggal 80 hari je!!! :Dmesti dah nervous dah ni. hehe. :D

    BalasPadam
  9. untung la kreatif diy...i heart u kak sha..hihi

    BalasPadam
  10. @MR :: haha..ade ke orang nak upah? :P

    BalasPadam
  11. @zaza :: betol2..DIY sendiri puas hati sangat..hehe..

    BalasPadam
  12. @Namee Roslan :: nerveous tu tak rasa lagi la namee..hehe..

    BalasPadam
  13. @micah aje :: i heart u too my dear..hehe..

    BalasPadam
  14. cantik! untungnye org kreatip ni =)

    BalasPadam
  15. salam..sis proses design tu sis pkai software ape ye?..hehe

    BalasPadam
  16. @awEEN :: terima kasih..takde la kretip sangat pun..hehe..

    BalasPadam
  17. @CoMbiE GurLGurL :: wassalam..pakai photoshop dear..

    BalasPadam
  18. Assalamulaikum comel guestbook terasa nak buat juga nanti wedding kita hehe

    BalasPadam
  19. Fantastic website! Have a nice day!

    BalasPadam
  20. cantik buat sendiri guestbook ni..
    awk..nk copy boleh ke?
    yg bhgian dalam tu dgn cover luar?
    kalu sudi share..fanana87@gmail.com

    BalasPadam
  21. salam..boleh mintak design yg u buat nie x?tq..nnt email dekat ayumieyda87@gmail.com

    BalasPadam
  22. Tanpa Nama30/3/16 5:12 PG

    design guna adobe photoshop ke?? mna cari gmbr2 kartun tu? blh tnjuk cara x?

    BalasPadam
  23. Tanpa Nama29/5/18 9:57 PG

    Hello, I enjoy reading all of your article post.
    I like to write a little comment too support you.

    BalasPadam
  24. Tanpa Nama29/6/21 5:53 PG

    Somebody necessarily lend a hand to make significantly
    articles I would state. This is the very first time I frequented your
    website page and up to now? I amazed with the research you made to create this particular post amazing.
    Magnificent activity!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan