SIMBS Part 4 : Sesi Live Blogging

Assalamualaikum. Hai!


Kita sambung lagi. Dah masuk part 4. Banyak part lagi ni. Harap bertabah la korang nak membaca ye. Pengalaman manis haruslah dikongsi. Aiseh! Haaa..untuk sesi live blogging ni, korang bolehlah baca entri yang aku tulis on the spot masa event tu kat dalam entri Event " Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti" ni.


Dia bagi masa dalam sejam gitu kot untuk tulis satu entry tentang event tu. Gila ko! Tak pernah aku tulis belog dalam masa singkat gitu then publish on the spot. Kebiasaannya aku tulis satu entri blog memang makan masa 2-3 jam jugak la. Dengan nak membelek isi entri yang dah aku taip. Repair sikit bagi sedap nak baca. Itulah pertama kali selama aku blogging tulis blog dalam masa yang singkat. Terer jugak rupanya. Haha.

Sesi edit gambar untuk sumbat dalam entri. A'ah. Saya selalu edit gambar guna photscape. Nak bagi ade border gitu dan gambar nampak cantik. Hehe.


Harus la kushyuk masa update blog. Fokus gitu. Hehe.


Masa tengah duk menaip kan kite tak perasan ekspresi muka sendiri macam mana. Tetiba kan Cik Epal tegur, "haaa..tu apa senyum-senyum sendiri sambil update blog!". Haha. Kantoi sambil menaip sambil renyih sorang-sorang memasing. Punya la fokus sangat kan. :P


Petua nak update blog dalam masa yang singkat adalah tak perlu nak menaip dengan panjang lebar. Cukup tempek gambar je. Sekejap je dah boleh siap satu entri. Tapi kalau blogger jenis macam aku yang suka menaip entri dengan panjang sampai cecah lantai, blogging macam gini adalah kurang menggembirakan hati. Sebab tak dapat berleter panjang-panjang. Hehe. Lagipun aku kurang nak share gambar sendiri kat belog ni. Malu la. Iols kan tak santek. Kui3.


Apa pun, ini adalah pengalaman baru yang menyeronokkan juga. Boleh praktik bila takdo masa nak menaip. Tempek je gambar. Tadaaaa. Siap dah satu entri. Pembaca pun ada macam-macam jenis jugak. Ada yang suka membaca. Ada yang tak suka membaca nak belek gambar je. Ada yang suka membaca sambil cuci mata belek gambar. Lain orang lain cara kan? Yang penting, masing-masing gembira dengan cara tersendiri.



Bisik-bisik ::  Blogging ni memang menyeronokkan. Satu terapi buat diri aku. (^_^)


1 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. wah wah....kena live update. kalau namee blur nak tulis apa. haha.selalu entry dalam sejam lebih gak. hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan