Assalamualaikum. Hai!
Sedar tak sedar dah nak penghujung bulan 5 dah. Hoiiii. Cepatnya masa berlalu. Dan ini adalah entri kedua aku untuk bulan ini. Haha. Punya la pemalas tahap tertinggi aku nak menulis belog sekarang ni. Teruk betul perangai. Dan entri kali ni pun masih lagi entri portfolio. Itu je la ideanya yang ada pun nak menulis buat masa ni. Hadap je la ye. Jangan marah. Ehehe.
Job kali ni dapat dari Puan Huda Karim. Lama dah beliau ni tunggu untuk belog beliau di 'make over'. Ehehe. Tapi nak tak nak terpaksa kena tunggu giliran. Nasib baik la beliau ni penyabar orangnya. Sanggup tunggu dan menghadap kelembapan aku siapkan belog beliau. Uhuk! Terima kaseh kerana memahami situasi diri ini.
Puan Huda request nak design yang simple dan family type. Lepas tu warna tema purple dengan lilac. Camne rupa bentuk design tu semua nya terpulang kat kepala otak berkarat aku ni. Jenuh gak mikir cari idea nak design. Berminggu jugak la. Hari-hari mikir camne nak design. Amboi. Hehe. Takde la sampai setiap masa mikir. Ada kerja lain sama jugak nak kena mikirkan kot. Cumanya otak ni ligat jugak la cari idea bila teringat. Jadi......inilah hasilnya design Belog Puan Huda Karim.
Rasa macam comel pulak design blog Puan Huda ni. Eh? Puji hasil kerja sendiri pulak. Ehehe. Tapi serius macam rasa suka dengan design yang aku buat kali ni. Rasa macam hari-hari nak bukak belog Puan Huda sebab nak tengok hasil kerja sendiri. Errr..psiko nye cik Shahada ni. Haha. Oh ye. Kalau korang nak tengok rupa belog ni boleh la menjenguk ke sini : BELOG PUAN HUDA KARIM.
Yeay! Tinggal lagi satu belog nak kena siapkan. Sedang mencari idea. In progress. Harapnya customer yang seterusnya masih sabar menanti dan sanggup hadap kerja iols yang super lembabs ini. Haishhh. Tak sabar pulak nak berhenti kerja. Boleh fokus dengan job design dan amik banyak-banyak upah. Haha. Tamak haloba betol!
Bisik-bisik :: Contact la saya bila-bila masa kalau berminat nak cuba khidmat saya ye. Tenkiu~~~
wah menarik juga blog ni.. huhu.. :D
BalasPadamtlg tukar template blog saya bleh ??? hehehehehe :P
BalasPadamcantik dan rajin sangat main coding and design design , saya ni malas tapi mahu. gitu :(
BalasPadamhehe.tu la satu perkejaan yang guna idea ni..nak kena kerah idea kan. namee time design building pun rasa stress sgt.sha...pandai flash tak ?
BalasPadam