Cuti 2013 : Ipoh dan Cameron Highlands

Kisah cuti-cuti lagi. Bulan ni macam banyak sikit aku pergi berjalan. Lagipun ada orang belanja. Aku laju je la ngikut. Mekaseh kakak dan abang ipar kesayangan yang memang suka belanja diri ini. Ailebyu la! Hehe. Destinasi kali ni ke Ipoh dan Cameron Highlands pulak. 

LOST WORLD OF TAMBUN

Kami bertolak pagi Sabtu. Terus menuju ke Ipoh. Nak pergi Lost World of Tambun je semata-mata. Bawak si budak kecit Iqbal tu pergi mandi manda kat sana. Sampai-sampai kat sana, punya la ramai manusia. 

Yang tak menahan tu mahai betoi harga tiket nak masuk mandi kat situ. Lepas tu dah la tak boleh bawak makanan sendiri. Kena beli dalam tu. Keluar duit lagi. Nak main-main kat dalam tu pun kena bayar lain. Duit lagi. Memang buat duit sungguh. Orang mesekin takde duit macam aku ni memang harem la aku nak masuk. Ni pun nasib baik abang ipar yang belanja. Untunglah~~ Hahahaha.

Kami kat dalam tu ada la dalam 2 jam je kot. Setakat nak mandi manda je pun. Nak buat aktiviti lain tak koser la nak keluar duit lagi membayo nye. Pehtu kakak ai yang tengah mengandung tu bukan larat pun nak jalan sangat. Yang mandi pun abang ipar dengan anak die je. Aku, mak dengan kakak lepak kat pasir tepi kolam mandi tu feeling macam tengah bersantai tepi pantai kononnya.

MENARIK UNTUK DIBACA



KINTA RIVERFRONT HOTEL & SUITES

Lepas dah settle aktiviti kat situ, kami pun bergegas pergi ke hotel tempat nak menginap pulak. Kakak yang book. Hotel baru tepi Sungai Kinta. Kinta Riverfront Hotel & Suites namanya. Serius cantik. Kakak amik yang apartment. Dapat tingkat 14. Tinggi melangit oii. Gayat aku nak tengok kat bawah. Rasa macam pening-pening lalat gitu.

Malam tu tak pergi memana pun. Aku dengan mak melepak je kat apartment. Kakak, abang ipar dengan Iqbal je yang turun pergi menikmati suasana malam kat bawah sekitar Sungai Kinta. Cantik. Macam I-City kat Shah Alam tu. Lebih kurang la kot. Aku pun tak pernah sampai lagi kat situ. Agak-agak je. Hehe. Tapi sepanjang Sungai Kinta tu ada pokok-pokok berlampu warna-warni. Cantik sangat. Aku snap gambar dari atas je. Tak berapa nak clear sebab pakai henpon cap ayam aku tu.

Malam tu memang meriah gila kat kawasan situ. Siap ada percikan bunga api lagi ok. Aku boleh tengok secara dekat dan privacy dari tingkat 14 tu tau. Tak payah bersesak-sesak dengan orang ramai pun macam korang nak tengok bunga api time new year dengan merdeka. Hehe. Happening betol malam tu kat situ. Rupanya ada wedding kat hotel tu. Patut la. Apa-apa pun memang 'hidup' la Ipoh malam tu aku rasa.

Kalau ada peluang korang cuba la pergi. Tak payah stay kat hotel tu pun takpe. Just jalan-jalan ambik angin kat sepanjang Sungai Kinta tu. Yang penting kat situ free kalau korang nak tengok pokok berlampu. Tak payah bayar macam kat I-City Shah Alam. Haha.


I-City Ipoh waktu siang dan malam.


CAMERON HIGHLANDS

Sebenarnya pada awal nya tak merancang pun nak pergi sini. Pagi tu tetiba kakak kejut suruh siap-siap turun sarapan lepas tu nak gerak pergi Cameron Highlands sebelum balik Penang. Baru aku feeling nak tidur lama sikit dalam bilik ekon kat situ lepas Subuh. Dah terbantot. Aiseh. Potong betol la kakak ai ni. Hehe. Maka kami pun bersiap-siap la. Lepas dah sarapan dan check-out terus gerak pergi Cameron Highlands.

Sepanjang perjalanan 'memanjat' jalan ke puncak tu aku tidur je. Sebab aku kompom kalau berjaga, aku akan mengeluarkan segala isi perut yang ada. Rugi la sarapan macam-macam kat hotel tadi. Jadi aku tak dapat la menikmati panorama sepanjang perjalanan. Jaga-jaga je dah sampai kat atas. Haha. Tak kisah sangat pun sebab dah banyak kali pergi sana. Kali ni pergi saja nak bawak mak pulak.

Kat situ kami singgah beli sayur-sayuran segar yang murah nak mati. Lepas tu pergi singgah kat Rose Valley.  Kakak teringin nak pergi. Kemahuan ibu mengandung ni memang kena turutkan je. Kang kempunan pulak baby dalam perot. Eh? Macam takde kaitan pulak. Hehe. 

Lepas dah puas bergambar kat Rose Valley tu kami pun bertolak balik. Macam masa pergi tadi, time balik pun aku lena jugak. Sedar-sedar dah sampai kat RnR Bukit Gantang. Tido je kerja aku. Hoho.




Itulah cerita cuti-cuti kali ni. Next time tak tahu bila lagi dapat pergi bercuti dengan famili kakak cam gini. Maklum la dah nak tukar status dah aku ni ha. Pastu kena duduk jauh dengan famili. Sob sob. Apakan daya. Mengikut kehendak suami. Aiseh. Hehe. Tapi takpe. Ada rezeki boleh reunion adik-beradik cuti kat mana-mana. Mesti seronot. Kan?


Bisik-bisik :: Malam Khamis ni nak balik kampung. Yahooo! Boleh jumpa encik CH. Rindu sangat. Eceh. :P

3 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. amboi bestnya depa...

    sakan berjalan.... sedang menikmati masa-masa terakhir sebagai bujang eyh? keh3...

    P/S: jom bantu saya merealisasikan IMPIAN PERKAHWINAN

    BalasPadam
  2. Dapat cuti2 rehat2 hilang stress.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan