SIMBS Part 1 : Sesi Pengenalan

Assalamualaikum. Hai!


Hajat di hati nak siapkan kerja design yang berbaris tunggu giliran untuk disiapkan. Tapi idea tengah ke laut la pulak. Jadi marilah kita menghapdet belog. Ekeke. Harap para customer saya sabar menanti. Kerja design ni memang memerlukan idea yang mencurah-curah baru hasil die mabeles dan siap dengan sempurna. Cumanya memang kena ambil masa la sikit. Uhuk! Banyak pulak alasan aku kannnn? Harap maap. Lepas dah puas membebel kat belog ni nanti saya akan berhempas pulas memerah idea dan siapkan blog anda ye.


Dah seminggu tertangguh entri pasal event "Serikan Impianku Menjadi Blogger Selebriti" [SIMBS] anjuran Fair&Lovely yang aku pergi minggu lepas. Huiii..selow betol la Shahada ni. Al-maklum la, gadis bekerjaya macam saya ni memang semedang je sibok. Tak menyempat nak update blog. Kerja kat opis bertimbun. Kerja part-time design pun bersusun. Tu la tak menang tangan tu. Ceehhh. Padahal pi skodeng blog orang menyempat je aku ni ha. Kui3.


Kalau nak baca entri first pasal event ni boleh la skodeng kat entri yang aku tulis semasa sesi 'live blogging' hari tu. Yang tu mukadimah je tau. Yang ni baru nak start cerita pasal event tu secara detail dan berperingkat-peringkat. Kalau tulis satu entri memang tak cukup noks. Dah la aku ni stok tulis blog panjang berjela pastu detail kemain. Muntah darah pulak kang korang nak membaca. Haha. Jadi marilah kita mulakan entri pasal event tu dengan sesi pengenalan.


Macam yang aku cerita dalam entri lepas, aku dijemput pergi event ni dah lama dah. Dapat je email dari dorang, terus aku teruja nak join. Maklum la, sepanjang hampir 4 tahun blogging, ini adalah kali pertama aku dijemput pergi event yang agak eksklusif cenggini. Lepas tu, hanya blogger yang terpilih pulak tu yang dijemput. Die skodeng blog habes-habes sebelum nak jemput tu. Nak pastikan blogger tu betul-betul menepati piawaian. Terharu aku wei. Aku antara 10 blogger yang terpilih. Rasa macam nak lompat-lompat bintang keriangan. Haha. Over sangat! Jom skodeng gambar lagi. Biar gambar yang bercerita sambil aku berleter. Kui3.


Tempat event berlangsung. Serius best tempat ni. Boleh conteng-conteng dinding die wei.


Host pada hari kejadian. Friendly sangat. (^_^)


Miss Christine, orang kuat Fair&Lovely. Memang lovely sangat orang nya. Err..gambar tak berapa nak sharp. Sebab tu tangan nye jadi macam tu. Snap pakai henpon cap ayam je. :P


Sebahagian dari blogger yang hadir. 6 orang duk di sinun. 4 orang lagi duk di sinin. Hehe. Seronok dapat jumpa blogger lain yang tak pernah pun kenal. Dapat tambah kawan baru. Yippie!


Haa..setel sesi pengenalan tentang event ni. Untuk entri seterusnya aku akan kongsikan sesi-sesi yang telah kami buat masa event tersebut. Kena buat part by part sebab banyak gambar nak kongsi dan banyak jugak yang aku nak ceritakan. Harap maaf la kalau entri yang bakal muncul berturut-turut nanti semua pasal event tu. Saja nak berkongsi pengalaman. Bukan senang tau nak berpeluang dapat join event cenggini tambah-tambah blogger picisan macam aku ni ha. Nak jadi Blogger Selebriti? Memang tak la kot. Tak sesuai uolss. :P


Apa-apa pun, event ni memang best dan aku rasa berbaloi perabih duit nak turun Kolumpo semata-mata nak hadir event ni. Walaupun aku monteng tak pergi exam PTD. At least, event ni buat aku rasa enjoy. Dapat timba pengalaman baru sebagai seorang blogger. Sebab aku tahu sebenarnya kalau aku pergi exam PTD tu pun, harapan untuk aku lulus tu adalah sangat tipis. Ekeke. Hari tu konon konpiden je kan boleh pass exam kalau pergi sebab tu taknak pergi. Perangai macam hape je. Haha.


Ok la. Kita stop kat sini dulu. Sambung next entry pulak. Tungguuuuuu~~



Bisik-bisik :: Rebut peluang yang datang semampu yang boleh. Tapi jangan tamak tau! Orang tamak selalu rugi. Ingat tu.

Catat Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan