Langkah Pertama Bermula

Lama menyepi dari menulis kat belog bushuk kesayangan aku ni. Hampir dua minggu agaknya kot. Bukan takde menda nak tulis. Berduyun-duyun idea. Tapi banyak sangat hal perlu dibereskan di dunia realiti. Plus tak sempat nak jengah blog. Oke. Itu tipu. Padahal hari-hari skodeng blog sendiri. Psiko betol. Haha. Sebenarnya tak sempat nak menaip je. Haishhh. Sesungguhnya banyak sangat perkara yang aku perlu selesaikan tentang kehidupan di dunia realiti ni. Jadi sisi kehidupan aku di dunia maya kena ketepikan la sebentar. Utamakan yang utama.


Nak mulakan dari mana eh? Banyak sangat dah yang aku pospon ni. Jadi blur pulak nak bercerita. Err..kita mulakan dengan cerita dua minggu lepas la eh. Hehe. Jeng jeng jeng. Step pertama telah pun dimulakan. Ye. Pada 22-23 Mac hari tu aku pergi kursus kawen kat Kemaman, Terengganu. Fuuyoooo. Jauh aku pergi nak tuntut ilmu kawen ni. Sampai kat Ganu weh. Semangat! Kemain kau.


Aku bertolak dari Penang malam 20/3 ke Kuala Lumpur. Tumpang bermalam kat rumah besfren, cik Wana. Pagi esoknya, 21/3 aku bergerak ke Kemaman naik bas kat Hentian Putra. Sampai kat Kemaman dalam pukul 3petang. Sendiri urus diri cari hotel nak stay semua sebab encik CH kerja. Terima kasih kakak tersayang sebab sponsor duit hotel nak stay sampai 4 malam kat sana. Duit tambang bas je sendirian berhad. Terpaksa stay hotel sebab encik CH kerja kat Kemaman. Bukan kat kampung beliau Kuala Berang tu. Kalau tak, watpe la nak stay hotel. Baik aku stay je kat rumah famili beliau. Jimat duit. Hehe.


Oh ya. Masa 21/3 tu besday encik CH. Tak celebrate pun. Hadiah pun aku tak beli. Lagipun hari tu dia kerja. Tunggu la masa kawen nanti hadiah dia hantaran 7 dulang aku kasik tu. Kiranya aku pergi nak ambil kursus kawen kat Kemaman sama-sama dengan dia tu macam hadiah la walaupun dia yang bayarkan yuran. Haha.


Yeay! Dah dapat sijil kahwen! Hehe.


Ramai jugak kawan aku yang curious nape la sampai ke Kemaman aku pergi ambil kursus kawen. Kenapa aku tak pergi kursus kawen kat Penang je? Soalan sentap besfren aku, cik Wana, "Kat Penang takde kursus kawen ke?" Haha. Jahat betol! Sentap iols.


Sebenarnya, encik CH sangat la susah nak dapat cuti. Maklum la. Kerja biase-biase je. Bukan kerja opis macam aku yang senang nak ambil cuti panjang-panjang ni. Jadi aku rela berkorban. Lagipun beliau yang daftarkan aku pergi sekali dengan die. Aku yang pernah request nak pergi sekali kursus kawen kalau boleh. 


Kenapa? Yang pasti bukan sebab menggatal nak berkepit pergi sama-sama. Tapi sebab aku nak sama-sama dengar ceramah yang sama kat kursus kawen tu. Biar masing-masing sama-sama 'SENTAP' dengan ceramah yang disampaikan. Baru kena batang hidung sendiri. Huhu. Itulah sebab utamanya aku nak pergi kursus kawen sama-sama dengan encik CH. Selain dengan niat nak cari ilmu kerana Allah dan nak memperbetulkan diri. Huhu.


Apa-apa pun, yang penting nya pengisian masa kursus kawen tu semua meresap dalam hati dan ingatan. Banyak sangat ilmu yang aku dapat. Alhamdulillah. Semoga aku dapat praktikkan dengan baik nanti bila dah berumahtangga. InsyaAllah. Masa sepanjang kursus dua hari tu, aku duduk meja paling depan sekali. Sebab memang niat datang situ nak cari ilmu kerana Allah untuk bekalan diri sendiri. Semoga Allah pelihara ilmu yang aku dapat tu untuk aku sampai akhir hayat. Dan aku akan terus cari ilmu lagi. Demi kesejahteraan hidup rumahtangga aku dan encik CH nanti. Mudah-mudahan.


Kalau dah pergi kursus kawen kat Ganu, mesti la penyampaian dari penceramah guna dialek Ganu kan? Aku paham ke tidak? Ofkos la aku paham. 8 tahun kot kawan dengan encik CH. Saje sangat la kalau tak paham dialek sana. Kena belajar la woi. Besfren aku, puan Dayah yang banyak ajar aku. Kalau speaking dengan dia memang kena speaking Ganu. Kata dia, kena belajar, kalau tak belajar mana nak pandai. Ikutkan encik CH, die speaking Kolumpo je dengan aku. Kadang-kadang je die speaking Ganu. Apa daaa~~


Banyak jugak ilmu yang aku dapat masa kursus kawen tu nak dikongsikan dengan korang sebenarnya. Tapi nanti la eh. Aku tulis part by part. Kalau tulis dalam entri ni jugak mahu panjang berjela-jela cecah lantai. Hehe. Ye. Memang trademark penulisan aku kat belog ni. Belog yang memang tak pernah pendek entri nya. Harap bertabah buat korang pembaca kesayangan aku. :P


Hah! Tetiba teringat satu insiden. Lepas dah dapat sijil tu kan, masa dalam kereta on the way nak balik, aku cakap la kat encik CH. "Alhamdulillah. Dah dapat sijil. Boleh kawen dah. Yeay!" *muka gembira gila* Lepas tu dengan selamber nye encik CH cakap, "Belum lagi. Banyak lagi nak kena setel." *muka serius* Tssskkk. Macam la orang tak tau. Terus hilang ke'eksaited'an aku. Tak best betul encik CH ni. Huh!



Bisik-bisik :: Semoga Allah mempermudahkan urusan kami berdua. Aminnnn~~
START COUNTING! Hehe. :P

10 Ulasan

Membebel dengan penuh hemah. Komen awak adalah atas tanggungjawab sendiri. No hate speech okay. Terima kasih!

  1. hi.. alhamdulillah step pertama sudah selesai.. semoga berjaya untuk step seterusnya.. majlis kawin tahun ni ya... semoga selamat semuanya, ok...

    BalasPadam
  2. yeay! dh dpt sijil kawin...

    kami 2-2 dh p amik sebelum kenal diri masing2...

    tp sijil kawen dh hilang la... sob sob sob =(

    BalasPadam
  3. sy kursus dulu kat KL je dgn asben. yolah memang keja kt sini & asben pun memang org sini. Saya tak dok depan tp bila penceramahan buat lawak asben kata suara sy la plg kuat gelak.. terkemaluan la kejab :D

    BalasPadam
  4. @Nur_cahayamataku :: alhamdulillah dah selesai step pertama..hehe. terima kasih mendoakan yang baik-baik. InsyaAllah..semoga Allah permudahkan..

    BalasPadam
  5. @GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr YEAY! *lompat-lompat bintang..hehe..*

    kami dulu malu nak ambik awal2..memang pernah niat dekat2 nak kawen baru gi ambik..kebetulan 2-2 tak pi lagi..jadi pi sama2 la..kui3..

    erk? kalau hilang kena pi amik lain la ek? ke boleh je request kat tempat pernah pi amik dulu nak tuntut sijil?

    BalasPadam
  6. @THE LEKAT LEKIT STORY :: hahaha..mesti mummy eksaited dengar lawak ustaz tu..saya pun gelak2 jugak bile ade part lawak..untung duduk depan sebab jarang kena terjah dgn penceramah..die selalu terjah orang yg kat belakang2..taknak bagi nngantuk kut..kui3..

    BalasPadam
  7. boleh dah tu nak ke step seterusnyaaa... hehehe :D

    BalasPadam
  8. hhehe.namee pun sama riesha. haritu amik kursus kahwin dengan sham gak. sebab nk dengar ceramah yg sama. hihihi. :) baru lah sweet. mihmih. riesha,,,nak email u..nak tanya pasal blog design .nak tempah.hihiih

    BalasPadam
  9. @eZmALiZa :: hehehe..ezma dah langkah bendul akak dulu ni..:P

    BalasPadam
  10. @Namee Roslan :: kannn? sweet je..:P

    nanti saya emel namee eh..sat tauu..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama

Borang Maklumat Hubungan